Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SELEPAS MIZZ NINA DAN LOFA, NUR FAZURA TURUT PERKENAL APLIKASI ISLAMIK 'MUKMIN PRO'


TERDAHULU, penyanyi dan aktivitis kemanusiaan, Mizz Nina telah melancarkan aplikasi mudah alih gaya Islam yang diberi nama Qalby App pada awal bulan Disember 2020 sebelum aktres, Noor Neelofa pada awal tahun 2021.


Terbaharu, Nur Fazura Sharifuddin,38, tidak mahu ketinggalan memperkenalkan aplikasi mudah alih  seumpama walau pun tidak serupa iaitu Mukmin Pro  berkonsepkan gaya hidup Muslim di alaf baharu.


“Alhamdullillah, Faz rasa sungguh bersyukur kerana satu lagi impian Faz telah dimakbulkan dengan pelancaran aplikasi #miliksemua ini.” kata Fazura semasa ditemui di majlis pelancaran, “Mukmin bersama Fazura' di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.


“Mukmin Pro adalah aplikasi telefon mudah alih untuk gaya hidup Islam yang menawarkan pelbagai ciri dan perkhidmatan, menghubungkan umat Islam di seluruh dunia dan mereka yang berminat untuk mendekati Islam.” ujar Fazura yang lebih mesra disapa Faz.

Antara kelebihan aplikasi Mukmin Pro adalah pengguna boleh mendapatkan pelbagai ciri khas secara percuma tanpa perlu bimbang kerana data pengguna adalah terjamin selamat.



Selain dari itu, Mukmin Pro mempunyai antaramuka atau “interface' yang lebih fokus dan menarik berlatarkan warna putih dan merah jambu terang, warna yang cukup sinonim dengan Fazura. 


Salah satu keunikan aplikasi Mukmin Pro juga adalah ianya mengandungi pelbagai video-video Islamik terbaik, sesuai untuk semua peringkat umur yang dikemas kini pada setiap hari dari navigasi video seperti YouTube dan TikTok. 



“Apa yang membuatkan Faz lagi kagum dengan aplikasi ini adalah ianya turut menawarkan program-program seperti kelas mengaji dan Tahsin Al-Quran, program Wakaf Quran dan juga Infaq makanan kepada golongan yang memerlukan," tambah isteri pelakon Fattah Amin ini. 


Pengguna Mukmin Pro juga dapat melaksanakan amalan-amalan seperti Qurban dan Aqiqah yang dijalankan di Mekah al-Mukarramah dengan mudah dengan pakej-pakej yang menarik dan mampu milik


Selain itu, aplikasi ini turut didatangi dengan rangkaian audio bacaan zikir, doa-doa harian dan surahsurah al-Quran, serta waktu solat, Azan dan navigasi Qiblat yang lebih dipercayai. 


Navigasi masjid-masjid yang berdekatan turut disediakan untuk para Mukmin tak mengira dimana mereka berada. 


Aplikasi mudah alih Mukmin Pro kini boleh dimuat turun melalui aplikasi “App Store' dan “Googie Play secara PERCUMA




#MukminPro #Fazura #FattahAmin #AplikasiIslamik #BacaanZiir #ArahQiblat 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan