Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TRANSFORMASI BERANI, CETAPHIL LANCAR MISI ADVOKASI BERSAMA PAKAR DERMATOLOGI!


CETAPHIL
, jenama penjagaan kulit sensitif terkemuka antarabangsa dan jenama dermatologikal No. 1 di Malaysia, mengumumkan transformasi penjenamaan semula yang berani dengan mengadaptasi strategi berasaskan advokasi. 

Pendekatan baharu ini diperkenalkan semasa pelancaran rasmi Cetaphil SkinLABS, sebuah kolaborasi strategik yang menggabungkan kepakaran dermatologi dengan pengaruh komuniti pempengaruh.


Langkah ini diambil sebagai respons kepada lambakan nasihat penjagaan kulit yang sering mengelirukan di media sosial, yang boleh menjejaskan kesihatan kulit. 


Cetaphil kini memfokuskan kepada pendedahan pengguna kepada ilmu dan nasihat daripada pakar yang bertauliah, memastikan maklumat yang tepat dan berkesan dapat diakses oleh semua pihak.


“Komitmen Cetaphil adalah untuk menghasilkan solusi berpandukan sains yang merangkumi semua keperluan penjagaan kulit, demi memastikan semua orang—tanpa mengira jenis kulit atau masalah mereka—mempunyai akses kepada penjagaan kulit yang berkesan serta telah dibuktikan secara klinikal,” kata Cindy Tiu, Pengurus Negara Galderma Malaysia pada majlis pelancaran Cetaphil SkinLabs di Kuala Lumpur baru-baru ini.



Turut hadir penyanyi Iman Troye; Ketua Pegawai Operasi Watsons Malaysia, Danny Hoh; Pengurus Besar Galderma Malaysia & Asia Tenggara, Richard Lee; Pakar Dermatologi dan Penjagaan Kulit, Dr. Benji Teoh serta Ahli Farmasi Watsons, Cheryl Lai dan Poh Wei Thian dari bahagian perubatan Galderma Asia Tenggara manakala deejay radio EraFM, Munabella bertindak sebagai pengacara majlis.


DARI Kiri: Munabella, Iman Troy, Dr. Benji, Cheryl dan Wei Thian. 


Seiring dengan transformasi ini, Cetaphil turut memperkenalkan dua rangkaian produk inovatif: Gentle Exfoliating Salicylic Acid dan Cetaphil Baby Soothing Moisturising Cream.


Rangkaian Gentle Exfoliating Salicylic Acid, yang terdiri daripada pembersih dan losyen, direka khusus untuk kulit berminyak dan mudah berjerawat. 


Ia menggabungkan tiga asid lembut—PHA, AHA, dan BHA—untuk pengelupasan berkesan tanpa kerengsaan. Kajian klinikal menunjukkan produk ini dapat mengurangkan jeragat sehingga 28% dan bintik hitam sebanyak 45%, di samping menggalakkan pembaharuan sel kulit.


Sementara itu, Cetaphil Baby Soothing Moisturising Cream diformulasikan untuk kulit halus bayi. Formula bebas pewangi dan jeli petroleum ini memberikan tiga manfaat utama: melegakan kerengsaan, menghidrat sehingga 48 jam, dan melindungi lapisan pelindung kulit daripada faktor luaran.



Berhubung Cetaphil SkinLABS, Cindy (dua dari kanan) memaklumkan ia bukan sekadar pameran rangkaian produk tetapi juga platform pembelajaran yang direka untuk membina hubungan erat dengan pengguna, khususnya golongan Gen Z dan Milenial bagi mengukuhkan lagi kedudukan Cetaphil sebagai teman penjagaan kulit seumur hidup.


Acara ini menampilkan pakar dermatologi terkemuka, pempengaruh kecantikan dan gaya hidup, serta media, yang berkongsi pengalaman dan ilmu tentang penjagaan kulit berasaskan sains.


Pelbagai aktiviti menarik turut dijalankan termasuklah sesi interaktif, ceramah berinformatif yang diterajui oleh pakar dermatologi, dan demonstrasi inovasi terkini jenama Cetaphil. 


Para pengunjung berpeluang meneroka zon-zon interaktif seperti Zon Penghidratan dan Pengelupasan, Berseri, dan Penjagaan Lembut—membolehkan mereka merasai sendiri bagaimana rangkaian produk Cetaphil menjaga kulit sensitif pada setiap peringkat kehidupan. 


Menurut Cindy Tiu, komitmen Cetaphil adalah untuk menghasilkan solusi berpandukan sains yang menyeluruh, bagi memastikan setiap individu mempunyai akses kepada penjagaan kulit yang berkesan dan telah terbukti secara klinikal.


"Selama lebih 75 tahun, Cetaphil telah berusaha sedaya upaya merentasi sempadan dan mendalami penjagaan kulit berasaskan sains agar semua orang berasa bebas untuk menyerlahkan diri mereka yang paling autentik. Di Cetaphil, kami untuk semua yang berkulit sensitif," jelas Cindy.


Untuk ketahui lebih lanjut tentang Pembersih dan Losyen Lembut Pengelupasan Salisilik Asid BAHARU, Krim Pelembap Bayi Cetaphil BAHARU atau Cetaphil SkinLABS, boleh layari www.cetaphil.com.my atau  di TikTok, Instagram dan Facebook. 



#GentleExfoliatingSalicylicAcid #CetaphilBabySoothingMoisturisingCream #Cetaphil

Tiada ulasan:

Catat Ulasan