CHEF SELEBRITI TERKENAL DIANCAM PEMINAT FANATIK? SIAPA TU?
DALAM zaman teknologi canggih ini di mana wujudnya dunia siber, tidak syak lagi segala penyampaian boleh dimuat naik di hujung jari sahaja, tidak hairanlah dengan pantas ‘satu dunia’ boleh menerima apa jua berita baik gempar, sedih atau yang mengejutkan.
Lebih dahsyat apabila serangan melalui 'perang siber' begitu berleluasa dimainkan antara individu-individu yang menyorok di sebalik nama palsu atau pun ada yang berani melakukannya tanpa berselindung.
Itulah dunia zaman sekarang... kemajuan berlari seiring dengan cabaran, ada manusia yang sudah hilang akal, hilang nilai kemanusian yang dituntut agama... segalanya terlupa akibat jiwa yang amarah...
Terbaharu, dengar-dengarnya cerita paling panas yang meniup deras di angin lalu melibatkan seorang chef selebriti yang sering muncul di kaca TV dan media sosial, kini dalam bahaya.
Khabarnya, beliau telah menjadi mangsa ugutan dan gangguan berterusan selama setahun ini, dihantar oleh individu yang disifatkan sebagai peminat fanatik yang terlalu obses!
Apa sebenarnya yang berlaku?
Bayangkan, dah setahun lebih chef pujaan kita ini menerima mesej-mesej gangguan dan ugutan yang cukup mengerikan!
Menurut desas-desus, setiap mesej yang diterima bukan calang-calang, penuh dengan ancaman yang membimbangkan dan perilaku menghendap (stalking) yang buat bulu roma meremang.
Memang patutlah bintang kulinari kita ni jadi tak senang duduk, kan?
GAMBAR Hiasan... Kredit: Depositphotos.
Apa yang lebih mengejutkan, sumber-sumber terdekat dengan chef ini membisikkan bahawa individu di sebalik ancaman ini mungkin tidak bersendirian.
Ada cakap-cakap angin tentang kemungkinan wujudnya konspirasi yang melibatkan beberapa rakan subahat!
Fuh, macam dalam drama Korea pulak!
Tapi apa motif sebenar di sebalik ‘drama’ gelap ini masih lagi menjadi misteri yang belum terungkai.
Sementara pihak berkuasa giat menjalankan siasatan untuk membongkar segala-galanya, peminat dan rakan-rakan sekerja tak putus-putus mendoakan keselamatan chef kesayangan mereka itu.
Harapnya, pelaku-pelaku tidak berhati perut ini dapat segera diberkas dan diadili, barulah chef kita boleh kembali ceria memasak untuk kita semua!
Siapalah agaknya chef yang dimaksudkan ni ya?
Mungkin itu persoalan yang ramai nak tahu selepas membaca kisah ini ya tak? Dan siapa pula yang menganggu gugat ketenteraman beliau dan keluarganya?
Sama-sama kita nantikan pendedahan selanjutnya apabila ia dah secara rasmi dibongkarkan kelak!
Tunggu……….!
GAMBAR Hiasan.. Kredit: Freevector.com
#Gosip #ChefSelebriti #Ugut #DuniaSiber #DengarDengar #ForYouPage #Fanatik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan