Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SAMSUNG GALAXY A53 5G STYLISH, HEBAT DAN MAMPU MILIK


KAMI percaya setiap orang berhak mendapat peluang untuk mengalami kesan positif teknologi mudah alih yang boleh ada pada kehidupan mereka,” kata TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan MX (Mobile eXperience) Samsung Electronics. 


“Dengan keluaran siri Galaxy A terbaharu, kami menjadikannya lebih mudah berbanding sebelum ini untuk menikmati pengalaman mudah alih Galaxy yang canggih dan inovatif pada nilai yang hebat,” tambahnya,


Memetik kata-kata TM Roh, Kak Fas setuju seratus peratus dengan pandangannya sebaik sahaja menerima siri Galaxy A model A53 5G untuk review daripada Samsung Electronics Malaysia.


Jika ada yang belum baca pandangan Kak Fas mengenai peranti berkenaan sebaik sahaja melakukan ‘unboxing’ daripada kotaknya yang kompak dan ringan boleh layari LINK ini seketika.


Ok dah baca dan tengok kan pandangan awal Kak Fas mengenai siri Galaxy A53 5G yang  Kak Fas terima itu.


DISEBABKAN rekaannya cantik dan peranti pun ringan, kanak-kanak pun suka.


Dan selama berada dalam genggaman Kak Fas lebih dari dua minggu apa yang tertariknya mengenai inovasi terbaharu daripada jenama Samsung ini sudah tentu pada sistem empat kameranya yang menampilkan kamera OIS 64 MP dengan teknologi VDIS memudahkan tangkapan gambar yang tajam walau pun pada jarak jauh serta pencahayaan malap.


Paparan Super AMOLED 6.5-inci Galaxy A53 5G yang luas turut menawarkan kadar penyegaran 120Hz untuk pengalaman yang mengasyikkan. 


Kak Fas paling suka apabila dalam jarak yang dekat kita masih berupaya menangkap gambar semua dengan adanya mod ultra lebar pada peranti ini.  Tak perlu lagi Kak Fas berundur jauh bagi mengambil gambar semua dalam satu frame.


Mod Malam yang Dipertingkat secara automatik mensintesis sehingga 12 imej serentak, jadi foto malam kelihatan terang.


SELAIN rona Hitam (Awesome Black) dan Putih (Awesome White) ada juga rona Awesome Peach dan Awesome Blue.


Dan apabila merakam video dalam persekitaran cahaya malap, kadar bingkai siri Galaxy A dilaraskan secara automatik untuk mencipta video yang jelas. Ini memang sesuai bagi mereka yang sering hadir ke majlis-majlis malam seperti Kak Fas yang perlu buat liputan pada waktu itu.


Dan bagi mereka yang suka selfie, peranti ini sesuai apabila kamera hadapan 32MP beresolusi tinggi memberikan swafoto yang hebat dan pengalaman panggilan video yang jelas.


Dalam pada itu jika  mahu tukar efek boleh guna pelbagai  mod tersedia umpamanya mod potret yang dipertingkatkan menangkap kedalaman dan menggariskan subjek dengan lebih tepat dengan dwi kamera dan AI berkuasa. 


Manakala pada mod Keseronokan, detik-detik boleh diperoleh dengan menggunakan penapis dan kesan suka bermain yang kini berfungsi dengan kanta Ultra lebar. 

Selain itu, Photo Remaster memberi nafas baharu kepada foto lama dan berkualiti rendah agar kembali jelas.


BEBERAPA keping gambar di atas ini dirakam dari jarak dekat dan jauh menggunakan peranti A53 5G.


Sementara itu, dalam kesibukan mengambil gambar tentulah bateri peranti perlu tahan lama kan?


Usah khuatir kerana A53 5G dilengkapi dengan hayat bateri sehingga dua hari dan Pengecasan Super Pantas 25W[5] – jadi tontonan, penstriman dan banyak lagi boleh bertahan lebih lama.


Cuma sebaiknya bila hayat batteri 5,000 mAh nak kong cepat cepat caj sebab masa mengecajnya pun agak lama kira-kira lebih kurang sejam untuk mencapai total 100% caj.


Dan jangan lupa anda kena membeli charger secara berasingan seperti yang Kak Fas gambarkan pada tulisan ‘unboxing’ terdahulu tapi jika anda sudah mempunyai charger yang bole digunakan untuk caj ok lah ‘save budget’ haha..


Paparan Super AMOLED 6.5-inci Galaxy A53 5G yang luas turut menawarkan kadar penyegaran 120Hz untuk pengalaman yang mengasyikkan tambahan pula  peranti ini padat dengan pemproses Exynos 1280 5nm  waima memberikan pengalaman multimedia yang mengasyikkan. 


Bahkan dengan pemprosesnOcta-Core dan 16GB RAM yang besar membolehkan pengguna media sosial dan pekerja melakukan tugasan harian dengan lebih pantas.


Banyak lagi sebenarnya ciri-ciri yang menarik pada peranti A53 5G yang cantik rekaannya ini cuma anda perlu mencuba satu persatu segala mod menarik yang wujud di dalam peranti siri Galaxy  berharga RM1,840 ini.


Info lanjut KLIK SINI.


BERITA baik... sempena Raya ini ada peluang menang produk Samsung tau!


#SamsungElectronicsMalaysia #GalaxyA535G #HariRaya #Produk #Teknologi



Tiada ulasan:

Catat Ulasan