Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KALISTA SASAR JUALAN RM15 JUTA, HASILKAN EDISI TERHAD 'DHARA SWEET HONEYDEW'


DARI titisan air mata yang mengalir daripada kedua-dua pengasas produk Kalista, Nur Hidayah Sa’adon dan suami, Razlan Zakaria dapat dibayangkan gambaran betapa pasangan suami isteri ini melalui pengalaman suka duka mahu pun pahit maung dalam membangunkan perniagaan yang diceburi.



Pun begitu, siapa sangka waima empunyai diri sekali pun, apabila negara dilanda pandemik COVID-19, ia membawa rahmat kepada perniagaan Nur Hidayah melalui  jualan Kalista, produk minuman menurunkan berat badan dengan motonya, ‘tuang, goncang, minum’.


“Pada tahun 2021 sahaja, jualan Kalista telah mencecah jutaan ringgit walaupun negara ketika itu sedang dilanda pandemik,” kenang Nur Hidayah bersyukur ketika ditemui pada majlis meraikan stokis dan agen Kalista dalam jamuan bertemakan ‘Glorious Evenning Tea’ di Skyglass, Cyberjaya baru-baru ini.



Seramai lima orang Monster Leader, lapan orang Leader serta tujuh orang Top Sales telah terpilih sebagai penerima anugerah berprestij dalam majlis berkenaan dengan pemberian ‘kek berduit’ bagi setiap lima orang Monster Leader terbaik.


Majlis yang berlangsung dalam tema pakaian serba putih bagaikan ‘pengantin’ dihoskan pengacara Fiza Frizzy  (kanan) yang nampak ayu bertudung. 


Kak Fas hampir tidak mengecam Fiza disebabkan rambutnya yang frizzy tidak kelihatan memandangkan sudah bertudung litup sesuai majlis yang diadakan pada bulan Ramadan.


“Dah berhijab ke Fiza’? Kak Fas sempat bertanya sambil dijawab ‘InsyaAllah…’ dalam nada riangnya seperti biasa.


Apa pun kembali kepada acara majlis yang berlangsung meriah dengan celoteh dan usikan Fiza, Kak Fas lihat rata-rata stokis, agen yang hadir cukup akrab perhunbungan mereka dan setiap gaya yang dipakai melambangkan kejayaan masing-masing.



“Menariknya berada dalam penjualan Kalista ini kami seperti sebuah keluarga sentiasa ada bondig bersama pengasas mahu pun semua terbabit tanpa mengira level masing-masing,” ujar Siti Zainab Jamaluddin (gambar atas, kananyang antara penerima penghargaan atas pelantikan sebagai Monster Leader Kalista bagi tahun 2022, ketika ditemui.


Menurutnya, pada tahun 2021 beliau berjaya mencapai jualan RM2 juta dalam tempoh 3 bulan dan sasarannya untuk tahun 2022 mahu memperoleh RM10 juta jualan.


Wah! Besar harapan Siti Zainab dan melihat pada kesungguhan dan gaya tutur katanya yang bersemangat tidak mustahil beliau mampu menjadikan impian sasarannya itu satu kenyataan.


“Bagi kami menjual Kalista tidak sukar berbanding produk lain yang pernah saya ceburi seperti jualan kosmetik kerana diri saya sendiri yang menjadi testimoninya,” jelas Siti Zainab yang turut dibantu suaminya, Huzaine Hazle.



Tambah Siti Zainab, beliau mula  mengamalkan minuman Kalista selepas melahirkan anak keduanya sehingga berjaya menurunkan berat badan sebanyak 19 kg.


“Bayangkan daripada 68kg saya mampu turun ke 49 kg dalam masa dua bulan waktu itu,” cerita Siti Zainab dalam nada gembira dengan pencapaiannya malah katanya, ketika PKP cabaran paling besar lebih kepada ketiadaan stok untuk menampung permintaan tinggi.


Jelasnya, sewaktu ‘lockdown’, kilang tidak dapat beroperasi untuk menghasilkan produk sedangkan permintaan amat tinggi.


Kini dengan kembalinya kelonggaran apabila COVID-19 sudah beralih ke peringkat endemik Siti Zainab menyambut baik harapan pengasas Kalista, Nur Hidayah untuk menambah stok dan mencapai sasaran jualan sehingga RM15 juta berbanding RM9 juta tahun lalu apatah lagi dengan pengeluaran produk terbaharu  edisi terhad sepanjang Ramadan ini iaitu ‘Dhara Sweet Honey Dew’ yang dilancarkan oleh kedua-dua 'founder'.


“Harapan kami juga sama untuk meningkatkan jualan dan juga menambah ejen jualan,” ujar Siti Zainab sambil memberitahu modal untuk menjadi ejen hanya RM220 bagi 10 kotak Kalista.


Seperti Siti. Zainab, seorang lagi rakannya, Marliana Md Taib yang turut diraikan sebagai ‘top seller’ tidak ketinggalan mengesyorkan agar suri rumah mahu pun individu yang terkesan pandemik COVID-19 memulakan bisnes dengan Kalista untuk memperoleh pendapatan sampingan.



“Untuk tiga bulan pertama tahun ini sahaja saya sudah mampu membuat jualan hampir RM250,000 malah melalui perniagaan Kalista saya juga berjaya memperoleh hadiah umrah platinum untuk membawa suami dan emak mengerjakan umrah tahun lalu,” tambah Marliana yang sudah tiga tahun berkecimpung dalam perniagaan Kalista.


Sambungnya, mereka yang ingin mencari pendapatan eloklah sertai keluarga Kalista memandangkan banyak ganjaran yang menanti diberikan oleh founder dalam bentuk wang ringgit dan kejutan-kejutan yang menarik.




Sebagaimana kata Marliana, begitulah harapan yang dapat Kak Fas simpulkan daripada ucapan awal pengasasnya, Nur Hidayah.


“HQ tidak pernah stop marketing. Dari online kami juga turut selarikan dengan marketing secara offline. Selain itu, kami turut menyediakan kelas-kelas untuk membantu mereka supaya lebih mudah menjual seperti penyediaan bahan marketing, penglibatan artis, video-video berkualiti, kempen-kempen tertentu dan banyak lagi," akhiri Nur Hidayah yang sentiasa dipimpin suami tercinta Razlan selaku Ketua Pegawai Operasi syarikat. 





#Kalista #COVID-19 #DharaHoneyDew #MonsterLeader #FizaFrizzy #Skyglass


Tiada ulasan:

Catat Ulasan