Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SHAHEIZY SAM, SYATILLA MELVIN ANTARA 4 PENERIMA ANUGERAH SEBA 2020 EDISI UTARA

DARI Kiri:Syatilla Melvin, Shaheizy Sam, Abdul Halim dan Nitesh Malani.

PASANGAN  pelakon Shaheizy Sam dan isteri, Syatilla Melvin antara empat penerima Anugerah SEBA 2022 Edisi Utara   anjuran Yayasan Usahawan Malaysia yang diadakan buat julung kalinya di Pusat Konvensyen Setia SPICE, Pulau Pinang baru-baru ini.


Tiga penerima lain terdiri daripada Datuk Sirajudin Y Mohamed Mydin, Pengasas Nasi Kandar Kayu Group; David ST Loh, Jurugambar Terkemuka Dunia & Pakar Inovasi Perniagaan Fotografi dan Seni serta Dr. Edmond Lau Kian Hong, Pengarah Eksekutif Dr. Ko Skin Specialist.


Malam Anugerah SEBA 2022 (SME and Entrepreneurs Business Awards (SEBA) 2022 berkenaan dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang,  Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak (gambar bawah) dan Exco Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan, Dato’Haji Abdul Halim bin Haji Hussain serta Pengerusi Yayasan Usahawan Malaysia dan Pengasas SEBA, Nitesh Malani serta Pengerusi Majlis SEBA, Lyndia Wong.



Pada tahun ini, SEBA 2022: Edisi Utara telah mencalonkan 27 pemain industri dari Langkawi, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, termasuk usahawan selebriti, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin


Penerima-penerima anugerah ini diteliti latar belakang, model perniagaan dan potensi pada masa depan oleh badan penasihat  terkemuka di mana selain pihak SEBA yang diwakili Nitesh Malani dan Lyndia Wong ia diadili bersama oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawanan dan Koperasi, Dato Suriani binti Dato’ Ahmad; Pengasas dan Rakan Kongsi Pengurusan DGK Advocates & Solicitors (Penasihat YUM, MyPreneurship),  Dato’ David Gurupatham; dan Pengerusi Guardian Group, Dato’ Lee Chung Han


SEBA telah berkembang merangkumi wilayah Utara, Selatan dan Pusat Bandar Kuala Lumpur berlandaskan konsep SEBA 2022: RISE UP


DARI Kiri: Adam Ham, CEO GCMA dan Dr. Edmond Lau.


Edisi Utara menyaksikan respon yang menggalakkan, dengan pemerimaaan hampir 200 penyertaan dari peneraju-peneraju industri yang telah mencapai kejayaan di Langkawi, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. 


27 daripada penyertaan yang dicalonkan terdiri dari pelbagai industri termasuk F&B, Pendidikan, Hospitaliti, Logistik, Automotif, Kejuruteraan, Pembuatan, Teknologi Maklumat, Teknologi & Solusi Digital, Penjagaan Kesihatan, Kesihatan & Kecantikan, dan sebagainya.


Memberikan tepukan gemuruh kepada Yayadan Usahawan Malaysia atas usaha mereka membawa Anugerah SEBA Edisi Utara, terutamanya selepas masa sukar sepanjang negara dilanda COVID-19,  Abdul Halim (gambar kiri) dalam ucapannya mendesak  agar para usahawan dan majikan memberikan fokus dalam pembelajaran berterusan, mempertingkatkan kemahiran keseluruhan pekerja dan meninggikan tahap pendapatan Pulau Pinang. 


“Yayasan Usahawan Malaysia memilih wilayah Utara untuk menjadi sebahagian dari SEBA 2022 yang mana ia sejajar dengan pelan Penang 2030 yang diterajui oleh kerajaan negeri. 


“Kami menyokong sepenuhnya usaha ini di dalam membangunkan bakat dengan mencungkil serta menyediakan platform untuk mengenalpasti potensi dan memangkin perkembangan,” ujar Nitesh Malani (bawah, kiri) sambil menyokong inisiatif-inisiatif Penang 2030 menyediakan asas kepada pembentukan komuniti yang berdaya tahan pasca COVID-19. 


Tambahnya, akibat pandemik, ia amat penting untuk Yayasan Usahawan Malaysia terus menyokong para usahawan yang mana penyelesaian sedia ada dan yang masih diusahakan boleh digunakan untuk memangkin perkembangan berterusan. 


“Yayasan Usahawan Malaysia akan terus menyokong dan bekerjasama dengan kerajaan untuk membantu peneraju keusahawanan sedia ada dan di masa hadapan,” tambah Nitesh.


Tahun ini, penyedia insurans dan takaful keluarga, Sun Life Malaysia, menyertai sebagai Rakan Insurans Rasmi dengan menawarkan kepakaran di dalam pelan kewangan dan perlindungan kepada semua calon dan penerima anugerah manakala Standard Chartered Saadiq Berhad menyertai sebagai Rakan Perbankan Rasmi, menawarkan solusi kewangan kepada semua.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.seba.asia atau klik DI SINI.


LYNDIA (kiri) dan Nitesh (kanan) bersama Abdul Halim (tengah) dan  tetamu lain yang hadir.


#SEBA2022 #RiseUp #PulauPinang #Usahawan #ShaheizySam #SyatillaMelvin


Tiada ulasan:

Catat Ulasan