Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TV3 RAI ULANG TAHUN, '41 TAHUN PENUH DRAMA'


GENAP 41 tahun menemani rakyat Malaysia, TV3 terus mengukuhkan kedudukannya sebagai stesen televisyen nombor satu negara, kekal relevan di hati penonton sebagai pencorak cita rasa dan pemacu utama dunia drama tanah air.


Menjelang ulang tahunnya yang ke-41 pada 1 Jun, TV3 melancarkan pelbagai inisiatif menarik di bawah tema "41 Tahun Penuh Drama", meraikan legasinya yang kaya dan komitmennya terhadap kandungan berkualiti.


Antara acara kemuncak sambutan ulang tahun ini ialah penglibatan eksklusif TV3 di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025, yang berlangsung dari 23 Mei hingga 1 Jun lalu.



Melalui kerjasama dengan MPH Bookstores, TV3 menawarkan Pakej Drama Sangat istimewa, yang menggabungkan novel adaptasi drama popular seperti 7 Hari Mencintaiku dan Melur Untuk Firdaus dengan langganan percuma platform TontonUp selama sebulan.


Menambahkan lagi nostalgia, TV3 akan menayangkan semula drama-drama ikonik yang pernah mencipta fenomena dan menjadi bualan hangat ramai. 


Penonton juga berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan barisan pelakon drama popular di mana pada sesi bertemu peminat untuk pelakon drama "Anak-Anak Mafia" telah diadakan pada 31 Mei, diikuti oleh barisan pelakon "Aku Bukan Ustazah 2" pada 1 Jun, menampilkan bintang-bintang seperti Mierul Aiman, MK K-Clique, dan Erysha Emyra.



Dalam usaha memperkasakan bakat tempatan, TV3 turut melancarkan projek "Dari Layar Ke Lensa," yang memberi peluang kepada pelakon terkenal Siti Saleha, Fattah Amin, Janna Nick, dan Zahiril Adzim untuk mengarah "Cerekarama" mereka sendiri, menjanjikan naratif segar yang akan disiarkan sepanjang Julai.



Bakat baharu dalam lakonan dan penulisan juga tidak ketinggalan. 


Inisiatif "Pencarian Pelakon Drama Sangat" akan mencari dua bintang baharu untuk menandatangani kontrak dengan Alternate Records dan membintangi drama terbitan TV3


Selain itu, "Ujibakat Pitch Story Anda ke TV3!" mengundang pencipta idea baharu untuk membentangkan kisah mereka dengan hadiah terkumpul RM9,000, dengan sesi uji bakat dijadualkan di Universiti Malaya pada 14 Jun dan Taylor’s University pada 21 Jun.


Dalam perkembangan lain, TV3 akan memperkenalkan sembilan wajah baharu bagi pasukan penyampai berita "Buletin TV3" mulai 1 Jun


Lima daripadanya dipilih melalui uji bakat terbuka, manakala empat lagi merupakan personaliti sedia ada TV3, mencerminkan komitmen stesen itu dalam melahirkan pelapis penyiaran yang berwibawa.



Akhir sekali, TV3 turut bekerjasama secara eksklusif dengan penyanyi bersuara emas dan ikon fesyen, Ernie Zakri, untuk melancarkan koleksi istimewa TV3 X Ernie Zakri


Bundle edisi terhad ini, yang mengandungi hijab eksklusif dan beg tote rekaan khas, akan mula dijual selama sebulan bermula 23 Mei lalu.


TV3 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penonton setianya, yang menjadi nadi kejayaan stesen itu selama lebih empat dekad. 


Stesen tersebut berikrar untuk terus mempersembahkan kandungan terbaik, melahirkan bakat baharu, dan menjadi medium yang menyatukan rakyat Malaysia melalui drama, berita, dan hiburan yang menyentuh hati.



#TV3 #41TahunPenuhDrama #PestaBukuAntarabangsaKL2025 #ErnieZakri #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan