Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

CLOUDWORKS ENTERTAINMENT LANCAR SINGLE 4FORTY 'CINTA SAMPAI AKHIR', UNDANG 3 VOKALIS HEBAT!


INDUSTRI
muzik tanah air kembali disemarakkan dengan pelancaran rasmi single terbaharu daripada trio vokal Malaysia, 4Forty, berjudul “Cinta Sampai Akhir.”


Acara yang berlangsung di Saprah KL pada semalam, 26 Ogos 2025 ini bukan sahaja meraikan kembalinya 4Forty, malah menjadi satu perhimpunan suara-suara hebat yang turut menampilkan ikon vokal negara seperti Jaclyn Victor, Noryn Aziz, dan Dina Nadzir.


Persembahan istimewa ini yang dihadiri pihak media, pemimpin industri, dan para peminat, menjadi satu lagi pencapaian penting bagi Cloudworks Entertainment — sebuah syarikat yang terkenal dalam pengurusan dan penerbitan projek muzik berkualiti tinggi di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. 


Majlis yang dihadiri pihak media, pemimpin industri dan peminat itu menyaksikan tayangan perdana video muzik 'Cinta Sampai Akhir' iaitu sebuah lagu 4Forty yang berduet bersama Jaclyn Victor, sebelum diteruskan dengan persembahan secara langsung. 


DARI kiri: Luqman Hakim, Mohd Fakhiz dan Adeep Nahar.


Kolaborasi 4Forty bersama artis jemputan menyerlahkan keharmonian vokal kumpulan tersebut yang dianggotai Adeep Nahar, Luqman Hakim dan Mohd Fakhiz, selain kekuatan vokal tersendiri daripada Jaclyn, Noryn dan Dina.


Menurut 4Forty, lagu berkenaan menggambarkan kisah cinta sejati serta kesetiaan yang abadi. 



“Kami berterima kasih kepada Cloudworks Entertainment kerana mempercayai visi kami, dan juga kepada rakan artis yang turut serta menjadikan detik ini begitu bermakna,” kata kumpulan itu.



Selain bernyanyi dengan Jaclyn Victor, 4Forty turut mempersembahkan single pertama mereka berjudul "Bintang' duet bersama Noryn Aziz yang telah dilancarkan pada 15 Ogos lalu manakala lagu bersama Dina Nadzir, 'Salahku Mengalah' dijadualkan pelancarannya pada September atau Oktober ini.



Pengasas Cloudworks Entertainment, Aszuad Zakaria, dalam ucapannya menekankan misi syarikat untuk memperjuangkan bakat dan lagu-lagu yang memberi kesan. 


Beliau menyifatkan single ini bukan sekadar sebuah lagu, tetapi sebagai sebuah penghargaan terhadap bakat-bakat Malaysia.


“Di Cloudworks, misi kami sentiasa untuk memperjuangkan suara hebat dan lagu-lagu yang memberi kesan. 'Cinta Sampai Akhir' bukan sekadar single — ia adalah satu penghargaan terhadap bakat Malaysia yang bekerjasama menghasilkan muzik yang berkualiti dan berkekalan,” ujarnya.


ASZUAD (kanan) mendapat sokongan daripada MyCreatice Ventures dan Kementerian Komunikasi yang turut dihadiri Datin Izzatul Shima Md Thahir (kiri) selaku Setiausaha Bahagian. Bahagian Pembangunan Kandungan Kementerian Komunikasi. Foto ini: Zaman.


Pelancaran ini mendapat sokongan padu daripada MyCreative Ventures dan Kementerian Komunikasi, dua entiti yang konsisten dalam menggerakkan inisiatif bagi memperkasakan bakat tempatan dan mengukuhkan ekonomi kreatif negara.


Peranan mereka dalam menyediakan pembiayaan, latihan, dan sokongan promosi memainkan peranan penting dalam membantu artis tempatan bersaing di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.


Majlis yang penuh gemilang ini diakhiri dengan sesi ramah mesra, sesi soal jawab bersama pihak media, dan sesi bergambar, memberikan ruang kepada semua yang hadir untuk berinteraksi dengan para artis dan meraikan komitmen bersama dalam memajukan industri hiburan tanah air.



#CloudworksEntertainment #4Forty #MyCreativeVentures #Jac #Noryn #Dina 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan