Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

EJEN2U BANTU USAHAWAN MELIPATKGANDAKAN PENDAPATAN


ANDA
dah ada produk jualan? Baharu nak mulakan bisnes tetapi tak tahu bagaimana nak 'start'  pada zaman digital sekarang ini?


Usah khuatir segala permasalah ada penyelesaiannya. 


Barangkali anda ada terfikir bagaimana nak mula jalani perniagaan dengan cara norma baharu khususnya secara dalam talian dan kaut keuntungan berlipat kali ganda daripada jualan secara fizikal malah lebih sistematik?


Meh! Kak Fas bantu dengan memperkenalkan anda kepada sebuah syarikat yang menepati tujuan dan kehendak anda iaitu  Ejen2U.


Namanya sahaja sudah mencerminkan bisnes yang dikendalikan.


Diasaskan oleh Sheikh Ezaiddin (gambar atas) selaku Pegawai Eksekutif Operasi Ejen2U bersama rakan kongsinya Taufiq Zakir dan Imran Hadi, syarikat yang ditubuhkan pada 23 September 2019 bertujuan menjadi platform membantu usahawan menguruskan perniagaan dengan lebih efisien dan sistematik.


“Semua orang boleh membangunkan sebuah sistem pengurusan ejen  tetapi kosnya sangat mahal sehingga mampu cecah RM50,000. Tetapi melalui kami dengan hanya kos langganan  pada harga RM700 sebulan kami lakukan segalanya untuk anda,’ ujar Sheikh Ezaiddin ketika ditemui di pejabatnya di Cyberjaya baru-baru ini.




Berbicara lanjut mengenai konsep Ejen2U, Sheikh  Ezaiddin memberitahu, kebanyakan daripada klien-kliennya terdiri daripada peniaga yang telah mencapai  hasil jualan sebanyak RM360,000.


“Syarikat yang jualannya mencapai angka tersebut lebih mudah nak dikekalkan berbanding yang baharu walau pun kami ada modul untuk peniaga baharu tetapi lebih baik duit itu digunakan terlebih dahulu untuk kembangkan bisnes,” jelas Sheikh Ezaiddin sambil memberitahu Ejen2U bagaimana pun tidak menolak klien yang masih mahu menggunakan khidmat mereka.


Memberi beberapa contoh di mana ada antara 200 pelanggannya yang berjaya melipatgandaka hasil jualan setelah berdaftar dengan Ejen2U,  beliau memaklumkan sistem yang dikendalikan menghubungkan semua ejen dengan lebih mudah.


“Dan tugas founder hanya berinteraksi dengan mereka agar setiap seorang merasa dekat dan tidak diabaikan,” tambah Sheikh Ezaiddin.



Menurut beliau selanjutnya, sebagai sebuah platform sistem pengurusan ejen paling komprehensif, Ejen3U mampu meningkatkan kualiti pengurusan ejen dan bisnes dengan automasi yang dipercayai lebih ribuan usahawan Malaysia.


“Kami mempunyai kira-kira 200,000 ejen yang sudah berdaftar dan kerana itu Ejen2U mempunyai ramai kakitangan yang membantu memacu perkembangan sistem klien, “ tambah beliau.


Menurut Sheikh Ezaiddin lagi, platform pengurusan ejen dan stokis dengan akses 24 jam secara dalam talian  dan pada bila bila masa ini akan menyusun segala urustadbir ejen dan stokis secara sehala.


ATAS: Antara pelanggan Ejen2U dan bawah gerbang bayaran yang disediakan,


“Founder-founder, ejen dan stokis boleh lakukan penempahan, pembelian, pembinaan invois, pembinan resit, pengurusan courier dan pembayaran komisyen secara sehala dan mudah,’ tambah beliau.


Menurutnya, Ejen2U akan susunkan segala urus tadbir ejen dan stokis di samping  memberi latihan perniagaan dan penjelasan analitik daripada sistem data mereka kepada usahawan yang menyertai. 


“ini bagi membantu usahawan mengenali pasaran mereka serta memberi perhatian yang cukup kepada ejen mereka dari segi latihan, perhatian dan pemasaran,” jelas. Sheikh Ezaiddin.


Pendek kata,  Ejen2U memberi 3 jaminan perniagaan. Pertama, memberikan sistem sokongan yang baik di mana mereka akan menyelesaikan masalah jika timbul serta sentiasa membantu untuk menyelia sistem pelanggan. 


Kedua, harga mampu milik serendah RM700 sebulan tanpa kontrak berbanding bayaran lunas berpuluh hingga ratusan ribu untuk sistem yang sama dan terakhir Ejen2U menjanjikan integriti data pelanggan serta keselamatan web melalui Infra Amazon Web Service.


Syarikat yang masih hijau ini turut melangkah lebih jauh apabila baru-baru ini mereka telah menerima sumbangan daripada 500 Global yang berasal daripada Lembah Silikon di Amerika Syarikat.



Perkembangan dan penerimaaan pelanggan terhadap Ejen2U terbukti satu kejayaan waima syarikat dalam proses meluaskan infrastruktur pejabat dengan membuka sebuah lagi ruang pejabat bersebelahan di bangunan dan tingkat yang sama.


Kak Fas dan rakan blogger dibawa melaeat ptemis bersebelahan dan kelihatan kerja pengubahsuaian sedang dijalankan dengan beberapa bilik kecil disediakan untuk petuas menjalankan sesi 'zooming' atau mesyuarat secara 'virtual'.


"Dengan adanya bilik sebegini tidak lah menganggu mereka yang bekerja di ruang luar," akhiri Sehikh Ezaiddin.


Untuk info lanjut tentang butiran secara terperinci boleh layari www.ejen2u.com atau KLIK SINI.




#Ejen2U #Usahawan #BantuPeniagaEjen #DalamTalian #LembahSikikon #Bisnes



Tiada ulasan:

Catat Ulasan