Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ASTRO LANCAR KEMPEN 'INILAH KITA, SEHAT BERSAMA' SEMPENA HARI KEBANGSAAN!


Astro
 melancarkan kempen kebangsaan tahunannya, 'Inilah KITA, Sehati Bersama', yang akan berlangsung dari 15 Ogos hingga 16 September 2025, bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia

Kempen ini menjadi seruan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk meraikan keunikan kepelbagaian dan keindahan perpaduan yang telah lama menjadi tunjang kekuatan negara.


Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong, menjelaskan bahawa kempen ini meneruskan naratif ‘Inilah KITA’ yang sedia ada, namun dengan tema ‘Sehati Bersama’ yang baharu. 


Tema ini dipilih untuk membawakan kisah-kisah yang mencerminkan perpaduan dalam kepelbagaian. 


“Kami meneruskan naratif ‘Inilah KITA’ pada tahun ini dengan mengangkat tema ‘Sehati Bersama’, membawakan penceritaan yang mencerminkan perpaduan dalam kepelbagaian. 


"Menerusi ‘Inilah KITA, Sehati Bersama’, kisah kebersamaan yang ditonjolkan seperti berkongsi juadah makanan, menggunakan ruang komuniti yang sama, dan kerjasama seni kreatif, kami membawakan kepada anda semua momen indah yang selama ini telah menghubungkan kita, dan mengingatkan bahawa walaupun kita hidup dalam perbezaan latar budaya, namun perkongsian momen berharga ini menjadikan semua sebagai satu,” ujar Tai Kam Leong selaku  Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro pada majlis pelancaran kempen ‘Inilah Kita, Sehati Bersama bertempat di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada 7 Ogos 2025.



Sebagai siaran jenama Malaysia, Astro  mempersembahkan  KITA Channel’ (saluran 100), sebuah saluran khas yang tersedia dari 15 Ogos hingga 17 September, menampilkan lebih 50 rancangan buatan Malaysia, termasuk filem, drama, rancangan realiti, dan dokumentari yang mengangkat tema patriotisme dan kejayaan tempatan.


Antara sorotan utama ialah tayangan perdana telefilem Merdeka seperti 'Kita Bukan Data', 'Mariam Meenachi', dan 'Wasiat Ayah', yang menampilkan pelakon-pelakon ternama. 



KITA Channel turut menyajikan konsert eksklusif seperti Slam X Exist: Our Journey dan Konsert Hael Husaini & The Repertoire, sebagai penghargaan terhadap bakat-bakat anak Malaysia.


Sebagai pelancaran rasmi sambutan Merdeka 2025, Astro turut mempersembahkan Kisah Perpaduan Inilah KITA, iaitu tiga dokumentari pendek  memaparkan kisah perpaduan sebenar, yang telah disiarkan di saluran YouTube Astro Malaysia sejak 7 Ogos 2025.



Dokumentari ini mengabadikan kisah-kisah sebenar masyarakat Malaysia termasuk  ‘Famili Ikat Tepi, mengenai sebuah kedai kopitiam berusia lebih 100 tahun yang menjadi simbol perpaduan; Tempat Letak Harmoni, tentang perkongsian kawasan parkir antara masjid dan gereja di Sarawak; dan Seni Berkawan, mengenai kerjasama tiga artis berbeza latar budaya.



Bagi menggalakkan penglibatan secara langsung, rakyat Malaysia dijemput untuk menyertai beberapa acara antaranya seperti Hello Inilah KITA’ pada 23 dan 24 Ogos  iaitu satu platform untuk meraikan bakat tempatan melalui muzik, penceritaan dan budaya, dengan penampilan selebriti popular seperti Mira Filzah, Hun Haqeem, Ayda Jebat, Uriah, Nicole Lai, Rubini, dan Sara Baskin sebagai simbol perpaduan dan mencerminkan kepelbagaikan dalam hiburan tempatan di Malaysia


Sementara itu, dalam usaha  menyemarakkan lagi semangat perpaduan dan meraikan bakat tempatan, rakyat Malaysia bakal disajikan dengan lagu tema ‘Inilah KITA, Sehati Bersama berjudul Bangkit Malaysia’, dinyanyikan oleh Hael Husaini dan boleh distrim tidak lama lagi di semua platform kegemaran anda. 



Peminat radio pula berpeluang mengikuti siaran langsung KITA FM’ dari Putrajaya pada 31 Ogos, yang menggabungkan penyampai dari stesen Astro Audio dan RTM. 


Siaran ini akan disusuli dengan jelajah ke 13 negeri melalui bas KITA FM Hop On Hop Off, bermula 1 September hingga 16 September, dalam usaha untuk mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records.


Kempen  kebangsaan akan diakhiri dengan acara KITA Run yang akan berlangsung pada 25 Oktober di Serenia City Central Park, Nilai


Acara larian ini menjanjikan hari yang penuh keseronokan untuk seisi keluarga, termasuk larian 5KM dan 10KM, karnival gerai, dan konsert mini.


Astro turut menawarkan pakej langganan istimewa bersempena kempen ini, termasuk Pek Astro One dan Pek Astro Fibre yang boleh dilanggan atau dinaik taraf. 


Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran kempen Inilah KITA sila layari http://www,astro,com.my/inilahkita.



#InilahKitaSehatiBersama #HariKebangsaan #HariMalaysia #KitaChannel #fyp



Tiada ulasan:

Catat Ulasan