Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BIGBOYS-UMAGA TECH INDIA JALANI KERJASAMA PENDIDIKAN ROBOTIK


BIGBOYS Academy Malaysia (BAM) menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama syarikat pendidikan robotik terkemuka di India, Umaga Technology India,  pada jam 3 petang semalam, 27 April 2022.


Majlis yang  berlangsung secara dalam talian menyaksikan Umaga Techology India diwakili oleh Ketua Pegawai Teknologinya, Prashant Kr. Shukla.


Bigboys Academy Malaysia adalah gabungan anak-anak muda Malaysia yang berpandangan jauh dalam sistem revolusi pendigitalan, automasi, artificial intelligent, bitcoin, dan perbankan digital.


Tujuan utama MOU ini adalah untuk pertukaran perkhidmatan pendidikan dan sillibus (Robotik, Ai, IoT dan Kemahiran Berpendapatan Tinggi). 



Melalui kolaborasi tersebut, Umaga Tech akan menyediakan pendidikan tentang robotik, ai, pendidikan IoT yang akan diaplikasikan di setiap sekolah dan universiti. 


Sementara, Big Boys Academy akan menyediakan pendidikan mengenai ‘The Right Mindsetting’ dan ‘10 High Income Skills’ untuk mereka yang ingin menjadi elit global, bilionair.


Selain itu, ia bertujuan untuk mewujudkan pertukaran kerjasama antara Malaysia dan India dengan menyediakan kedua-dua syarikat ini dalam memulakan promosi pendidikan digital ke institusi pendidikan dan badan kerajaan yang berkaitan di Malaysia dan India untuk menyokong misi dan visi Bigboys Academy.


Bigboys Academy juga melengkapkan dan menyediakan pelajar-pelajar dengan kemahiran hidup skil berpendapatan tinggi dalam era digital di mana pada era ini bukan mengenai pasaran buruh lagi tetapi ia semua mengenai pasaran usahawan digital.


Pengasas BigBoys Academy, Rizwan Ramalan, 29, berkata, kerjasama ini adalah sebahagian daripada silibus Bigboys Academy. 


"Pendidikan kami akan mengajar anda berfikir dan bertindak dalam formula MMT + GeoPolitik + GeoEkonomi + GeoStrategi. Dan falsafah kami adalah mengajar melalui teladan dan di sini kami melakukan kerjasama di peringkat antarabangsa. Ini adalah MOU pertama kami yang telah merentasi sempadan Malaysia, jadi ia adalah satu kejayaan yang penting buat kami."


Mengapa kami memilih India sebagai rakan kerjasama? 


"Ini kerana CEO gergasi teknologi adalah dari kalangan orang India. Microsoft, Google, Twitter, Mastercard, Micron, DBS dan lain-lain. Jadi saya percaya bahawa kami akan bekerjasama dengan pakar-pakar dalam industri.


“Apabila kita bercakap tentang ekosistem semua digital, kita bercakap tentang aplikasi yang mempunyai akses kepada semua pintu masuk digital, contohnya, dalam membuat pembayaran, tempahan, membeli barangan runcit, memperoleh pendapatan, membelanjakan pendapatan, melabur pendapatan segala-galanya dalam talian. Juga kita bercakap tentang ‘robofarming’ menggunakan dron dan pembelajaran mesin, pemanduan autonomi, robocleaner, roboarchitect, robolawyer, roboadmin.


“Dan saya percaya untuk menjadi negara berpendapatan tinggi kita mesti menggunakan sepenuhnya dan memanfaatkan teknologi untuk mencipta automasi dan mengurangkan kos, disebabkan itu ilmu ini perlu diterapkan di setiap manusia, kerana asset yang paling penting adalah ‘modal insan’. Dunia, selepas wabak telah memisahkan diri kita dari keadaan sebelumnya dan telah menwujudkan norma baru kepada kita  dalam era digital.


Info lanjut layari laman web www.bigboysacademy.com atau  KLIK DI SINI          dan boleh juga kunjungi platform sosial media di instagram @bigboysacademy serta facebook Bigboys Academy.


Boleh juga hubungi talian 011 28184362.



#BigboysAcademy #Teknologi #UmagaTechnologyIndia #PendidikanRobotik #Pakar



Tiada ulasan: