Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SURIA KLCC KEMBALIKAN NOSTALGIA 'RAYA DI DUSUN ATUK' SAMBIL BERBELANJA


MEMANG benar terasa bagaikan masuk ke rumah atuk di kampung apabila Kak Fas menjejakkan kaki ke gelanggang ‘Centre Court’ pusat beli-belah berprestij Suria KLCC baru-baru ini.


Betapa tidaknya, konsep hiasan yang menghiasi ruang tengah Suria KLCC di bawah kumpulan Syarikat Suria KLCC ini yang mengalu-alukan ketibaan Syawal bertemakan kampung halaman memang menepati kehendak ramai yang kini dah dibenarkan pulang ke kampung.


Al-maklum dah dua tahun tak balik Raya, tentu ramai yang rindukan suasana kampung dengan bunyi ayam berkokok, anak-anak bermain bunga api dan rumah pula diterangi cahaya lampu pelita atau pun lampu raya.


Inilah sebahahian daripada suasana yang dapat pengunjung menikmati apabila melangkah masuk untuk membeli-belah di Suria KLCC.



Penampilan pelbagai tarikan begini bagi kempen sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan berlangsung sehingga 8 Mei 2022 dan para pengunjung berpeluang merasai keunikan tema “Raya di Dusun Atuk” disekitar perkarangan kompleks yang menekankan sentuhan dekorasi rumah kampung di dalam dusun. 


Sebuah replika rumah kampung tradisional yang berinspirasikan “Rumah Melayu Melaka” memaparkan keindahan dan kepelbagaian motif yang berwarna-warni ditemani dengan hiasan pelbagai pokok buah-buahan dan cahaya berwarna di samping hiasan cahaya pelita. 


Suasana hiasan dusun turut mempamerkan pangkin yang mana pengunjung boleh menikmati peluang bergambar dengan latar belakang nostalgik, dilengkapi dengan sebuah Proton Saga yang turut dipamerkan bersama bagi mengimbau kembali memori pulang ke kampung dengan menaiki kereta atuk. 


Tidak kurang dari itu, aktiviti permainan tradisional yang tidak lapuk ditelan zaman seperti ‘teng-teng’ dan congkak  turut diadakan selaras dengan kempen yang berlangsung. 


Pengunjung juga berpeluang untuk mengambil gambar dengan latar belakang dusun atuk yang ditempatkan di Aras 1, Ramlee Mall. 


Namun paling menarik, seperti kebiasaannya pada sambutan  mana-mana musim perauaan,  Suria KLCC akan membina replika gergasi di mana kali ini Replika Lampu Pelita terbesar di Malaysia tidak ketinggalan dibina di Esplanade KLCC.


Turut dipamerkan, gubahan hebat Hari Raya yang direka untuk menyantuni semangat Ramadan dan Syawal yang kini boleh disambut dalam skala besar sejak dua tahun lalu berikutan ancaman wabak Covid-19.



“Seperti yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records 2022 - Replika Lampu Pelita terbesar di Malaysia yang berketinggian 17-meter dan 12-meter lebar ini adalah usaha kami dalam menyemarakkan keriangan Ramadhan dan Syawal di kotaraya ini,” ujar Pengerusi pihak pengurusan Suria KLCC Sdn Bhd, Encik Md Shah Mahmood pada majlis pelancaran kempen Hari Raya Aidilfitri Suria KLCC baru-baru ini.


Turut hadir Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Dato’ Haji Zainuddin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Operasi; Francis Tan dan juga Pengurus Besar; Ameer Thajudeen. 


Menurut beliau, berdiri sebagai Pusat Beli-Belah Premium di Malaysia, usaha ini dilihat sebagai kerjasama penting dalam mengembalikan kegirangan dikalangan kelompok komuniti selaras dengan proses asimilasi pembukaan pelbagai aktiviti setelah melalui tempoh dua tahun perintah kawalan pergerakan.



Selain berpeluang berselfie atau bergambar dengan Pelita Gergasi, kehangatan Aidilfitri lebih dirasakan apabila para pengunjung berpeluang untuk menikmati saat gembira kekeluargaan di sudut ‘Family Potrait’ yang mana pengunjung boleh bergambar bersama keluarga dan mendapatkan kepingan gambar fizikal berserta salinan digital secara percuma untuk dimuat naik di media sosial. 


Tidak ketinggalan, tarian etnik dan budaya turut dipersembahkan bagi merai kehangatan Aidilfitri. 


Dalam pada itu, kemuliaan Ramadhan turut di perhalusi dengan sumbangan kurma yang akan diberikan kepada pengunjung yang menjalani ibadah berpuasa untuk tempoh sepuluh hari sebelum Hari Raya bermula dari 23 April 2022.


Para pengunjung yang berpuasa boleh mendapatkan kurma daripada kaunter pertanyaan. 


Dan bagi yang membeli-belah untuk Raya pula disediakan ganjaran apabila mereka berbelanja lebih dari RM1,500 atau lebih melalui dua resit di mana-mana kedai terpilih bermula dari sekarang sehingga 1 Mei dimana mereka berpeluang untuk menerima baucar membeli-belah Suria KLCC yang bernilai RM100 dan juga satu pek sampul raya Suria KLCC.



Sementara itu, program tanggungjawab sosial ‘Kesedaran Kesihatan Mental’ yang diusahakan oleh Suria KLCC masih diteruskan melalui perolehan dana dari hasil jualan pin reben yang bermula sejak tahun 2021. 


Para pengunjung digalakkan untuk memberi sokongan bagi menjayakan kempen ini dengan membeli pin yang dijual di kaunter pertanyaan Suria KLCC dengan harga RM10 setiap satu. 


Setiap hasil jualan akan disalurkan kepada RELATE Malaysia. 



Sementara itu, Tema Dusun Atuk turut diperkenalkan di Pusat Beli Belah Alamanda di Putrajaya sehingga 2 Mei 2022 dan di Pusat Beli Belah Mesra di Kemaman bagi memastikan sambutan Hari Raya kekal meriah.


DI Alamanda, pelanggan yang membelanjakan RM1,500 dan ke atas akan menerima hadiah tambahan yang mana tebusan layak di lakukan untuk setiap satu pengunjung setiap hari. 


Pelanggan yang berbelanja berdasarkan nilai tersebut akan menerima baucar daripada Manhattan Fish Market yang bernilai RM40 atau sehelai selendang esklusif dari Noor Arfa atau baucar beli belah Alamanda yang bernilai RM50. 


Manakala di Mesra Mall pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM350 melalui dua resit dari mana-mana kedai terpilih akan menerima bekas kedap udara seramik dan juga sepeket sampul raya Mesra. 



Untuk info lanjut, layari: 

  1. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall
  2. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
  3. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall 
#SuRIKLCC #LampuPelitaTerbesar #KesedaranKesihatanMental #RayaDiDusunAtuk

Tiada ulasan: