Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ASTRO SEDIAKAN LEBIH KURANG 190 PROFRAM MENARIK SEPANJANG SYAWAL



BERSESUAIAN dengan tema Semangat Lebaran Kita’ tahun ini, Astro bakal menyajikan kandungan yang cukup komprehensif sepanjang musim perayaan. 


Pengisian Syawal kali ini dimeriahkan dengan himpunan 190 rancangan televisyen terhebat merangkumi hiburan variasi ‘Raya Specials’, komedi muzikal, koleksi filem-filem blokbuster tempatan dan antarabangsa, drama bersiri popular, telefilem khas Aidilfitri, menampilkan nama-nama popular tanah air, karya throwback ‘terbaik’ serta program kanak-kanak dan animasi.

  

Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro, Azlin Reza Azmi berkata, 'Semangat Lebaran Kita' diangkat sebagai tema tahun ini bagi meraikan bulan ramadan selepas dua tahun mengalami pandemik Covid-19.


Menurut beliau, bagi peminat program ‘signature’, program terbaru ‘Mystery Ranking Show Malaysia’, iaitu program ‘Gameshow Misteri’ yang diadaptasi dari Korea Selatan akan bermula siaran mulai 20 Mei 2022, setiap Jumaat 9 malam di Astro WARNA. 


Program baru ini menampilkan Sherry Al Hadad sebagai hos dan barisan panel seperti Adlin Aman Ramli, Azad Jasmin dan ramai lagi. 


“Selain itu, kami turut membawakan filem televisyen terbaru menerusi platform Astro First serta kandungan antarabangsa hebat menerusi Astro Best,” tambah Azlin pada majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2022 baru-baru ini yang turut dihadiri ramai kalangan artis popular tanah air antaranya seperti Zul Ariffin, Zizan Razak, Mimi Fly, Wanie Kayrie, Nad Zainal, Azira Shafinaz (sebagai pengacara) dan ramai lagi.




Pelbagai program istimewa raya dalam format video digital juga bakal disiarkan secara eksklusif di semua platform digital Astro. 


Menerusi platform radio pula, ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN juga bakal menemani pendengar dan membawakan pelbagai kandungan terbaik di sepanjang Syawal nanti. 


Dengan rasa teruja kami mempertontonkan treler kepada iklan filem pendek Raya Astro hasil arahan pengarah tersohor, Razaisyam Rashid dan dibintangi salah seorang duta kempen kami, Nadhir Nasar. Buat pertama kalinya iklan Raya kami diolah menjadi sebuah filem pendek berdurasi 20 minit yang berjudul Tujuh Hari Di Bawah Matahari’, sambung Azlin.  


'Tujuh Hari Di Bawah Matahari’ mengisahkan tentang kembara perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perlis, penggambaran telah dilakukan di beberapa lokasi menarik seperti  Lumut, Kuala Kangsar, Taiping dan Butterworth bagi mewarnai dan melatari perjalanan filem ini. 


Buat pertama kali secara eksklusif, #GTheUntoldStory membawakan kisah rumah tangga pasangan Sharifah Sakinah dan Michael Hansen sempena kedatangan Syawali. 


Tonton bagaimana buat pertama kali mereka meraikan lebaran sebagai pasangan suami isteri, Sakinah dan Michael berkongsi luahan hati, kisah-kisah lucu serta tips fitness sepanjang musim perayaan. 


#GTheUntoldStory istimewa Raya  bersiaran pada 1 dan 3 Mei 2022 di www.gempak.com.



Dan bagi peminat pasangan yang baharu mendirikan rumah tangga Kamal Adli dan Uqssha Senrose pasti tidak mahu ketinggalan menonton The House Kamal & Uqasha: The Journey’ yang akan mula bersiaran pada 5 Mei jam 3.00 petang dan episod seterusnya setiap Rabu, jam 10 malam di Astro Gempak. 


Penonton juga boleh mengintai bibit-bibit manis pasangan ini di belakang tabir sepanjang penggambaran, eksklusif  di Gempak. 


Pendek kata, dengan adanya lebih kurang 190 program Raya Astro yang boleh ditonton sepanjang Syawal anda pasti tidak lekang di hadapan peti tv.

Nak tahu program lain boleh layari www.astroraya.com.my


Dalam pada itu, sempena sambutan Hari Raya, kempen Salam Aidilfitri Bersama Go Shop menawarkan pelbagai tawaran eksklusif sehingga 31 Mei 2022, seperti ‘Jualan Mega Raya’ di mana para pelanggan dapat menikmati diskaun sehingga 80% daripada pelbagai pilihan produk di Go Shop untuk persediaan Raya anda. 


Para pelanggan juga boleh menyertai peraduan Spin & Win’ di aplikasi Go Shop hingga 8 Mei 2022 dan berpeluang memenangi hadiah bernilai RM150,000. 


Selain itu, melalui Pemberian RM30 Juta Duit Raya’, pelanggan Go Shop akan menerima RM10 Duit Raya untuk membeli-belah di Go Shop dari 1 Mei hingga 8 Mei.


Sepanjang tempoh kempen, para pelanggan boleh menggunakan kod promo ‘GOSHOP15’ dan ‘GOSHOP35’ dengan syarat pembelian minimum untuk menikmati diskaun sehingga RM50.  



#Astro #SemangatLebaranKita #KamalAdli #UqashaSenrose #ProgramRayaAstro

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan