Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ST ROSYAM MART SELAMATKAN DOMPET WARGA KOTA, JADI DESTINASI BELI-BELAH PELANCONG!


KELIBAT pelakon dan penerbit Suhan Movies, Datuk Rosyam Nor dalam industri seni tanah air sememangnya tidak perlu disangkal lagi, namun kejayaan beliau mengemudi empayar peruncitan menerusi ST Rosyam Mart kini membuktikan beliau merupakan seorang figura perniagaan yang versatil. 


Kehadiran beliau dalam majlis Lawatan Pasar Raya  pertamanya di cawangan Jakel Square  bersama  pihai media yang berlangsung semalam. Selasa 27 Januari 2026 bukan sekadar sebagai wajah jenama, malah sebagai penggerak utama di sebalik pertumbuhan pesat pasar raya borong Halal 24 jam yang kini menjadi fenomena di kalangan rakyat Malaysia.


Lawatan yang diatur itu memberi peluang eksklusif kepada wakil media untuk melihat dengan lebih dekat konsep pasar raya, rangkaian produk yang luas serta komitmen terhadap penawaran harga mampu milik untuk rakyat Malaysia dan pelancong. 



Cawangan Jakel Square yang berkeluasan 50,000 kaki persegi ini merupakan bukti visi strategik Rosyam selaku Pengarah ST Rosyam Mart bersama Kumpulan Sri Ternak dalam menyediakan akses barangan murah kepada penduduk di tengah-tengah ibu kota. 


Sejak dibuka secara rasmi pada Disember tahun lalu, cawangan kesembilan ini terus menarik perhatian ramai kerana ia buat pertama kalinya  memperkenalkan zon Malaysia Selection yang menghimpunkan snek, minuman, hadiah dan cenderamata buatan Malaysia, sebuah inovasi yang mengangkat martabat produk buatan tempatan di mata pelancong dan warga tempatan.



“Di sini juga kami menyokong industri kecil dan sederhana (IKS) dengan menempatkan produk tempatan daripada pembekal yang mempunyai jenama sendiri. Produk-produk ini dibawa masuk hasil kerjasama langsung dengan pengusaha tempatan, sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk berkembang melalui platform runcit berskala besar," jelas pemilik bernama sebenar, Mohamed Noor Shamsuddin ini sambil memperlihatkan kawasan barangan borong, ST kafe, kaunter layan diri, serta kaunter khidmat pelanggan yang menawarkan pelbagai kemudahan percuma kepada ahli pemegang kad Rosyam Mart yang boleh diperoleh dengan yuran RM15 setahun.



Dalam lawatan tersebut, Rosyam sendiri  bersama Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Sri Ternak, Dato’ Raymond Ho Cheng Hann, membawa wakil media meneroka beberapa  lagi bahagian utama termasuk hasil segar, produk sejuk beku dan daging, barangan keperluan rumah termasuk 'Celebrity Corner' yang menjadi ruang eksklusif bagi produk-produk usahawan selebriti, yang disusun dalam susun atur mesra pelanggan dan cantik selari dengan glamor para artis terlibat, diserikan lengkap dengan lantai 'karpet merah'.


Lebih istimewa apabila media buat julung kalinya juga di bawa masuk ke dalam ruang penyimpanan sejuk beku berskala besar yang diibaratkan secara berseloroh oleh Rosyam sebagai “Membawa media ke Switzerland” kerana suhunya mencecah negatif 20 darjah Celsius. 



Kemudahan ini memastikan bekalan daging dan lain-lain sentiasa tersedia dalam jumlah besar, membolehkan pelanggan mendapatkan potongan daging mengikut keperluan sama ada untuk kegunaan rumah atau perniagaan. 


Pelbagai jenis daging ditawarkan termasuk Indian buffalo, daging tempatan, Australian beef, New Zealand beef dan Wagyu beef, dengan jaminan halal sepenuhnya dan tanpa penjualan barangan terlarang seperti arak.


Beliau menjelaskan bahawa model perniagaan ST Rosyam Mart bukan sahaja berteraskan keuntungan semata-mata, malah bertujuan untuk memudahkan urusan harian rakyat melalui konsep "Berbelanja di ST Rosyam Mart, Dompet Abang Selamat" yang kini sudah sebati dengan identiti pasar raya tersebut.


MENARIKNYA.. anda mudah memilih hendak membeli telur gred berapa kerana ia senang  dikenali melalui ikatan tali berbeza warna pada pek telur mengikut gred pilihan.


“Konsep utama kami  adalah membawa harga borong terus kepada pengguna,” tambah Rosyam.


Sementara itu, Raymond Ho turut menyatakan rasa bangga beliau atas sinergi yang terjalin bersama Rosyam. 


Kata Raymond, matlamat mereka sangat jelas iaitu untuk membantu individu dan perniagaan menjimatkan wang serta masa melalui destinasi membeli-belah sehenti yang menggabungkan elemen kemudahan dan harga borong sepanjang masa.


RUANG pembelian secara pukal....


Kemuncak majlis  menyaksikan  ST Rosyam Mart meraikan para pemenang menerusi Majlis Penyampaian Hadiah Misi Mencari Raja Konten. 


Beliau menyuarakan rasa kagum terhadap kreativiti rakyat Malaysia yang menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan ekosistem ST Rosyam Mart secara inovatif. 



Seorang pencipta kandungan dari Kuala Lumpur, Muhamad Suhaimi Mohamad Kabid (tiga dari kiri), 32, telah diumumkan sebagai pemenang hadiah utama berjumlah RM10,000. 


Beliau berkongsi bahawa penghasilan videonya agak mencabar berikutan keadaan lokasi yang sesak serta proses penyuntingan yang dilakukan hingga lewat malam, dan mendedikasikan kemenangan tersebut kepada isterinya atas sokongan tidak berbelah bahagi. 


Lima pemenang lain masing-masing menerima RM2,000 setiap seorang bagi kategori Paling Banyak ‘Likes’, Paling Banyak ‘Engagement’ [Komen + Share], Paling Kelakar/Menghiburkan, ‘Editing’ Paling Kreatif, dan Konten ‘Education’ Terbaik, sekali gus mencerminkan komitmen ST Rosyam Mart dalam menyokong bakat tempatan.


“Kami amat gembira melihat rakyat Malaysia menonjolkan kreativiti mereka menerusi pertandingan Misi Mencari Raja Konten. Para pemenang benar-benar mengagumkan kami dengan kandungan yang kreatif serta inovatif, dan kami berbangga dapat meraikan bakat tempatan sambil berinteraksi dengan pelanggan secara menyeronokkan dan interaktif,” ujar Rosyam.


Kejayaan cawangan Jakel Square ini memperkukuhkan lagi kedudukan Rosyam Nor dalam sektor peruncitan negara, sekaligus membuktikan bahawa kombinasi pengaruh selebriti dan strategi perniagaan yang kukuh mampu memberikan impak positif kepada ekonomi masyarakat setempat. 


Dengan pelbagai kemudahan seperti 21 perkhidmatan percuma dan kaunter pembayaran layan diri, ST Rosyam Mart kini berada di landasan yang tepat untuk terus berkembang sebagai pusat borong pilihan utama di Malaysia.


“Selepas ini kami merancang dan memberi tumpuan untuk mengambangkan rangkaian ST Rosyam Nor di dalam Mall sekurang-kurangnya akan membuka tiga cawangan setiap tahun,” akhiri Rosyam penuh harapan.




Pada masa sama, beliau memaklumkan, ST Rosyam Mart  turut menjalinkan kerjasama strategik dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi persetujuan lisan bagi membawa pelancong luar negara, dianggarkan antara empat hingga lima bas sehari, untuk singgah membeli-belah di pasar raya ST Rosyam Mart. 


Inisiatif ini selari dengan usaha memperkenalkan produk tempatan Malaysia sebagai cenderamata kepada pelancong, selain menyokong aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026. 


DARI dahulu hingga sekarang Rosyam Nor yang kami gelar 'hero Malaya' sejak mula mengenalinya ketika di Utusan dulu  tetap mesra....turut bersama rakan wartawan Khadijah Ibrahim (kiri).

#KumpulanSriTernak #BerbelanjaDiSTRosyamMartDompetAbangSelamat #fyp 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan