Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TONTON PROGRAM RAYA DI AWESOME TV, MEMANG OHSEM!...

DARI kiri: DJ Dave, Johan Ishak, Adam Ilyas, Ezzan Zalilah dan Pak Nil. Foto dirakam menggunakan Samsung A53 5G.

Oleh: SITI DIMIATRI


APABILA menghampiri bulan Syawal, rata-rata  stesen tv mengetengahkan program raya yang menarik  untuk tontonan sepanjang hari raya.


Tak kurang channel baru, Awesome TV, turut menyajikan program raya yang tak kurang hebatnya di mana lebih 150 program raya telah disusun untuk tontonan  umum.


“Musim perayaan adalah masa terbaik untuk kita meluangkan masa berkumpul di samping keluarga tercinta dan sahabat handai sambil menonton pelbagai aneka program menarik di televisyen yang sudah menjadi aktiviti wajib untuk dibuat bersama-sama," ujar Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli selaku Pengarah Unit Kandungan Awesome TV.



Majlis memperkenalkan program-program Raya yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Dato Adam Ilyas, Pengarah Urusannya, Encik Johan Ishak, Datuk Aznil Nawawi dan Datuk DJ Dave serta beberapa artis popular tempatan.


Jadi, apa tunggu lagi, jom beralih ke saluran 123 Astro dan 112 MyTV pula kali ni, dan saksikan apa yang bakal disajikan oleh Awesome TV ini nanti menerusi kempen   'Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya'. 



Program yang dipilih akan lebih rancak dengan adanya siaran hiburan berbentuk 'spin-off', sketsa, muzikal, komidi, drama, telefilem, koleksi filem tempatan dan antarabangsa termasuklah peminat Bollywood.


Jangan ketinggalan, semuanya best untuk ditonton sepanjang Syawal, pendek kata kalau duduk dirumah pun tak jemu...


Antara beberapa program menarik bagi menghidupkan suasana raya bermula dari malam hari raya, 'Konsert MIC On!, dijadualkan bersiaran bermula 8.30 malam, menampilkan Mas Idayu, Black, Tomok, Ajak Shiro, Ropie dan ramai lagi gabungan peserta Mic On! Musim pertama dan kedua. 


Selain itu penonton boleh juga menonton telefilem yang memaparkan lakonan mantap Fauziah Nawi, Syafie Naswip, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila dan Siti Hariesa menerusi Telefilem 'Takbir Semalam' lewat 10.30 malam.



Antara lain yang dipaparkan menerusi Awesome TV pada hari raya pertama adalah slot 'Ohsen Tele' Naskah Buat Jeman, turut dibintangi pelakon hebat Fauziah Nawi, Iman Zulkarnain, Mia Farhana dan Farah Ahmad..


Kemudian pada hari berikutnya, paparan menarik seperti pada setiap Ahad 9 malam 'Mat Ri Ye Pak Din' yang dilakonkan oleh Sharif Zero, Sabri Yunus, Mak Engku dan Cahaya Nilam 'Nawfal Nak Raya' menampilkan gandingan Nadiya Nisaa, Jay Nazif, Beto Khusairy, Ain Sufiyan dan Fudaul Dayyan.


Selain itu, 'Syurga Nur Muhaammad' lakonan Putri Sarah, Raja Afiq, Danish Hazriq, Badrul Muhayat dan Lan Siro pasti mmikat manakala 'Kasih Yang Ternoda, antara lakonan mantap Reen Rahim, Hisyam Hamid, Zain Hamid dan Aisyah Shahrom tidak kurang menarik.



Banyak lagi penampilan-penampilan khas melalui drama dan telefilem bersiri seperti 'Syurga Yang Kedua' dibintangi Zarul Husin,Elizat Sharifuddin, Fasha Sandha, Sherry Ibrahim dan Dynas Mokhtar melalui slot 'Dramatix' pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 7malam bermula 6 Mei.


Ada kisah 'Hantu Van Sewa 2' menampilkan pelakon mantap Nasir Bilal Khan, Adam Shahz dan Bell Ngasri pula bakal mengambil alih slot 'Dramedi' pada setiap Khamis hingga Ahad 9.30 malam bermula 12 Mei nanti.


Slot 'Ohsem-Tainment' antara yg menarik melalui program hiburan berbentuk 'Spin-Off' pelbagai genre seperti Variasi, komidi, sketsa, bual bicara dan banyak lagi.


Jangan lupa juga tonton 'Perang Malam Ini Raya', ' Roller Kata Raya', 'Memori Raya', Jawapan Panas 2, 'Rumah Insaf' Chit Chat Ustaz Raya, 'Ramadrama' dan banyak lagi.



Bestnya raya di Channel TV Awesome!..


Kalau nak cerita satu persatu pasti banyak lagi yang menarik termasuklah  'Konsert- Special Raya' pada hari raya ke 4 dan ke 5, selain mengumpulkan promram 'Lawak Ke Der' bermula dari edisi 2013 hingga 2016. 


Hah..jangan ketinggalan  tonton jangan tak tonton..


Selagi belum habis raya Awesome Channel mampu mengikat anda untuk duduk dihadapan Tv dengan cerita-cerita menarik yang ditayangkan.


Pastinya tak jemu sebab antara lainnya Awesome TV turut memaparkan Slot 'Ohsem Lejen' yang menyajikan filem klasik dari Filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sepanjang musim lebaran, antaranya 'Madu Tiga', 'Hang Tuah', 'Masam Manis, dan ' Singapura Dilanggar Todak'..


Ada lagi yang menarik, 'Filem Kite' memaparkan koleksi filem tempatan seperti 'Abang Long Fadhil', 'Cuci','Lemak Kampung Santan', ' Layar Lara' dan 'Adnan Sempit' Bahagian 1 hingga 3.



Selain Slot 'Malar Segar', setia menemani penonton setiap hari selasa 9 malam, melalui filem menarik seperti 'Ali Setan 1 & 2, dan ' Maria Mariana 1 & 2.


Tak kurang menyelitkan slot Hindi buat peminat filem Hindustan jangan ketinggalan tonton filem Bollywood dalam kisah 'Mann', 'My Name Is Khan's, Chori Chori Chupke Chupke, 'Aa Ab Laut Chelen', 'Na Tun Jasni Na Hum' dan 'Tere Naam'.


Filem antarabangsa juga antara yang menarik, turut dipaparkan seperti 'Wild Wild West's, 'Big Game','Cat Women' dan 'Drive Angry' dalam slot Awesome Movie.


Jangan lupa ya...semudah 123, siaran mudah dicari menepati intipati!



#AwesomeTV #ProgramRaya #IkhlaskanJiwaDekatDenganNya #OhSemLah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan