Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

LEBIH 20 SELEBRITI POPULAR SERTAI FESTIVAL JUALAN 'ADHOC RAYA 2022' DI WTC

PENYERAHAN mock up cek bernilai RM100k daripada TODAK sebagai penganjur bersama.

MENGANJURKAN sebuah festival jualan pada saat akhir atau ‘last minute’ memang kerja gila tetapi itulah cabaran yang diterima oleh pelakon Didie Alias atau nama sebenarnya, Fadzilah binti Mohd @ Ali.

“Kerana itu mumy menamakan festival jualan ini ‘AdHoc Raya 2022. yang bakal diadakan  di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) bermula 29 April ini,” ujar Didie ketika ditemui pada sidang media mengumumkan festival jualan berkenaan di Riverside, WTC pada  semalam, 9 April 2022.


AdHoc Raya 2022 dianjurkan oleh Sakura Events dan mendapat kerjasama daripada Todak, WTCKL dan Didies Entertaiment & Management

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Sakura Events, Shahirah Nasharuddin dan beberapa artis seperti Cha Cha Maembong, Sherry Ibrahim dan Fazli Zainal yang turut bertindak sebagai pengacara majlis.

Festival membeli-belah ini akan diadakan di Tingkat 2 dan Dewan 3, WTCKL bermula 29 April hingga 1 Mei ini, dari jam 10 pagi hingga 3 pagi

Pelbagai barangan dan keperluan bagi meraikan Hari Raya akan dijual di festival ini, antaranya pakaian, kelengkapan rumah, aksesori peribadi, telefon bimbit, barangan elektrik, kosmetik, kuih raya, makanan kering, kesihatan, kecantikan dan keperluan kanak- kanak. 

Lebih menarik, pengunjung yang hadir berpeluang bertemu artis kesayangan masing-masing apabila lebih kurang 20 selebriti popular tanah air dijangka hadir bersama membuat jualan produk mereka.


Antara selebriti yang bakal memeriahkan AdHoc Raya 2022 adalah Shiha Zikir, Rozita Che Wan, Emma Maembong, Cha Cha Maembong, Syafiq Kyle, Zoey Rahman, Dai Syed, Wak Doyok, Amelina, dan Naqui

Turut mengambil bahagian, Dato’ Aliff Syukri, Datin Shahida, Luqman Hafidz, Noraniza Idris, Nad Zainal, Ruhainies, Aprena Manrose, Azlee Khairy, Jasmin Hamid, Faye Kusairi, Mark Adam, Sherry Ibrahim dan Enot



Wah! Ramai tu.. jadi sambil-sambil membeli untuk kelengkapan Raya boleh juga merakamkan kenangan bergambar bersama artis-artis pilihan masing-masing ya tak? 

Pasti happening dan riuh rendah jadinya apatah lagi bila ada Didie Alias yang memang sentiasa riang dengan celoteh lawak yang menghiburkan ramai.

“Mumy percaya, dengan adanya selebriti yang turut menjayakan acara ini, mereka bukan sahaja mempunyai pengikut yang ramai di media sosial, malahan juga merupakan idola di dalam bidang perniagaan. 

“Strategi ini akan dapat menarik minat pengunjung untuk terus datang menyokong artis tanahair, apatah lagi sudah 2 tahun rakyat Malaysia tidak dapat keluar membeli-belah dan melihat barang di depan mata,” tambah Didie yang sering membahasakan dirinya 'mumy' dan tidak ketinggalan akan membuka gerainya sendiri menjual kuih raya, produk kecantikan  Aisel dan Pes Mak Yek.



Sementara itu, ditanya kenapa memilih Didie sebagai rakan kerjasama, Shahirah Nasharuddin selaku penganjur utama berkata:

“Saya suka dengan usaha Didie Alias yang telah berjaya membantu ramai usahawan sepanjang berlakunya pendemik . Objektif kami berdua adalah sama demi membantu usahawan yang terjejas.”

Menurut Shahirah, meskipun ini adalah pertama kali pihaknya menganjurkan AdHoc Raya 2022, tetapi  amat berbesar hati dengan kerjasama yang diberikan oleh barisan selebriti yang mengambil bahagian apatah lagi usaha sama daripada pelakon serba-boleh Didie Alias mampu menjadikan acara ini semeriah yang mungkin. 


Menyambung kata-kata Shahirah, Didie Alias memberitahu, sebagai penyelaras dan penasihat acara, beliau meletakkan harapan yang tinggi dengan AdHoc Raya 2022 walaupun masa yang diberikan untuk mengendalikan acara ini agak suntuk. 

“Semua penganjur inginkan acara yang mereka anjurkan berjaya. Jadi dengan adanya saya dan team, saya akan laksanakannya sebaik mungkin,” ujar ibu kepada 6 orang  anak ini penuh yakin. 

Sebagai menyokong usaha mengurangkan rantaian Coviud 19, Sakura Events akan  menyediakan laluan SOP khusus bagi memastikan para pengunjung menepati syarat-syarat yang ditetapkan pihak Kerajaan.

Gerai AdHoc Raya 2022 dijual pada harga serendah RM2,888 sehingga RM10,000

Perniaga yang berminat untuk menyertai AdHoc Raya 2022, boleh menghubungi 011-6087702/ 011-60871659 atau email sakuraeventsmanagement@gmail.com




#AdhocRaya2022 #WTCKL #SakuraEventsManagement #DidieAlias #Todak



Tiada ulasan: