Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NIDJI HIBURKAN MUSIM CUTI SEKOLAH BERSAMA EJEN ALI, EJEN ALICIA!



KUMPULAN muzik terkenal dari Indonesia, Nidji, kembali semula ke Malaysia dengan misi hiburan yang penuh semangat bersempena tayangan Ejen Ali The Movie 2 (EATM2)


Selepas kejayaan lagu tema ‘Teman Sejati’ yang kini semakin mendapat tempat di hati peminat, kehadiran Nidji ke Malaysia bakal mempertemukan mereka secara langsung dengan peminat setia – bukan sahaja dari kalangan Nidjiholics, tetapi juga pencinta dunia Ejen Ali.

Ia sekali gus untuk menjalin hubungan lebih erat bersama peminat tempatan menerusi pelbagai aktiviti eksklusif yang berlangsung sempena musim cuti sekolah.


Sudah pasti ‘Teman Sejati’ popular kerana  gabungan melodi yang segar dengan lirik yang menyentuh emosi, seiring dengan tema utama filem — persahabatan, perjuangan, dan keberanian.



Lagu ini dengan cepat menjadi siulan ramai dan simbol kepada ikatan murni antara watak-watak utama dalam filem.


Bagi meraikan kolaborasi ini, acara istimewa ‘Ejen Ali Nonton Bareng with Nidjiholics’ akan berlangsung mulai 1 Jun 2025 di dua lokasi utama. 


Di GSC IOI City Mall, Putrajaya (West), dua slot tayangan dijadualkan pada jam 2:25 dan 2:45 petang, diikuti sesi ramah mesra bersama ahli kumpulan Nidji serta maskot Ejen Ali dan Ejen Alicia


Manakala pada sebelah malam, GSC One Utama akan menjadi lokasi pertemuan peminat dengan Nidji pada jam 9:00 malam, disusuli sesi tontonan bersama pada jam 9:15 malam.



Dengan harga tiket RM35, penonton bukan sahaja berpeluang menonton filem animasi aksi ini, tetapi turut menerima barangan rasmi eksklusif Ejen Ali. 


Acara ini dijangka menjadi antara sorotan utama musim cuti persekolahan, memikat bukan sahaja pengikut tegar kumpulan Nidji, atau Nidjiholics, tetapi juga peminat setia dunia Ejen Ali dari seluruh negara.


Keseruan tidak berhenti di situ. 


Pada 3 Jun, Nidji akan membuat penampilan khas di TGV Central i-City, Shah Alam di mana mereka dijadualkan untuk berkunjung ke empat dewan tayangan selepas sesi tayangan jam 12:30 tengah hari, 12:45 tengah hari, 1:00 petang dan 1:15 petang


Suasana yang lebih santai dan dekat dijangka menambahkan kemeriahan, dengan peluang bergambar bersama kumpulan muzik tersebut serta maskot animasi popular, selain hadiah-hadiah eksklusif menanti peminat bertuah.


Sebagai penutup kepada siri penampilan mereka di Malaysia, program eksklusif bertajuk Melodi Showcase: Nidji x EATM2 Music Tour akan disiarkan di TV3 sepanjang bulan Jun. 



Persembahan ini bakal menghidupkan kembali lagu-lagu hits Nidji yang pernah mewarnai zaman remaja ramai peminat, dengan suntikan baharu yang diinspirasikan oleh semangat dan dunia Ejen Ali


Disiarkan sempena ulang tahun ke-41 TV3, program ini dijangka mendapat sambutan hangat penonton pelbagai lapisan umur.


Untuk rekod, Ejen Ali The Movie  bukan sekadar sebuah filem animasi biasa — ia merupakan karya penuh semangat yang mengangkat jati diri tempatan, diperkaya dengan nilai kekeluargaan, teknologi dan keberanian.


Kerjasama strategik bersama Nidji membuktikan bahawa muzik dan animasi mampu bersatu dalam menyampaikan mesej yang kuat dan menyentuh hati.


Sekuel kedua filem animasi popular ini 'EATM2', menyasarkan kutipan pecah panggung sebanyak RM60 juta susulan kejayaan luar biasa filem pertama yang meraih kutipan RM30 juta pada 2019.



Setekat ini sejak ditayangkan pada 22 Mei 2025, Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) berjaya mengutip sebanyak RM21.9 juta selepas lapan hari tayangan.


Ejen Ali mengangkat watak seorang pelajar bernama Ali yang tanpa sengaja terjerumus ke dalam dunia perisikan, sebelum dilantik menjadi ejen muda bagi organisasi rahsia dikenali sebagai MATA. 


Sejak itu, Ali memikul tanggungjawab besar dalam melindungi Cyberaya – sebuah bandar futuristik yang sarat dengan misteri dan ancaman.


Orang ramai digalakkan mendapatkan tiket lebih awal dan berkongsi pengalaman mereka menonton filem ini serta menyertai acara istimewa bersama Nidji menggunakan tanda pagar rasmi seperti #EjenAliTheMovie2, #EATM2, #EjenAli, #LetsPlay, #AniMY, #SapotLokal dan#SaluteAnimatorTempatan.



#EjenAliTheMovie2 #KumpulanNidji #EjenAliNontonBarengWithNidjiholics #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan