Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'WOW KERONCONG SELANGOR 2021' HIDUPKAN KEMBALI IRAMA MELAYU


SEJAJAR
tajuk programnya, ‘Wow Keroncong Selangor 2021’ apa yang boleh disimpulkan memang ‘wow’  persembahan santai yang melibatkan artis baharu dan lama pada acara yang berlangsung di Warisan Hall Studio, Sijangkang, Selangor baru-baru ini.

Anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) itu menampilkan barisan artis popular antaranya Herman Tino, Raftah Bachik (gambar atas, kiri) Jamilah Abu Bakar (tengah) dan pemenag tempat ke-4 program realiti Akademi Fantasia musim ke-4, Haziq Rosebi (dua dari kanan) yang memiliki suara gaya penyanyi Allahyarham Ahmad Jais.


‘Wow Keroncong Selangor 2021’ yang turut dirakam dan disiarkan melalui platform digital JKKN TV dimeriahkan dengan kehadiran lebih kurang 300 tetamu jemputan di studio pada majlis pelancarannya yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha MOTAC Datuk Wira Dr Noor Zari Hamat mewakili menterinya,  Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri.


Turut hadir pada program yang mendapat kerjasama daripada MOTAC Selangor, Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi Malaysia, Majlis Perbandaran Kuala Langat dan Perbadanan Adat Melayu  Warisan Negeri Selangor (PADAT) ini adalah Ketua Pengarah JKKN, Mesran Mohd Yusop dan Pengarah JKKN Negeri Selangor, Mohamad Raizuli Mat Jusoh.



Sepanjang acara berlangsung, persembahan barisan artis jemputan diiringi Ayom Keroncong, menampilkan Herman Tino dengan lagu ‘Yale-Yale’ dan ‘Derma Bukan Tontonan’ disusuli  Raftah ('Kemayuran' dan 'Nona Manis'), Jamilah ('Jampi') dan Haziq menyampaikan lagu  'Fly Me To The Moon’.


Haziq dan Jamilah turut bergandingan menyanyikan ‘Medley’ irama Malaysia menerusi lagu ‘Zapin Usik Mengusik’, malah Jamilah turut tampil solo mempersembahkan lagu popular ‘Empat Dara’ dan ‘Sambutlah Kasih’.


Pendek kata, rata-rata para tamu yang hadir cukup terhibur apatah lagi Herman Tino mahu pun Raftah bijak berkomunikasi bersama tetamu sekali gus menghidupkan suasana dalam studio.


Ketika beraksi, Herman (gambar bawah) sempat memuji usaha JKKN Selangor menganjurkan  penganjuran persembahan keroncong yang dilihatnya semakin terpinggir dari kalangan penggiat seni suara generasi baharu.


Manakala Haziq dan Jamilah pula membuktikan mereka antara pelapis yang boleh mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan Herman dan Raftah pada masa akan datang.


Memang mantap lah persembahan semua!



#WowKeroncongSelangor #JKKN #MOTAC #HermanTino #HaziqRosebi #JKKNTV

Tiada ulasan:

Catat Ulasan