Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

COOKIES MALAYSIA: CENDERAMATA IKON SEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026!


PELANCONGAN
hari ini tidak lagi terhad kepada destinasi dan pemandangan indah semata-mata. Ia berkembang menjadi pengalaman menyeluruh yang menyentuh emosi, meraikan budaya dan menggugah deria rasa. 


Falsafah inilah yang diterjemahkan menerusi pelancaran Cookies Malaysia keluaran DMG Food Industries Sdn Bhd (DMG), satu usaha segar  dalam mengangkat produk makanan sebagai medium baharu dalam mempromosikan pelancongan negara sempena  agenda Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).


Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pengarah Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Mohammad Nawwar Faiq Mohmad Noh yang mewakili Ketua Setiausaha  Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Shaharuddin Abu Sohot, bertempat di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada petang 21 Januari 2026 lalu.


Berlangsung dalam suasana penuh warna dan inspirasi, majlis turut dihadiri bersama oleh Pengeruai DMG, Datuk (Dr) Hassan Saad dan Pengasas & Pengerusi Kumpulan DMG Holdings, Datuk Seri Mohamed Abdul GhaniDatin Yuzaira Yusoff, Pengerusi Puspanita MOTAC, Chef Zainal Mohamed Saad dan Prof Madya Ts Dr Sabaianah Bachok selaku Penasihat Produk Makanan.


DARI kiri: Yuzaira, Mohammad Nawwar,  Chef Zainal dan Dr. Sabaianah.

“Dengan adanya Cookies Malaysia, pelancong bukan sahaja dapat merasai pengalaman pelancongan, tetapi juga menikmati keunikan rasa budaya Malaysia yang mewakili setiap negeri. Ini merupakan langkah menggabungkan seni, budaya, dan inovasi dalam satu produk yang mempunyai nilai komersial,” ujar Hassan ketika ditemui pada majlis tersebut.


Menurutnya DMG  bukan sekadar memperkenalkan produk baharu ke pasaran, tetapi membuka perspektif baharu tentang bagaimana industri makanan dan pelancongan boleh bergerak seiring, saling melengkapi dalam membina naratif pelancongan yang lebih bermakna.


“Kami melihat makanan sebagai medium yang sangat kuat untuk menceritakan kisah Malaysia. Melalui Cookies Malaysia, setiap gigitan membawa identiti negeri, budaya setempat dan rasa kebersamaan yang menjadi kekuatan negara ini,” katanya.


GANDINGAN mantap, Hassan (kiri) dan Mohamed Abdul Ghani (DMG). Turut kelihatan artis Fazli Zainal yang bertindak sebagai pengacara majlis.


Berbeza daripada cenderamata pelancongan konvensional yang lazimnya berbentuk barangan fizikal, Cookies Malaysia mengetengahkan konsep ‘merasai pelancongan’, menjadikan pengalaman melancong sesuatu yang boleh dirasai walaupun selepas perjalanan berakhir. 


Sehubungan itu, seiring dengan jangkaan kemasukan sehingga 36.5 juta pelancong sepanjang kempen TMM 2026, DMG merancang pengeluaran sebanyak satu juta pek Cookies Malaysia yang ditampil dalam 14 perisa biskut serta kuih mueh pada harga RM10 seunit yang dipek cantik sebagai cenderahati.


DI pasaran tempatan, Cookies Malaysia telah memasuki 28 lokasi pasar raya AEON menerusi kerjasama MyGalore malah produk ini juga dirancang untuk ditempatkan di hampir 1,000 hotel yang merupakan ahli Persatuan Hotel Malaysia (MAH). menjadikannya sebahagian daripada pengalaman hospitaliti dan pelancongan negara. 



Selain itu, tempahan awal turut diterima daripada PUSPANITA MOTAC mencerminkan keyakinan terhadap kualiti dan kebolehpasaran produk.


Momentum jenama ini turut berkembang ke peringkat antarabangsa apabila Cookies Malaysia akan menembusi pasaran Birmingham, England melalui rakan strategik, D’Rasa yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam industri restoran, hotel dan kafe. 


Inisiatif ini dilihat sebagai langkah awal memperkenalkan cookies tempatan Malaysia kepada pasaran global.


Menurut Hassan sebagai usaha menampung skala permintaan yang semakin meningkat, DMG membuka peluang kerjasama kepada pengeluar dan pembekal tempatan menghasilkan cookies menggunakan SOP yang sama.


Setekat ini katanya, kerjasama strategik telah dimeterai bersama pihak UiTM bagi pembangunan produk dan hamper korporat manakala sokongan daripada pemain industri seperti Persatuan Penempatan dan Pemulihan Penjara (PEMAAF) memperkukuh aspek pembungkusan dan logistik.


“Cookies Malaysia dibangunkan dengan aspirasi untuk mengubah persepsi terhadap kuih tempatan yang selama ini sinonim dengan musim perayaan semata-mata. Bila kita sebut kuih, orang terus fikir kuih raya. Lepas raya, habis. Jadi kami letakkan cookies ini di tempat yang betul supaya ia boleh dijual sepanjang tahun,” katanya.


“Bila kita sebut kuih, orang terus fikir kuih raya. Lepas raya, habis. Jadi kami letakkan cookies ini di tempat yang betul supaya ia boleh dijual sepanjang tahun,” katanya.



Setiap biskut diinspirasikan daripada bahan dan hasil tempatan yang melambangkan keunikan rasa serta warisan budaya setiap negeri. 


Hasilnya, Cookies Malaysia bukan sekadar kudapan, tetapi simbol pengalaman budaya yang autentik dan mudah didekati oleh semua lapisan pelancong.


Dalam usaha memperluaskan jenama, DMG turut merancang pembukaan DMG- The Cookies Boutique. 


Butik pertama ini dijadualkan pembukaannya pada Jun ini di Kuala Lumpur, diikuti butik kedua di Birmingham pada Ogos, manakala peluasan ke Singapura kini dalam proses mendapatkan kelulusan.


“Jika kita bercakap tentang cookies Melayu atau kuih raya tradisional, tidak mustahil ia akan mendunia, insya-Allah,” akhiri Hassan.


HASSAN bersma barisan pengurusan tertinggi DMG, Darisah Nasri, Ketua Pegawai Eksekutif DMG; Mohamad Sis Ahmad, Ketua Pegawai Operasi dan Masnita Abdul Fatah sebagai Pengarah Pembangunan dan Pemasaran DMG (kanan).


Sementara itu,  dalam ucapan perasmian KSU Motac yang dibaca oleh Mohamad Nawwar, beliau menghargai inisiatif yang diusahakan, selari dengan aspirasi TMM 2026 di mana seni, budaya dan gastronomi menjadi tarikan utama negara.


“Dengan adanya Cookies Malaysia, pelancong bukan sahaja dapat merasai pengalaman pelancongan, tetapi juga menikmati keunikan rasa budaya Malaysia yang mewakili setiap negeri. Ini merupakan langkah kreatif yang menggabungkan seni, budaya, dan inovasi dalam satu produk yang mempunyai nilai komersial,” jelas beliau.


Dengan pelancaran ini, Cookies Malaysia bukan sekadar memperkenalkan produk baharu, tetapi mencipta naratif baharu di mana pelancong tempatan mahupun antarabangsa bukan sahaja membawa pulang kenangan, tetapi juga boleh dinikmati, diingati dan dirasai… satu gigitan pada satu masa!


Pendek kata, Ia membuktikan bahawa gastronomi mampu menjadi bahasa universal yang menghubungkan budaya dan pelancong dari pelbagai latar belakang.



#TahunMelwatMalayysia2026 #CookiesMalaysia #DMG #KuihRaya #Biskut #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan