Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

HUBUNGAN DAGANG TERJALIN: MALAYSIA-ACEH PERKENAL PERKHIDMATAN KAPAL DAGANG BAHARU!


LAWATAN 
kerja 
Pengerusi Eksekutif Oxford United Sdn Bhd, Datuk Sri Zakaria Abdul Rahman ke Aceh baru-baru ini telah membuahkan hasil signifikan dengan tercapainya persetujuan awal bersama Gabenor Aceh, YTH Muzakir Manaf, untuk 

memulakan perkhidmatan kapal dagang antara Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Utama Aceh di Lhokseumawe. 


Langkah strategik ini dijangka akan memperkukuh hubungan dagang dua hala antara Malaysia dan Aceh.


Berdasarkan persetujuan tersebut, fasa pertama perkhidmatan ini akan bermula dengan operasi kapal muatan barang atau kargo sahaja, tanpa penumpang. 


Manakala fasa kedua yang dijadualkan sebelum akhir tahun 2026 akan memperluas operasi kepada perkhidmatan penumpang.


“Kami akan mulakan pengurusan kapal kargo atau RORO ini dengan segera berikutan persetujuan dan kesepakatan dari Gabenor Aceh sendiri,” ujar  Zakaria kepada media dalam satu majlis di ibu negara baru-baru ini.


LAWATAN  Zakaria ke Pelabuhan Lhokseumawe, Aceh  bersama Bapak H. Muzakir Manaf (kiri).


Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pengerusi Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang, Datuk Yeoh Soon Hin, yang telah memberikan perhatian khusus terhadap cadangan perkhidmatan ini melalui liputan sebuah artikel di media tempatan.


Pihak Pemerintah Aceh turut menyatakan kesediaan penuh untuk menerima perkhidmatan kapal dagang ini yang dicadangkan. 


Konsep yang digariskan adalah kerjasama dua hala berteraskan prinsip menang-menang, yang diyakini bakal mengukuhkan hubungan dagang antara Malaysia dan Aceh.


Lawatan kerja singkat ini juga adalah timbal balik kepada kunjungan rasmi Gabenor Muzakir Manaf ke Kuala Lumpur, dan ianya direalisasikan melalui Oxford United Sdn. Bhd., syarikat yang dipertanggung jawabkan bagi mengendalikan pelaburan di Aceh.

Oxford United Sdn. Bhd., syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan pelaburan di Aceh, memainkan peranan penting dalam merealisasikan lawatan ini. 


Syarikat tersebut menyatakan komitmen untuk menjadikan Aceh sebagai rakan strategik perdagangan serantau, sekali gus membuka peluang keuntungan bersama bagi kedua-dua pihak. 


Pemerintah Aceh turut menyambut baik cadangan perkhidmatan kapal dagang ini, menunjukkan kesediaan penuh mereka untuk bekerjasama demi pembangunan ekonomi serantau.



#Aceh #Malaysia #OxfordUnitedSB #PelabuhanPulauPinang #Lhokseumawe. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan