'SOS CILI IBU' : SUMBANGAN KHATY BANTU KARYAWAN, RASA IKHLAS DARI DAPUR KE HATI!
Majlis pelancaran eksklusif yang berlangsung di Bukit Gasing, Petaling Jaya semalam, bukan sekadar memperkenalkan sos cili berasaskan resipi asli air tangan beliau, malah turut menzahirkan komitmen beliau terhadap kebajikan komuniti seni.
Persatuan Karyawan Malaysia, adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan di bawah kepimpinan Presidennya, Dato Freddie Fernandez, membantu anak seni dan selebriti tempatan yang mengalami kesempitan hidup, masalah kesihatan, atau kekurangan sumber pendapatan.
“Resipi ini adalah buah tangan ibu kepada semua peminat yang selalu menyokong perjalanan seni ibu sepanjang 48 tahun ini. Ibu bangga dapat kongsikan rasa warisan ini dengan rakyat Malaysia. Tapi lebih dari itu, ibu ingin jadikan sos ini sebagai buah tangan– di mana setiap botol yang terjual akan membawa manfaat kepada insan seni yang memerlukan.” kata Dato Khadijah yang lebih mesra di sapa ‘Ibu” ketika ditemui pada majlis eksklusif bersama media.
Majlis turut menyaksikan kehadiran rakan-rakan selebriti yang juga ahli-ahli KARYAWAN seperti Noor Shila Amin, Rozita Rohaizad, Hj Kamal Kasim serta pengasas bersama Sos Cili, Baizura Tazri.
Mereka memberikan sokongan padu terhadap usaha ‘Ibu’ yang tidak hanya menghasilkan produk berkualiti, tetapi juga menanam nilai kasih sayang dan kemanusiaan dalam setiap botol Sos Cili yang dihasilkan.
Berbeza daripada sos cili biasa, Sos Cili Ibu tampil sebagai produk premium yang menggabungkan rasa pedas, manis dan masam secara seimbang, menjadikannya sempurna untuk pelbagai hidangan — dari pencicah keropok dan cucur, burger dan piza hinggalah sebagai penambah rasa dalam masakan seperti ayam masak merah, mee goreng, hidangan sweet sour dan pelbagai lagi.
Dihasilkan menggunakan bahan-bahan segar berkualiti tinggi seperti cili merah, bawang putih, cuka asli, dan sedikit gula, menjadikannya pilihan yang lebih enak dan selamat untuk seisi keluarga.
Menurut Ibu Khaty, sejak diperkenalkan bermula di Singapura pada bulan Mei lalu, Sos Cili Ibu turut menembusi pasaran Brunei serta sudah mula dijual di pasaraya St Rosyam Mart, Mydin dan juga secara dalam talian melalui Tiktok Shop dan Shopee pada harga RM5.80 sebotol.
Dalam sebulan kami mengeluarkan kira-kira 100.000 botol dan alhamdullilah sambutan amat menggalakkan,” sambung Ibu Khaty sambil memaklumkan bahawa pembelian secara pukal untuk agihan korporat dan cenderamata juga amat dialu-alukan waima pihaknya bersedia menghasilkan packaging yang menarik bagi tujuan berkenaan.
Selain sos, Ibu Khaty mamklumkan bakal mengeluarkan lagi beberapa produk demi menambah barangan tersedia agar ada banyak pilihan untuk berniaga sekali gus dapat membantu ahli-ahli Karyawan sendiri menceburi dunia perniagaan.
"Ibu juga mengalu-alukan sesiapa yang ingin menjadi pengedar atau pun ejen jualan untuk menambah pendapatan khususnya bagi ahli-ahli persatuan," tambah pelantun lagu 'Ku Pendam Sebuah Duka' ini.
Mengakui permintaan sos cili paling tinggi di kalangan pengguna khususnya di Singapura, ibu Khaty berharap pengeluaran sosnya ini boleh diterima sebagai produk tempatan yang sama kualitinya dengan yang lain malah yang penting kata ibu, "produk itu adalah saya, dan saya adalah produk itu'.
Untuk rekod, ibu Khaty pernah membuka restoren di New Zealand, Amerika Syarikat malah mempunyai 7 restoren di Kuala Lumpur namun terpaksa di tutup apabila Covid-19 melanda.
"InsyaAllaah, saya masih ada perancangan untuk membuka restoran semula," akhiri Ibu Khaty.
Pada majlis bersama media, ibu Khaty sempat menjamu makan tengah hari dengan pelbagai jenis lauk pauk yang cukup berselera kesemuanya.
Memang sedap, puas makan...terima kasih daun keladi!
Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi Sos Cili Ibu melalui laman web www.ibufood.com, emel hello.ibufood@gmail.com, media sosial @sosciliibu, atau talian hotline +6017 689 4645.
Kak Fas: Bila bertemu Khaty teringat semasa mengundangnya ke Ipoh untuk persembahan pada malam konsert anjuran UMNO Cawangan Ipoh Garden di bawah pimpinan arwah ayah. Ketika itu, Khaty popular dengan lagu 'Ku Pendam Sebuah Duka'. Turut bersama pada malam itu, Allahyarham M.Daud Kilau dan Dato Jeffrydin.
#KhadijahIbrahim #SosCiliIbu #KARYAWAN #Produk #Mydin #RosyamMart #fyp




Tiada ulasan:
Catat Ulasan