KEWPIE MALAYSIA RAI SERATUS TAHUN MAYONIS, LANCAR PERADUAN PERCUTIAN KE JEPUN!
KEWPIE Malaysia Sdn. Bhd., peneraju dalam pengeluaran mayonis dan dressing premium, meraikan ulang tahun ke-100 Kewpie Mayonis melalui kempen menyeluruh yang merangkumi kerjasama pendidikan dan kulinari, serta penyertaan pengguna secara kreatif.
Sambutan ini mengangkat warisan selama satu abad sejak jenama ikonik Jepun ini diperkenalkan pada tahun 1925, serta menandakan komitmen berterusan Kewpie dalam menyumbang kepada masyarakat Malaysia melalui inovasi makanan dan pembangunan bakat.
“Di Kewpie, kami percaya bahawa makanan bukan sekadar hidangan – ia adalah medium yang menghubungkan manusia, budaya dan kreativiti,” ujar Shimpei Okada, Timbalan Pengarah Urusan Kewpie Malaysia pada majlis meraikan ulang tahun ke-100 Kewpie Mayonis bertempat di Universiti/Kolej SEGi, Kota Damansara baru-baru ini.
Turut hadir antaranya Pengarah Urusan Kewpie Malaysia Sdn Bhd, Atsushi Miyata; Pengarah Pemasaran Kewpie Malaysia, Soon Soo Choong dan Pengarah Jangkauan & Perkongsian Universiti SEGi, Edward Low.
DARI kiri: Shimpel Okada, Atsushi Miyata dan Soon Soo Choong.
Untuk rekod, Kewpie Mayonis, yang mula diperkenalkan oleh pengasas Toichiro Nakashima di Jepun, lahir daripada visi untuk mempertingkatkan mutu pemakanan rakyat melalui rasa yang lazat dan menyihatkan.
Dengan tekstur yang berkrim dan rasa umami yang unik, produk ini telah memikat selera pengguna di seluruh dunia dan kini menjadi kegemaran ramai di Malaysia sejak kemasukan rasminya ke pasaran tempatan pada tahun 2009.
Produk-produk Kewpie di Malaysia turut diperakui halal, menepati keperluan pengguna tempatan.
“Kami berbesar hati untuk meraikan 100 tahun Kewpie Mayonis bersama-sama dengan rakan kongsi kami dalam bidang pendidikan dan bidang kulinari tempatan,” sambung Shimpei Okada.
Menurut beliau, acara ini menandakan satu langkah ke hadapan dalam memberi inspirasi kepada cef, inovator dan pencinta makanan generasi akan datang.
“Setelah menubuhkan operasi kami di sini pada tahun 2009, kerjasama kami dengan Universiti SEGi dan Fei Fei Crab mencerminkan komitmen berterusan kami, komuniti, dan kreativiti Malaysia yang berkualiti,” tambah beliau.
Sebagai sebahagian daripada sambutan istimewa ini, Kewpie Malaysia melancarkan “Peraduan Mayonis 100 Tahun Kewpie”, sebuah inisiatif untuk menggalakkan kreativiti rakyat Malaysia di dapur.
Peserta digalakkan untuk mencipta hidangan unik menggunakan Kewpie Mayonis Gaya Jepun, merakam foto serta video pendek (30–45 saat), dan memuat naik penyertaan ke Instagram, Facebook atau TikTok bersama hashtag #KewpieIt100 dan tag @KewpieMalaysia.
Penyertaan juga perlu dihantar melalui Mesej Langsung (DM) untuk pengesahan.
Peraduan ini berlangsung dari 31 Mei hingga 24 Ogos 2025, dan menawarkan hadiah utama berupa percutian ke Jepun – tempat kelahiran Kewpie – serta barangan eksklusif dan peluang mendapat pengiktirafan sebagai antara peminat Kewpie paling kreatif di negara ini.
Dalam usaha menggabungkan elemen budaya dan gastronomi, Kewpie Malaysia turut bekerjasama dengan restoren makanan laut populat tempatan, Fei Fei Crab.
Kerjasama ini menampilkan sajian eksklusif yang menggabungkan rasa Jepun asli Kewpie dengan cita rasa tempatan, sekali gus menonjolkan potensi mayonis sebagai ramuan utama dalam masakan fusion yang kreatif dan moden.
Selain itu, bagi memperkukuh lagi nilai pendidikan dan pembangunan bakat tempatan, Kewpie Malaysia menjalin kerjasama strategik dengan Universiti SEGi dalam memupuk bakat kulinari muda.
Inisiatif ini bertujuan memberikan pendedahan industri kepada pelajar dalam bentuk projek dunia sebenar, selain memberi ruang kepada mereka meneroka pelbagai aplikasi kreatif menggunakan produk Kewpie.
Usaha ini mencerminkan dedikasi Kewpie terhadap pembangunan komuniti dan sokongan jangka panjang terhadap generasi cef dan inovator makanan masa depan di Malaysia.
Sambutan 100 tahun Kewpie ini turut diselaraskan dengan kempen global jenama tersebut, yang melibatkan pelbagai inisiatif termasuk lawatan trak makanan ke seluruh Jepun, pelancaran produk edisi khas, dan pengalaman interaktif di muzium Kewpie, “Mayo Terrace” di Tokyo.
Ketika Kewpie Malaysia meraikan kejayaan seratus tahun ini, jenama itu mengesahkan kembali janjinya untuk kekal inovatif, inklusif, dan sentiasa relevan dengan kehidupan penggunanya.
Sama ada melalui hidangan baharu yang berani, kempen yang diterajui pelajar, atau peluang untuk meneroka Jepun, Kewpie terus memberi inspirasi dengan setiap titisan mayonisnya yang tersendiri.
Untuk maklumat lanjut tentang Kewpie, boleh layari www.kewpie.com.my dan ikuti mereka di platform media sosial seperti Facebook, Instagram, serta TikTok.
#KewpieMalaysia #UlangTahun100 #SEGiUniversitiKolej #Mayonis #Produk #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan