Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KOLEKSI JOVIAN MANDAGIE RTW SEMPENA RAYA KINI DI 7 CAWANGAN AEON TERPILIH


JENAMA Jovian Mandagie sudah tentu tidak perlu diperkenalkan lagi khususnya dalam industri pakaian sejak pengasasnya, Datuk Jovian Mandagie atau nama Islamnya, Mohd Ridhwan menghasilkan pakaian sedia dipakai (RTW) sejak 2012.


Namanya meniti dari bibir ke bibir golongan wanita sebagai pereka fesyen yang kreatif apatah lagi  diangkat sebagai Pereka Fesyen Terbaik  2013, Mercedes Benz Stylo Grand Prix.


Pemilik butik terkenal, Jovian Flagship Store  atau Jovian Mandagie House (JM) ini memang seorang yang terbuka kepada segala peluang yang wujud demi mengembangkan jenamanya dengan berkolaborasi bersama platform jualan dalam talian, Zalora mahu pun Fashion Valet.


Terbaharu, Jovian menerima undangan berkolaborasi dengan syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka di Malaysia, AEON CO. (M) BHD.  atau ringkasnya AEON.


“Bsgi saya  meluaskan pasaran walau pun saya sendiri mempunyai butik tidak menjadi masalah memandangkan ia satu kolaborasi yang positif dan memacu jenama Jovian Mandagie lebih meluas dan boleh dipakai oleh segenap lapisan masyarakat,” ujar Jovian ketika ditemui pada majlis pelancaran media eksklusif ‘Koleksi Nusantara AEON x JOVIAN’ di AEON Mall Shah Alam baru-baru ini.


FOTO dirakam menggunakan  Samsung Galaxy A53 5G.


Turut hadir Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON, Low Ngai Yuen (gambar atas, tengah).


“Koleksi RTW kami telah diperkenalkan pada Ogos 2012. Sejak itu, ia telah memenuhi keperluan wanita di Malaysia, memastikan setiap wanita kelihatan cantik dengan pakaian mereka. Koleksi Nusantara AEON x JOVIAN adalah direka dengan pendekatan yang sama," tambah Jovian.



Sempena Hari Raya tahun ini, Jovian mengetengahkan asal-usul Nusantara dalam rekaannya di mana Nusantara adalah nama Jawa Kuno yang pada asalnya merujuk kepada wilayah taklukan kerajaan Majapahit, bermula pada abad ke-13. 


“Wanita Kepulauan Nusantara, yang sebati dalam sejarah dan budaya dianggap sebagai simbol kecantikan pada waktu itu, telah menjadi inspirasi koleksi sedia pakai (RTW) premium ini,” tambah Jovian sambil memberitahu ia diinspirasi juga daripada asal usulnya yang berdarah kacukan Indonesia dari sebelah ibunya dan Melayu daripada ayahnya, seorang warga Kelantan.



Memandangkan beliau membesar di Malaysia, Jovian menggabungkan dua rumpun budaya Malaysia-Indonesia dalam setiap 12 rekaan RTW kali ini untuk koleksi yang dihasilkan jualannya di tujuh buah cawangan AEON iaitu di Shah Alam, Wangsa Maju, Taman Maluri, Mid Valley, Queensbay, Kota Bharu dan Tebrau City, serta jualan dalam talian untuk semua pra-pesanan iAEON Lifestyle di  https://lifestyle.myaeon.com.my/special-campaign/jovian-collection- atau KLIK SINI


“Setiap rekaan ada lebih kurang 200 pasang sahaja jadi jika mahu mendapatkannya kenalah cepat membelinya,” ujar Jovian yang tidak ketinggalan menyediakan pelitup muka  rekaan sedondon bersama setiap koleksi Nusantara.


“Jadi dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, pengguna boleh menggayakan setiap rekaan sedondon,” sambung ayah kepada seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika yang dilahirkan isterinya, Nina Sabrina Ismail Sabri pada 1 November 2017 ini.


LOW Ngai Yuen bersama dua orang kakitangan AEON yang bekerja keras menghasilkan koleksi  AEON X Jovian Nusantara.

Sementara itu, berkongsi lanjut, Low Ngai Yuen memberitahu, koleksi ‘AEON x JOVIAN Nusantara’  bukan sahaja dihasilkan untuk wanita, malah pakaian Raya untuk seisi keluarga termasuk lelaki dan kanak-kanak. Selain itu, koleksi ini juga termasuk pelitup muka tiga lapis dan KF94  rekaan unggul Jovian Mandagie di dalam reka bentuk baharu untuk dipadankan dengan corak pakaian perayaan.


Dengan harga jualan antara RM179 hingga RM299 serta RM139 bagi koleksi kanak-kanak, ia boleh diperoleh dalam pelbagai saiz dari S hingga XL.



Menurut Low, sesebuah perayaan itu  secara intrinsiknya terikat kepada tradisi dan budaya, namun seorang pereka fesyen yang mampu mengimbangkannya dengan kebebasan dan ekspresi moden – sesungguhnya kami merasa amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Dato’ Jovian Mandagie yang mampu memahami dan menterjemahkan konsep ini dengan jayanya.


Bercakap lanjut tentang kenapa memilih Jovian Mandagie, jelas Low, beliau merupakan seorang pereka paling berjaya di Malaysia, terkenal dengan pengaruh Mal-Indo, merentasi rekaan yang mengagumkan dan telah mencipta gabungan fesyen yang bermutu tinggi di bawah jenama yang estetik dan terkemuka, Jovian Mandagie house (JM).


“Kolaborasi ini adalah sejajar dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 8 – Kerjaya Yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi – yang memberi tumpuan ke arah menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan, pekerjaan yang menyeluruh, baik lagi produktif kepada semua. 


Dan bagi Jovian pula, persejutuan menerima tawaran bekerjasama dilihat sebagai satu nostalgia dan kenangan ketika beliau sering berkunjung ke AEON yang ketika itu berada di Alpha Angle.


“AEON menepati kehendak jenama Jovian ke arah ‘mass market’ memandangkan objektif saya bukan hanya tertumpu pada permintaaan terhad tetapi secara lebih meluas agar semua lapisan masyarakat berpeluang memakai jenama Jovian Mandagie,” akhiri  Jovian dengan harapan dapat terus bekerjasama dengan AEON dan membayangkan akan menghasilkan pula tudung  supaya pemakainya benar-benar nampak di dalam pakaian sdondon.




#AEON #iAeonLifestyle #JovianMandagie #NinaSabrinaIsmailSabri #Nusantara


Tiada ulasan: