Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'UNBOXING' SAMSUNG GALAXY A53 5G, NIPIS TANPA CHARGER


JENAMA
Samsung antara yang aktif memperkenalkan model terbaharu. dalam segmen telefon pintar.
 


Terbaharu tentulah model S22 yang berada dalam kategori peranti kelas mewah.Tetapi bukan itu yang akan Kak Fas komgsikan di sini. 


Apa yang mahu Kak Fas bicarakan adalah pada model terdahulu dalam siri Galaxy "A'  iaitu Samsung Galaxy A53 5G yang Kak Fas terima daripada Livan Bai dari Priority Communications selaku PR bagi pihak Samsung Electronics Malaysia untuk melakukan 'rebiu' secara 'unboxing' terlebih dahulu  mengenai peranti tersebut.


Sebaik sahaja bersetuju dengan tawaran dan syarat-syarat yang ditetapkan keesokkannya Kak Fas menerima penghantaran peranti Samsung Galaxy A53 5G terus ke kediaman.


Memang pantas dan terbaik urusan Priority terus sampai ke pintu kediaman.


Sebaik menerima kotak Samsung Galaxy A53 5G ini terasa ringannya bagi sebuah telefon pintar kelas pertengahan menengah  ini. Memang  Kak Fas suka sebab memudahkan Kak Fas sebagai seorang wartawan yang aktif. 


Dan selalunya bila terima gajet dari Samsung kotaknya tidaklah senipis ini. 


Dan apabila membukanya baharu lah faham rupanya kotaknya ini hanya membekalkan peranti A53 5G dengan kabel jenis USB-C ke USB-C  berserta buku panduan dan kad gerenti tetapi tanpa adapter charger.


Mula-mula tertanya-tanya juga eh kut ketinggalan ke chargernya. Namun, apabila membaca pengisian kotanya baharu lah nampak informasi yang mencapatkan baahwa  adapter tidak dibekalkan sekali perlu dibeli berasingan.


Oh gitu! Mana lah tau kan sekarang ni begitu pula trendnya ingatkan bila beli telefon semuanya dibekalkan sekali. 


Apa pun, tak kisahlah jika itu peraturan jualannya.


Seterusnya seperti biasa, kita perlu melakukan  beberapa langkah untuk mendapatkan  kesemua app yang tersedia tetapi kenalah terlebih dahulu setkan nombor pin atau cap jari untuk keselamatan ya tak?


Itu nombor satu yang perlu dilakukan sebelum melangkah ke 'next step' kata orang.


Bagi mereka yang seperti Kak Fas yang tak berapa pro sangat dalam bab technikel ini....jangan gelabah...ikut sahaja apa yang ditulis dan tadaa… dah boleh guna…


Cer tengok cara 'step ny step' yang Kak Fas rakamkan melalui video di bawah ini ya...



Menarik dan mudah kan?


Apa pun, selanjutnya review penuh mengenai peranti ini akan Kak Fas kongsikan dalam blog nanti ya…


Nampak tak dalam video itu, budak-budak  pun suka layan gajet yang ringan dan mudah dipegang kerana kenipisannya… tak hairan lah anak anak grnerasi sekarang dah 'IT oriented bukan buta IT'. 


Terima kasih Samsung kerana sudi menghantar siri Galaxy terbaharu ini… selain tona Awesome Hitam yang Kak Fas pilih ini ada juga Awesome White serta rona lain. 


Nak tahu lanjut layari www.samsung.com/my  sbb sempena Raya ni juga Samsung ada hadiah menarik tau bagi pembeli sehingga 12 Mei 2022. 


Memang aweaome dan mampu milik kerana harga bagi sebuah peranti seperti A53 5G ini cuma RM1849 sahaja.



#GalaxyA535G #SamsungElectronicsMalaysia #Peranti #Unboxing #TelefonPintar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan