Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PANDORA BUKA SEMULA DI MIDVALLEY MEGAMALL, BERWAJAH BAHARU!



PARA
pencinta barangan kemas di Kuala Lumpur kini boleh bergembira! 

Pandora kembali dengan wajah baharu yang lebih menawan menerusi pembukaan semula cawangannya di Mid Valley Megamall. 


Terletak di Lot FK-01, Tingkat Satu, babak baharu yang menarik ini menjemput penggemar barangan kemas untuk meneroka, berhubung dan meraikan gaya unik mereka di sebuah ruang yang direka khas untuk menjadikan setiap kunjungan luar biasa.


Kak Fas  berkesempatan untuk merasai sendiri kemeriahan pembukaan semula butik Pandora di Mid Valley Megamall yang berlangsung pada 20 Jun 2025 lalu, dan pengalaman membeli-belah di sana benar-benar memukau! 


Butik Pandora yang baharu ini memancarkan aura segar dan moden yang menjemput setiap pengunjung untuk meneroka.




Menerapkan semangat dinamik konsep "Evoke 2.0", butik ini dicipta untuk memberi inspirasi kepada setiap deria. 


Sebaik melangkah masuk, koleksi ikonik Pandora dipersembahkan dalam persekitaran yang anggun dan moden, membolehkan anda "menyentuh dan merasa" setiap rekaan. 


Susun atur baharu direka untuk pengalaman membeli-belah yang mudah dan menarik; daripada paparan interaktif hingga reka bentuk terbuka yang intuitif, setiap sudut menggalakkan pengunjung untuk menyentuh, mencuba, dan benar-benar berhubung dengan setiap barangan kemas.


Sempena musim panas yang ceria, Pandora turut melancarkan Koleksi Musim Panas 2025 yang baharu dan penuh warna-warni – satu perayaan kebebasan, reka bentuk berani, dan keindahan semula jadi lautan. 


Anda boleh menjangkakan tekstur yang bersemangat, warna-warna yang disinari matahari, dan siluet yang ceria daripada koleksi Pandora Essence dan Pandora ME. 



Sama ada anda gemar menggabungkan pelbagai logam, menyusun charm, atau membuat kenyataan dengan satu rekaan yang berani, koleksi ini adalah tentang anda – asli dan bebas. 


Pastinya ada sesuatu untuk setiap gaya dan personaliti!


Sebagai tanda penghargaan dan pembukaan semula yang menakjubkan ini, Pandora menawarkan beberapa promosi istimewa. 


Seramai 50 pelanggan pertama setiap hari akan menerima baucar bernilai RM100 dengan pembelian minimum RM199. 


Baucar ini sah digunakan dari 20 hingga 29 Jun 2025, dengan tempoh penebusan selama10 hari. 


Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa baucar ini tidak boleh digabungkan dengan promosi lain yang sedang berlangsung.


Walaupun baucar itu tidak boleh digabungkan dengan promosi lain, ia tetap satu bonus yang menarik. 



Terdapat juga tawaran lain seperti kotak barangan kemas percuma  yang tersedia dalam pilihan warna hitam, merah, atau putih (pemilihan secara rawak).untuk pembelian RM388, dan bangle percuma dengan pembelian minimum RM488.


Selepas lama meninjau, skhirnya, Kak Fas jatuh cinta dengan sebentuk cincin perak yang ringkas namun elegan, sesuai untuk melengkapkan gaya harian.


Apa lagi, Kak Fas ni pantang meninggalkan premis dengan tangan kosong jadi terbelilah juga cincin perak berkenaan. 



Terdahulu, baru sahaja membeli rantai tangan 14k bernilai lebih kurang RM700 selepas diskaun iatu sempena promosi musim panas Pandora baru-baru ini.


Pendek kata, secara keseluruhan, pengalaman Kak  Fas di Pandora Mid Valley sangat positif. 


Suasana butik yang baru dan ceria, ditambah pula dengan koleksi barangan kemas yang memukau serta promosi menarik, menjadikan kunjungan amat berbaloi. 


Butik ini sememangnya destinasi yang wajib dikunjungi bagi penggemar barangan kemas yang mencari rekaan unik dan pengalaman membeli-belah yang istimewa.



#PandoraMalaysia #Charm #MidValleyMegamall #Tawaran #Produk #ForYouPage

Tiada ulasan:

Catat Ulasan