"DOWNY WANGI BERJIWA', HADIAH BUAT RAKYAT MALAYSIA SEMPENA HARI KEBANGSAAN!
MERAIKAN semangat patriotisme dan warisan budaya tempatan, Downy Malaysia dengan kerjasama pasar raya tempatan, MYDIN, melancarkan pek baharu produk pelembut fabriknya yang direka khas untuk pasaran tempatan.
Rekaan segar ini menampilkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa utama pada rekaan pembungkusan, sekali gus mengukuhkan hubungan erat jenama itu dengan isi rumah di negara ini.
Kolaborasi strategik bersama MYDIN ini dilihat sebagai penghormatan kepada rakyat Malaysia yang telah menyokong jenama ini selama lebih dua dekad.
Pek baharu yang diberi nama “Downy Wangi Berjiwa” ini meliputi lima varian popular Downy iaitu Mystique, Passion, Sunrise Fresh, French Lavender dan Blissful Blossom - – memberikan pengalaman yang akrab namun segar kepada pembeli setiap kali mereka memilih pelembut fabrik kegemaran mereka.
Majlis pelancaran yang diadakan di MYDIN Subang Jaya Hypermarket telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin; Pengarah MYDIN, Datin Wira Dr Hajah Siti Hawa Mohd, serta Pengurus Besar Negara P&G Malaysia dan Singapura, Nantha Kalimuthu.
“Selama lebih dua dekad, rakyat Malaysia telah menjadikan Downy sebahagian daripada rutin cucian harian. Pek baharu ini bukan sekadar perubahan rekaan – ia adalah cerminan perjalanan bersama keluarga Malaysia.
"Dengan menampilkan Bahasa Malaysia pada rekaan bungkusan, kami meraikan rakyat yang telah menjadikan Downy sebagai nama dipercayai, sambil terus memberikan kesegaran dan kelembutan premium yang mereka kenali dan sukai,” ujar Nantha Kalimuthu dalam ucapan aluannya.
Sementara itu, Haji Ameer Ali menyifatkan pelancaran ini amat bermakna.
“Kolaborasi ini meraikan budaya dan identiti kita sambil memberi rakyat Malaysia produk yang benar-benar mencerminkan siapa kita. Sebagai peruncit tempatan, kami berbangga menjadi rakan eksklusif yang membawa jenama global ini lebih dekat dengan hati keluarga Malaysia,” ujarnya.
Sebagai ciri utama, Downy dikenali memberikan kesegaran tahan sehingga 4 kali lebih lama berbanding pelembut fabrik biasa, serta membantu mencegah bau hapak.
Produk ini boleh didapati di semua rangkaian pasar raya MYDIN di seluruh negara.
Bersempena pelancaran ini, pengguna dijemput menyertai Peraduan “Beli & Menang” yang akan berlangsung sehingga 30 September 2025.
Dengan pembelian minimum RM35, pembeli berpeluang memenangi Mesin Basuh Toshiba 10KG bernilai lebih RM1,600 untuk pengalaman cucian yang sentiasa segar.
Peraduan ini memberi peluang terbaik kepada rakyat Malaysia untuk memperbaharui rutin cucian pakaian mereka sambil meraikan semangat kebanggaan tempatan.
Dengan hanya membeli produk Downy di MYDIN, pembeli berpeluang untuk menang besar dan mengekalkan kesegaran pakaian sehingga 4X lebih lama.
#DownyMY #Downy4xLebihSegar #SayaSukaDowny #Beli&Menang #ForYouPage







Tiada ulasan:
Catat Ulasan