SITI NURHALIZA MANJAKAN DIRI DI 'SPA DAY EKSKLUSIF', PERKENAL PRODUK TERBAHARU!
Dalam program 'Spa Day Eksklusif'' yang berlangsung di Lax Retrea, The Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini, Siti menyambut kehadiran tetamu dalam suasana elegan dan intim, sambil memperkenalkan rangkaian produk terbaharu SimplySiti dan BeauSiti.
Acara yang berlangsung selama beberapa jam itu direka khas bagi meraikan sokongan berterusan daripada media, pempengaruh, peminat serta pengguna setianya.
Dalam ucapannya, Siti yang lebih mesra disapa Tok Ti menekankan komitmennya untuk memastikan setiap produk yang dikeluarkan memenuhi standard keselamatan, inovasi serta keberkesanan yang diyakini pengguna.
“Saya sentiasa percaya bahawa kecantikan bermula daripada keyakinan dan penjagaan diri. Sebab itu setiap kali kami melancarkan produk baharu, saya terlibat dalam prosesnya kerana saya mahu pengguna merasai pengalaman yang saya sendiri percaya dan gunakan,” katanya.
![]() |
TURUT hadir anak pelakon Dato Rosyam Nor, Anis Kiss, pengacara dan penyampai radio, Dayah Bakar (dua dari kanan) dan pempengaruh media sosial, Syairah Hanis, |
Beliau menambah bahawa produk-produk keluaran SimplySiti dan BeauSiti dirumus dengan teliti bagi memenuhi keperluan pengguna daripada pelbagai peringkat usia — dari remaja yang baru belajar penjagaan kulit, sehinggalah wanita matang yang mencari penyelesaian penjagaan diri yang selamat dan efektif.
“Produk yang kami hasilkan bukan untuk sementara, tetapi untuk membantu wanita dan keluarga menjaga kecantikan dalam jangka panjang. Itu falsafah yang saya pegang sejak hari pertama,” jelas beliau lagi.
Dalam majlis berkenaan, BeauSiti melancarkan' 'Salt Therapy Himalayan Salt Body Scrub' dirumus khas menggunakan garam bukit Himalaya asli untuk membantu menanggalkan sel kulit mati, memberi khasiat, dan mengekalkan kelembapan kulit lebih lama.
Di samping itu diperkenalkan juga dua variasi produk kosmetik baharu:
• New Fresh Colour Eye Palette
Kedua-duanya hadir dalam tiga kod warna moden, dengan formula pro-pigmented, mudah dibaur, dan mesra kulit sensitif, menjadikannya pilihan versatil untuk solekan harian mahupun acara glam.
Dato’ Sri Siti turut berkongsi pengalaman peribadinya menggunakan produk dari BeauSiti:
“Sejak dulu, saya memang suka rawatan spa. Tetapi apabila saya semakin sibuk, saya mahu produk yang boleh beri hasil seperti di spa walaupun saya gunakannya di rumah. Sebab itu saya sangat bangga dengan scrub ini — ia lembut, wangi, dan beri rasa segar segera,” katanya sambil menyifatkan produk tersebut sebagai antara kegemaran baharunya.
Para tetamu bukan sahaja berpeluang mencuba rawatan Salt Therapy Scrub, tetapi turut menyertai sesi DIY Body Scrub yang memberikan pengalaman lebih peribadi dan interaktif.
Siti sendiri meluangkan masa mendekati para peserta, berkongsi tips penjagaan kulit dan rutin spa ringkas yang diamalkannya di rumah.
“Saya sangat gembira dapat bertemu semua hari ini. Dalam kesibukan kerjaya dan keluarga, saya percaya setiap wanita berhak ada masa untuk memanjakan diri. Hari ini saya mahu semua orang rasa dihargai dan diraikan,” katanya kepada hadirin.
Produk SimplySiti dan BeauSiti kini boleh didapati melalui:
• Laman web rasmi kedua-dua jenama
• Shopee
• Sogo Kuala Lumpur (Aras 3)
• Lebih 150 cawangan Watsons terpilih
Selain itu, SimplySiti turut mengumumkan bakal membuka butik baharu di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur menandakan langkah pengembangan yang lebih agresif untuk tahun 2026.
Keseluruhan acara Spa Day ini disempurnakan dengan sokongan rakan kolaborasi yang memastikan pengalaman para tetamu berlangsung dengan penuh keselesaan dan keindahan.
Lax.Retreat menyediakan ruang eksklusif yang tenang dan elegan sebagai lokasi rasmi acara, manakala Tapaueat memperkaya sesi dengan hidangan yang lazat.
Sentuhan segar pula dihadirkan dengan pilihan minuman yang memastikan para tetamu kekal bertenaga sepanjang program.
Melalui penganjuran Spa Day ini, SimplySiti dan BeauSiti berharap dapat terus
memperkenalkan rangkaian produk terbaik mereka serta mengukuhkan hubungan erat bersama media, influencers dan para pengguna yang menjadi tulang belakang kejayaannya.
Dato’ Sri Siti menutup ucapannya dengan harapan agar kedua-dua jenama terus memberi inspirasi kepada wanita Malaysia.
“Saya mahu SimplySiti dan BeauSiti terus menjadi jenama yang dipercayai — bukan sekadar kerana nama saya, tetapi kerana kualiti dan niat baik di sebalik setiap produk. Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong kami,” akhirinya.
#Simplysiti #BeauSiti #TheLaxRetreat #SaltTherapyHimalayanSaltBodyScrub








Tiada ulasan:
Catat Ulasan