Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

INTEAM DIGITAL LANCAR 'SUWARU FIL QURAN' RAI SAMBUTAN NUZUL QURAN


SEMPENA
meraikan  hari Nuzul Al-Quran pada setiap 17 Ramadan di mana ia merupakan bulan diturunkan Al-Quran, umat Islam tidak ketinggalan akan meraikannya bagi memperingati peristiwa agung itu.


Sehubungan itu, Inteam Digital juga tidak ketinggalan untuk mengajak orang ramai  mengingati Nuzul Al-Quran dengan menerbitkan single terbaru berjudul 'Suwaru fil Quran' (Surah-surah di dalam Al-Quran).


Single terbaru ini menampilkan 2 anggota dari kumpulan Zayne iaitu Mateen dan Naufal serta penampilan istimewa Qari dari Inteam Digital iaitu Ustaz Khairul Anuar Basri Al-Hafiz.


DARI kiri Ustaz Khairul, Mateen dan Naufal.


"Tujuan lagu ini dihasilkan ialah bagi mengajak pendengar menghafal serta mengingati 114 nama-nama surah di dalam Al-Quran sempena Nuzul Quran ini" ujar Ustaz Khairul Anuar.


"Lagu ini pernah dipopularkan oleh kumpulan Nadamurni, kemudian dirakam semula oleh kumpulan Adikku Sayang, dan kini kami rasa bertuah kerana turut berpeluang menyanyikan lagu zaman kanak-kanak kami ini" tambah Mateen.


"Alhamdulillah, sesi rakaman suara dan penggambaran video muzik bagi lagu ini berjalan lancar dan kami tidak memerlukan masa yang lama untuk menyiapkannya. Kini ia boleh didengari di seluruh platform muzik digital dan ditonton di rangkaian Youtube Inteam Digital" sambung Naufal.



Single 'Suwaru Fil Quran' telah dilancarkan di dalam sebuah majlis kesyukuran dan ifthar oleh pihak Inteam Digital yang turut disertai acara penganugerahan selebriti paling tinggi strim digital dan tontonan di Youtube di bawah label Inteam Digital kepada Ustaz Khairul Anuar Basri Al-Hafiz selaku penyandang gelaran tersebut.


Untuk rekod, Ustaz Khairul Anuar Basri Al-Hafiz telah merakamkan 30 juzuk penuh bacaan Al-Quran secara murattal di bawah Inteam Digital beberapa tahun lalu dan rakaman tersebut telah mendapat kelulusan bahagian kawalan dan semakan Al-Quran di bawah Kementerian Dalam Negeri.



#InteamDigital #SuwaruFilQuran #NuzulAlQuran #Surah #Mateen #Naufal #Lagu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan