Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KARNIVAL BELIA MADANI 'JOM AKTIF' TARIK LEBIH 800 PENGUNJUNG DI SEPANG!


KOMITMEN
memperkasa belia dan memupuk gaya hidup sihat diterjemahkan dengan jayanya menerusi penganjuran Karnival Belia MADANI ‘Jom Aktif’ yang berlangsung meriah di Dewan Komuniti & Arena BBST, Sepang pada 2 Ogos 2025 lalu.


Karnival yang mengetengahkan pelbagai aktiviti sihat dan interaktif itu dianjurkan oleh Penggerak Belia Selangor Induk Sepang dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan Majlis Sukan Negeri Selangor. 


Lebih 800 pengunjung hadir sepanjang program yang bermula seawal jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang itu, sekali gus membuktikan sokongan dan sambutan padu daripada masyarakat setempat terhadap inisiatif yang menyasarkan penglibatan aktif belia dalam sukan dan aktiviti komuniti.


“Ia bertujuan untuk menyediakan platform inklusif dan selamat bagi belia mengasah potensi diri, di samping memperkukuh integrasi masyarakat pelbagai peringkat umur melalui pendekatan sihat dan menyeronokkan,” ujar Iswadi Subry selaku Pengerusi Induk Penggrak Belia Selangor Sepang pada majlis pelancarannya yang disempurnakan oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim.




Turut hadir Ahli Dewan Negeri Sungei Pelek, Lwi Kian Keong; Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor, Mohamad Nizam Marjugi; Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat Majlis Perbandaran Sepang, Mohamad Firdaus Mohamad Marji dan  Penyelaras Majlis Sukan Negeri Selangor bagi Zon Sepang. Aly Idham Alykallam.



Berkongsi lanjut, kata Iswadi, objektif utama karnival adalah untuk menggalakkan penyertaan aktif golongan belia dalam aktiviti riadah, sukan dan kemasyarakatan, di samping memupuk semangat perpaduan serta gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat. 


ISWADI Subry (cermin mata) bersama Aly Idham (dua dari kanan) dan team dari PESB ketika diwawancara bersama mengenai penganjuran karnival yang berlangsung di Sepang baru-baru ini,

Antara aktiviti yang menarik perhatian pengunjung termasuk pertandingan pushbike untuk kanak-kanak yang melibatkan seramai 100 peserta, pertandingan dart dengan penyertaan sebanyak 128 regu, serta perlawanan futsal dan netball shoot-out yang masing-masing melibatkan 32 pasukan. 


Tidak ketinggalan, pertandingan e-sukan Mobile Legends turut mencuri tumpuan dengan penyertaan daripada 20 pasukan yang bersaing secara kompetitif dalam suasana terkawal dan menyeronokkan.



Selain sukan dan riadah, penganjuran Jualan Ehsan Rahmah turut menarik perhatian pengunjung dengan tawaran pelbagai barangan keperluan harian pada harga berpatutan — seiring matlamat meringankan beban kos sara hidup rakyat.


Acara kemuncak turut diserikan dengan kehadiran pelawak terkenal, Tauke Raja Lawak, yang menghiburkan para hadirin menerusi persembahan santai yang mencuit hati, mencetuskan gelak tawa dan menyemarakkan lagi suasana karnival.


Iswadi menyifatkan sambutan luar biasa yang diterima mencerminkan keberkesanan program seumpama ini dalam menarik minat belia serta memperkukuh semangat komuniti setempat sekali gus membuktikan kejayaan program seumpama ini.


“Kami amat menghargai sokongan semua pihak dan berharap karnival seperti ini akan diteruskan sebagai agenda tahunan belia di Sepang,” tambah beliau.



Sementara itu, Muhammad Kamil (bawah kanan) menyokong agar penganjuran karnival belia seperti ini harus diteruskan dari semasa ke semasa bagi menggalakkan hubungan baik di kalangan masyarakat berbilang kaum.



“Semangat perpaduan  merentasi pelbagai kaum ini satu indikator hubungan baik  dan memberangsangkan khususnya di kalangan anak-anak muda. Maknanya bukanlah kita kata orang muda tidak mahu mengikuti program di luar kawasan perumahan masing-masing waima ada cabaran teknologi dan sebagainya tetapi jika ada penganjuran program dan promosi yang baik seperti yang dianjurkan ini ia terbukti berkesan,” ujarnya.


Dengan pengisian yang bersifat inklusif dan mesra komuniti, Karnival Belia MADANI ‘Jom Aktif’ bukan sahaja menjadi medan untuk berhibur dan bersukan, malah turut mencerminkan nilai keterangkuman, kesihatan dan kesejahteraan yang menjadi tunjang kepada konsep Malaysia MADANI.



#KarnivalBeliaMadani #JomAktif #MalaysiaMadani #PESB #ArenaBBSTSepang #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan