Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

LEDAKAN KUASA, TRAK PIKAP FORD RANGER TERBAHARU GEGARKAN PASARAN AUTOMOTIF MALAYSIA!!



DETIK yang dinanti-nantikan oleh para peminat trak pikap berprestasi tinggi di Malaysia akhirnya tiba. 


Sime Darby Auto ConneXion-Ford (Auto ConneXion) secara rasmi telah melancarkan Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel serba baharu, sebuah kenderaan yang menjanjikan gabungan sempurna antara kekuatan lasak dan kemewahan yang tiada tandingan. 


Model terbaharu ini, yang dilancarkan pada 22 Ogos 2025 lalu di Heritage Valley Kuala Lumpur, ditetapkan untuk menaikkan standard dalam segmennya dengan harga bermula dari RM192,888.


“Pelancaran model terkini yang amat dinanti-nantikan ini memang dialu-alukan oleh dunia automotif tempatan dan menekankan komitmen kami menawarkan pilihan diyakini yang memenuhi pelbagai keperluan pelanggan. 


“Lebih berkuasa berbanding versi enjin 2.0-liter, Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel menjanjikan pengalaman pemanduan yang lebih lancar dan selesa, disokong oleh ciri-ciri serba lengkap yang memang diharapkan daripada Ford Ranger WildTrak. Kami yakin bahawa ketibaan model ini pasti mengujakan peminat, dengan kelebihannya yang sesuai untuk bekerja, perjalanan seisi keluarga atau pengembaraan dan rekreasi,” kata Sami Malkawi, Pengarah Eksekutif, Pasaran Pengedar Ford Asia Pasifik (APDM), Korea & Angkatan Pengangkutan Global.



Direka untuk mereka yang mendambakan kuasa tanpa kompromi, Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel dikuasakan oleh enjin turbo diesel 3.0L V6 yang mengagumkan, menghasilkan 250PS pada 3,250 rpm dan tork tertinggi dalam segmennya sebanyak 600Nm pada 1,750 rpm, menjadikannya penanda aras baharu bagi prestasi dalam segmen trak pikap. 


Disokong oleh transmisi automatik 10 kelajuan, trak pikap berkuasa ini membolehkan pemandu bertukar dengan lancar antara enam mod pacuan – Normal (Biasa), Eco (Mesra Alam), Tow/Haul (Tunda/Tarik), Slippery (Licin), Mud/Ruts (Lumpur/Berlubang), dan Sand (Pasir), untuk disesuaikan mengikut pelbagai keadaan jalan raya dengan mudah.


Dari segi estetika, trak pikap ini menonjol dengan rekaan luarannya yang agresif dan moden. Ia dilengkapi dengan Lampu Depan Matriks LED Prestasi Tinggi dan lampu paparan siang C-clamp yang ikonik untuk tahap penglihatan tinggi dan gaya lebih menarik.


Trak ini dipadankan bersama roda aloi 20-inci  baharu  dengan tayar 255/55 R20 dan disediakan dengan tayar ganti saiz penuh. 


Lambang V6 unik pada dapra depan menambah daya tarikannya, manakala cermin sisi yang boleh dilaras secara elektronik dan boleh dilipat turut dilengkapi lampu lumpur untuk kemudahan tambahan. 



Di bahagian dalaman, kabinnya adalah sebuah mahakarya moden, lengkap dengan skrin sentuh infohiburan 12 inci yang menyokong SYNC® 4A dan sambungan Apple CarPlay® serta Android Auto™ tanpa wayar. 


Skrin Berbilang Maklumat TFT 8” memastikan data pemanduan dilihat jelas, manakala pangkalan USB dipasang pada skrin depan memberikan capaian mudah untuk membekalkan kuasa kepada kamera kereta atau mengecas peranti.


Sebagai kemudahan tambahan, pad pengecas tanpa wayar memastikan peranti anda sentiasa penuh dicas sepanjang perjalanan.


Dengan menitikberatkan aspek keselamatan, Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel serba baharu dilengkapi dengan kemudahan bantuan pemandu tercanggih dalam kelasnya, termasuk Sistem Pengesanan Titik Buta (BLIS), Amaran Keluar Lorong dengan Bantuan Kekal Lorong, Kawalan Jelajah Adaptif dengan ciri Berhenti dan Bergerak & Panduan Tengah Lorong, Pemberitahuan Lalu Lintas Silang (Belakang) dan Brek Pasca Pelanggaran.


Teknologi ini direka untuk memberi perlindungan menyeluruh dan ketenangan fikiran kepada setiap penumpang.



Sementara itu, Turse Zuhair, Pengarah Urusan Auto ConneXion-Ford, menekankan bahawa model ini lebih daripada sekadar trak pikap; ia adalah satu kenyataan gaya hidup.


"Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel ini membolehkan anda menikmati gaya hidup yang anda idamkan. Dengan reka bentuk yang menonjol, prestasi V6 yang tiada tandingan, dan ciri-ciri pintar menyeluruh, trak ini akan mendorong anda untuk terus memandu dan meneroka," kata Turse.


Ditawarkan dalam empat pilihan warna yang memukau—Arctic White, Absolute Black, Luxe Yellow, dan Meteor Grey—kenderaan ini kini boleh didapati di seluruh negara pada harga bermula dari RM192,888 di Semenanjung Malaysia, dan RM198,688 di Sabah dan Sarawak. 



Pelanggan awal yang membuat tempahan akan menikmati Pakej Servis Lanjutan 2-Tahun dan hadiah eksklusif. 


Seiring dengan pelancaran ini, Auto ConneXion juga telah memperluaskan perkhidmatan selepas jualan, termasuk pengenalan Ford Mobile Service (FMS), bagi memberikan pengalaman pemilikan yang lebih mudah dan memuaskan.


Di samping itu, pelanggan yang membuat tempahan dalam talian akan menerima kerusi perkhemahan eksklusif Ford.


Dalam usaha lebih menyeluruh untuk menyediakan pengalaman pemilikan bertumpukan pelanggan yang lebih mudah didapati, Auto ConneXion-Ford juga sedang menambah baik perkhidmatan lepas jualannya. 



Antaranya termasuk perkhidmatan Ford Mobile Service (FMS) yang baru diperkenalkan di Ara Damansara dan Petaling Jaya, menawarkan servis kenderaan terus ke lokasi pelanggan.


Inisiatif tersebut kini disediakan di Ford Ara Damansara dan Ford Petaling Jaya, dengan rancangan FMS secara berperingkat di lebih banyak rangkaian pengedar Ford di seluruh negara. 


Di samping itu, perkhidmatan pengambilan dan penyerahan kenderaan ditawarkan di kedua-dua cawangan untuk memberikan pelanggan fleksibiliti tambahan, manakala kemudahan Express Service yang telah diperluas kepada 15 pengedar di seluruh negara untuk menjadikan penyenggaraan biasa lebih pantas dan mudah. 


Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://ford.simemotors.my/ atau ikuti Ford Malaysia di FacebookInstagramX atau YouTube untuk mendapatkan berita dan pengumuman.



#FordRangerWildTrak3.0LV6Turbo Diesel #SimeDarbyAutoConneXionFord #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan