Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SEMANGAT MERDEKA BERSAMA MR D.I.Y. DALAM SATU BAZAAR, TAWAR PROMOSI 98 PRODUK!


SAMBUTAN
Hari Merdeka yang ke-68 tahun ini menjadi lebih meriah apabila peruncit perkakas rumah terkemuka, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad, kembali menganjurkan bazaar Merdeka yang dinantikan, "Bersama Satu Bazaar". 


Acara yang berlangsung selama empat hari ini bermula dari 29 Ogos hingga 1 September 2025 di Tempat Letak Kereta Terbuka Sunway Pyramid.


Dengan tema "Bersama Satu Bazaar", acara ini menampilkan lebih 100 gerai yang menawarkan pelbagai pilihan vendor makanan dan gaya hidup paling 'viral' di Malaysia. 


Pengunjung berpeluang menikmati sajian tempatan popular seperti roti canai, nasi lemak, laksa, dan burger, selain turut ditawarkan aksesori buatan tangan, kraf, alat tulis, kosmetik, dan pakaian. 


Jenama-jenama Kumpulan MR D.I.Y. sendiri, iaitu MR. D.I.Y., MR. TOY, dan MR. DOLLAR, juga turut serta.



Selain vendor tempatan, jenama-jenama popular seperti Coca-Cola, ZUS Coffee, Tealive, dan Oriental Kopi turut memeriahkan bazaar ini. 


Penganjuran "Bersama Satu Bazaar" bukan sekadar acara membeli-belah, tetapi juga menjanjikan pengalaman yang imersif dengan pelbagai aktiviti interaktif. 


Antaranya termasuk permainan interaktif, bengkel kreatif, persembahan budaya dan kontemporari, taman permainan belon gergasi, bubble dome, dan zoo mini, memastikan keseronokan untuk seisi keluarga dan semua peringkat umur.



Menurut Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh, penganjuran semula bazaar ini adalah susulan sambutan yang amat memberangsangkan pada tahun lalu. 


“Jadi tahun ini, kami bawakan kembali acara ini, kali ini di lokasi baharu agar lebih ramai dapat menyertainya. Acara ini menyatukan rakyat Malaysia dalam meraikan Hari Merdeka, di samping menyokong perniagaan, usahawan dan penggiat seni tempatan.


“Sebagai jenama kelahiran Malaysia, MR D.I.Y. bukan sahaja komited dalam menyediakan produk-produk berkualiti pada harga ‘Always Low Prices’, tetapi juga dalam mencipta pengalaman bermakna yang menyatukan masyarakat,”  katanya.



Menambahkan lagi kemeriahan acara, MR D.I.Y. akan mengedarkan beg tote percuma setiap hari kepada pengunjung yang menyertai Cabaran Pasport Bazaar. 


Pengunjung juga berpeluang memenangi cabutan bertuah bernilai sehingga RM8,000.



Masuk ke acara ini adalah percuma dan ia merupakan kesempatan terbaik untuk meraikan semangat Merdeka bersama keluarga dan rakan-rakan.


Bersempena sambutan Hari Merdeka ini, MR D.I.Y. turut menawarkan promosi istimewa untuk 98 produk di semua cawangan mereka di seluruh negara. 


Untuk maklumat lanjut mengenai Bersama Satu Bazaar, layari: MR D.I.Y. Bersama Satu Bazaar 2025. 


Dan uuntuk mengetahui lebih lanjut mengenai MR D.I.Y., layari mrdiy.com dan ikuti jenama tersebut di Facebook, Instagram, dan TikTok.


#MirDIY #BersamaSatuBazaar #MrToy #MrDollar #HariMerdeka #ForYouPage



Tiada ulasan:

Catat Ulasan