Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

GGR MOTOR REVOLUSI INDUSTRI MOBILITI TEMPATAN, LANCAR MOTOSIKAL ELEKTRIK MAMPU MILIK!


DETIK
bersejarah tercipta dalam landskap automotif Malaysia pada 28 Jun 2025, apabila GGR Motor secara rasmi melancarkan motosikal elektrik pertama keluarannya, Lion G1 serta Tygar RI,  menandakan lonjakan signifikan ke arah mobiliti hijau yang inklusif dan progresif untuk rakyat Malaysia.


Lebih menarik, model revolusioner ini ditawarkan pada harga subsidi mampu milik RM1,599 melalui program MARiiCas, satu inisiatif yang dijangka merevolusikan pemilikan kenderaan elektrik di negara ini. 


Majlis pelancaran gemilang yang berlangsung di Saloma Kuala Lumpur ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan sambil disaksikan oleh Pengerusi GGR Motor, Tengku Syarif Temenggong Perlis, Datuk Seri Diraja Syed Amir Abidin Jamalullail, Pengarah Urusan GGR Motor, Muhammad Mussaddiq Mohamed Azmi; Rakan Kongsi GGR Motor, Dr. Nizar Abdul Jalil dan Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA), Dato’ Zulfikri Osman.


DARI kiri: Dr. Nizar, Mohammad Mussaddiq, Syed Amir dan Khairul Firdaus. Foto: Zaman.


Turut hadir antaranya rakan selebriti - Datuk Aaron Aziz, Farid Kamil dan Black Hanifah yang juga mempersembahkan beberapa buah lagu popularnya.


“GGR membawa visi jangka panjang bertemakan “Satu Rumah, Satu EV”, iaitu untuk memastikan setiap isi rumah di Malaysia – tanpa mengira latar belakang sama ada anda tinggal di kampung, bandar, flat PPR mahupun FELDA – mampu memiliki kenderaan mesra alam yang berkualiti tinggi dan kos efektif ini, “ ujar Muhammad Mussaddiq pada media di majlis tersebut.


Menurutnya, Lion G1 tampil sebagai simbol perubahan besar dalam landskap kenderaan dua roda negara di mana  meskipun harga asalnya adalah RM3,999, ia ditawarkan kepada pengguna pada harga RM1,599 selepas subsidi MARiiCas.



Dikuasakan oleh motor elektrik 3,000 watt, motosikal ini mampu menjangkau jarak perjalanan sehingga 120 kilometer bagi setiap cas penuh, dan menyokong pengecasan pantas sehingga 50% dalam tempoh hanya satu jam setengah. 


Dengan jaminan waranti menyeluruh sehingga 50,000 kilometer, Lion G1 menawarkan spesifikasi yang mengatasi jangkaan ramai untuk sebuah motosikal dalam kategori harga di bawah RM2,000.


Sejak diumumkan dalam fasa pra-pelancaran pada 15 Jun 2025. lalu, respons pasaran amat memberangsangkan, dengan 3,000 unit telah terjual sekali gus memperlihatkan keyakinan pengguna terhadap keupayaan tempatan dalam menghasilkan produk EV yang kompetitif.


“Penghantaran awal bagi 1,000 unit pertama dijangka bermula pada hujung Julai ini dan selebihnya pada bulan Ogos nanti,” tambah Mussaddiq.


MUHAMMAD Mussaddiq (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif PMH Motor, Izwan Mazlan pada sidang media yang diadakan.


Untuk memperkukuh ekosistem selepas jualan, GGR Motor bekerjasama dengan PMH Motor Sdn Bhd sebagai pengedar utama dan beberapa rakan strategik eksklusif seperti dengan PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia Sdn Bhd bagi penubuhan bengkel rasmi PETRONAS MotoExpert yang akan menggunakan pelincir EV khas jenama PETRONAS iona. 


Sokongan teknikal dan penyelenggaraan pula akan diselaras oleh BATERIKU, yang berpengalaman luas dalam sistem bantuan jalanan dan servis EV.



Manakala, dalam usaha membina rangkaian teknologi bertaraf global, GGR Motor turut menandatangani kerjasama dengan pengeluar terkenal antarabangsa termasuk Varchea Votol dari China, Votol Thailand, FJN China dan Vectrix. 


Inisiatif ini bertujuan untuk memperkukuhkan keupayaan teknikal serta mempercepatkan pembangunan model-model EV masa depan.


Lebih jauh daripada sekadar menjual produk, GGR Motor juga memberi fokus kepada pembangunan modal insan dan keusahawanan Bumiputera menerusi kerjasama strategik dengan MARA. 



Program ini melibatkan pelantikan usahawan MARA sebagai pengedar sah di seluruh negara serta penyediaan latihan teknikal TVET bersama institusi seperti UNIKL MFI, IKM Beseri dan pusat pendidikan MARA lain. 


Kursus yang ditawarkan merangkumi bidang pemasangan, penyelenggaraan dan jualan motosikal elektrik, lengkap dengan pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3.


Sebagai tanda tanggungjawab sosial korporat (CSR), GGR menyumbangkan lima buah motosikal EV kepada masjid dan surau sekitar Kuala Lumpur sempena sambutan Awal Muharram. 


Sumbangan ini termasuk penyelenggaraan percuma seumur hidup sebagai wakaf teknologi kepada masyarakat.



Menutup pelancaran dengan nada penuh semangat, Muhammad Mussaddiq menyatakan bahawa Lion G1 bukan hanya sebuah motosikal, tetapi simbol kepada transformasi besar dalam mobiliti negara. 


“Majlis hari ini bukan sekadar pelancaran motosikal, tetapi satu permulaan kepada legasi. Permulaan kepada perubahan dan masa depan yang kita cipta bersama,” akhirinya.


Harapannya jelas: setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang, layak menikmati manfaat teknologi bersih dan mampan dengan harga yang adil dan berbaloi.


Dengan pelancaran Lion G1, GGR Motor bukan sahaja menandakan kehadiran serius dalam pasaran EV, tetapi juga mencatat nama sebagai pengeluar motosikal elektrik milik penuh usahawan Bumiputera pertama di Malaysia, sekaligus menyumbang kepada usaha negara dalam memperkasa ekonomi hijau dan mobiliti lestari.


Pelancaran bersejarah ini juga disambut meriah dengan berlangsungnya Karnival EV Rider Malaysia 2025 di tapak Lanai Matic seawal jam 8 pagi.


TURUT bersama memeriahkan majlis dengan barisan artis adalah Timbalan Menteri Belia & Sukan, Adam Adli Abdul Halim (Duduk atas motosikal dua dari kiri).

Acara ini berjaya menghimpunkan komuniti EV, pemain industri, agensi kerajaan serta peminat mobiliti hijau dari dalam dan luar negara. 


Antara tarikan utama termasuk persembahan barisan artis terkenal seperti Ajak Shiro, Nabil Ahmad, Johan, Cat Farish, Bella Astillah dan ramai lagi. 



Turut memeriahkan suasana adalah persembahan band indie seperti Jemson dan The Woohoo, serta penampilan DJ dari rantau ASEAN seperti Iksan Skuter (Indonesia), DJ Teera (Thailand) dan DJ Alip Mazlan (Malaysia).


Selain itu, para pengunjung turut berpeluang membawa pulang motosikal Lion G1 menerusi cabutan bertuah, hanya dengan pembelian t-shirt GGR bernilai RM40.


Dalam pada itu, bagi model Tygar RI yang berharga RM7,699 sebelum rebat dijangka berada di pasaran pada penghujung bulan tahun ini.


Baca lanjut article berkaitan di link INI.



#GGRMotor #MotorEV #MARiiCas #LanaiMatic #Indonesia #Thailand #China

Tiada ulasan:

Catat Ulasan