Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

EMPAT GOLONGAN OKU MAJU KE PERINGKAT AKHIR LIGA 'USAHAWAN OKU SELANGOR-SAY LEAD'


EMPAT usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) dipilih ke peringkat akhir Liga Usahawan OKU Selangor  - SAY LEAD oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Ibni Sultan Sharafuddin bersama para juri lain pada majlis anjuran Selangor Youth Community (SAY) yang berlangsung di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya baru-baru ini.


Mereka yang berjaya terdiri daripada Yusairi Hafiz, 31; Faizul Ahmad Zuki, 39; Nooraihan Che Li, 41, dan seorang belia muda, Linges Warrym berusia 23 tahun.


Kesemua mereka dipilih berdasarkan kepada kriteria seperti di bawah:


 - Peserta yang lahir atau menetap di Selangor sekurang-kurangnya 5 tahun.
 - Berumur dari 18 tahun hingga 40 tahun.
 - Merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang sah di bawah     Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan
- Sedang aktif menjalankan aktiviti perniagaan. 



Untuk rekod,  Liga Usahawan OKU Selangor _ SAY LEAD anjuran SAY sebagai sebuah organisasi bukan Kerajaan diasaskan oleh Raja Muda Selangor di mana program dijalankan di bawah inisiatif ‘Entrepreneurship Selangor’ dengan membawa visi dan misi baginda untuk mempromosi kerangkuman dalam kepelbagaian terutamanya kepada golongan usahawan belia.


Program SAY LEAD telah berjalan sejak September 2021 dengan 20 peserta dipilih untuk menjalani kursus perniagaan merangkumi profil keusahawanan, business model canvas, pengurusan kewangan, branding, jualan dan pemasaran. digitalisasi perniagaan, lawatan ke tapak premis usahawan, bengkel bisnes profil & pitching dan perkongsian bersama agensi Kerajaan.                                                                               


Setiap dua minggu selama kursus bimbingan perniagaan dijalankan, peserta diberi tugasan  untuk dilaksanakan dalam perniagaan mereka.  Setiap peserta juga dibimbing oleh para jurulatih pakar perniagaan & mentor-mentor daripada pembimbing dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM untuk memastikan objektif pemahaman dan praktikaliti mereka dalam menerapkan pengetahuan yang diberikan tercapai.



Terdahulu,  10 usahawan OKU yang mendapat tempat 10 teratas telah dipilih dan layak membuat pembentangan di hadapan para juri diketuai Raja Muda Selangor bersama  Exco Kesusahawan Negeri Selangor, Hajah Rodziah Ismail; Dato’ Suriani Binti Dato’ Ahmad (Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi Malaysia- KUSKOP);  Dato’ Mahmud Bin Abbas (Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor- PKNS) dan Dr Aizan Sofia Binti Amin (Pensyarah Kanan Program Sosial & Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Polisi Inklusif OKU UKM).


Dalam pada itu, tiga (3) usahawan OKU yang berjaya mendapat tempat dalam pembentangan akhir akan mendapat Piala dan sijil pengiktirafan dari Selangor Youth Community (SAY) serta layak ke peringkat seterusnya iaitu SAY LEAD +, program bimbingan selama satu tahun untuk membantu mereka mengembangkan perniagaan melalui akses pasaran baru, digitalisasi perniagaan dan pasaran eksport.



LATAR BELAKANG TIGA PEMENANG DAN PENERIMA ANUGERAH USAHAWAN OKU HARAPAN:


PEMENANG PERTAMA : YUSAIRI HAFIZ BIN TAJUDIN 


Merupakan seorang OKU fizikal (urat saraf tangan dan kaki kanan) yang menjalankan perniagaan diberi nama “Putu Piring Warisan Nenek.”


Beliau menjalankan perniagaan yang bertempat di Medan Selera Pasar Moden MPSJ SS15, Subang Jaya dengan berbekalkan modal permulaan perniagaan hanya RM3,000 sahaja,


Kini pendapatan perniagaan beliau mencecah RM30,000 sebulan dan memiliki 6 orang pembantu. 


Pada tahun 2022, perniagaan beliau juga dikembangkan lagi di Medan Selera Wawasan SS3 Petaling Jaya.


Impian 'Putu Piring Warisan Nenek' adalah untuk memiliki kafe yang tersendiri di seluruh negeri di Malaysia dan menjadikan produk putu piringnya sebagai makanan hidangan utamanya di kafe tersebut. 



PEMENANG KEDUA : FAIZUL BIN AHMAD ZUKI


Merupakan seorang OKU penglihatan (buta mata sebelah kanan) yang menjalankan perniagaan pencucian karpet yang diberi nama “Cuci Karpet Bukit Beruntung”, bertempat di Rawang, Selangor. 


Antara pencapaian yang dicapai oleh syarikat beliau sepanjang menyertai program SAY LEAD ialah mempunyai premis perniagaan secara rasmi dengan 7 orang pekerja operasi cucian karpet dan salah seorang darinya dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU). 


Antara hala tuju syarikat beliau ialah memperluaskan kawasan perkhidmatan bagi seluruh Negeri Selangor dengan mewujudkan pusat pengumpulan dan membuka peluang francais kepada individu yang berminat untuk bekerjasama dengan syarikatnya. 



PEMENANG KETIGA : NOORAIHAN BINTI CHE LI

 .

Merupakan seorang OKU fizikal berkerusi roda yang menjalankan perniagaan menjual alat perkakasan rumah yang diberi nama “BNG Systems”. 


Syarikat beliau telah melahirkan 300 usahawan e-dagang, menjadi tenaga pengajar jemputan program CSR UKM dan merupakan bintang komuniti Shopee 2021.


Beliau menjadi peniaga pilihan Shopee (preferred seller) di mana impian beliau untuk melahirkan lebih ramai usahawan menjana pendapatan melalui perniagaan barangan perkakasan rumah dan perniagaan dalam talian sepertinya. 


ANUGERAH USAHAWAN OKU HARAPAN : LINGES WARRY A/P APPARAO 


Beliau merupakan  seorang belia OKU yang menggunakan bantuan alat pernafasan semenjak 15 tahun lalu. 


Menjalankan perniagaan kosmetik dengan menggunakan jenama Glam Global”,  beliau yang juga mempunyai latar belakang Diploma dalam bidang pengurusan telah memasuki program SAY LEAD dan belajar cara meningkatkan saluran pe

masaran dan jualan yang betul. 


Impian beliau lagi ingin menjadikan produknya standing produk kosmetik yang terkenal, dan membuka suatu cawangan kedai kosmetiknya pada suatu hari nanti.



#SAY #BNGSystems #OKUSelangorSAYLead #OKUHarapan #RajaMudaSelangor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan