Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

HUITM 2026 PERKUKUH EKOSISTEM PELANCONGAN ISLAM GLOBAL DI 6 NEGARA MULAI JUN!


KUALA LUMPUR
International Umrah and Tourism Exhibition 2026 dijangka memainkan peranan strategik dalam memperkukuh ekosistem pelancongan Islam global dengan menghimpunkan pemain utama industri Umrah, Haji dan pelancongan Islam dari Arab Saudi serta pelbagai pasaran antarabangsa.


Pameran berprestij ini dianjurkan oleh Hajj and Umrah International Travel Market (HUITM) dengan sokongan strategik ASEAN Federation of Umrah and Hajj (AFUH), sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai platform antarabangsa utama bagi industri perjalanan ibadah dan pelancongan Islam.


Berbekalkan kejayaan penganjuran terdahulu di Türkiye, Uzbekistan dan Belgium, HUITM akan memperluaskan jangkauan globalnya pada tahun 2026 ini  melalui siri jelajah pameran antarabangsa di enam negara.


Malaysia dipilih sebagai destinasi pembukaan siri jelajah HUITM 2026, sejajar dengan peranannya sebagai hab pelancongan Islam serta pusat strategik industri Haji dan Umrah di peringkat antarabangsa. 


Siri roadshow HUITM 2026 akan bermula di Kuala Lumpur pada 18 Jun 2026, diikuti Indonesia pada 23 Jun 2026, Uzbekistan pada 27 hingga 28 Jun 2026, Maghribi pada 2 Julai 2026, Türkiye pada 11 hingga 12 Julai 2026, sebelum berakhir di Kazakhstan pada 13 September 2026.


Direka sebagai platform profesional berorientasikan perniagaan ke perniagaan (B2B), ia berfungsi sebagai medium yang menghubungkan secara langsung penyedia perkhidmatan utama dari Arab Saudi dan pasaran antarabangsa dengan pemain industri tempatan serta serantau. 


Disamping itu, ia bertujuan memudahcara rundingan strategik, padanan perniagaan berstruktur, pembentukan kerjasama jangka panjang serta menyokong transformasi digital dan inovasi perkhidmatan dalam industri pelancongan Islam.


Edisi Malaysia yang berperanan sebagai gerbang pasaran ASEAN akan diadakan pada 18 Jun 2026 di InterContinental Kuala Lumpur, dari jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam. 



Acara ini akan menampilkan sesi workshow, rangkaian perniagaan serta padanan perniagaan yang melibatkan pengendali Umrah dan Haji, hotel dan penginapan, syarikat penerbangan, syarikat pengurusan destinasi, penyedia teknologi pelancongan serta perkhidmatan sokongan industri dari dalam dan luar negara.


AFUH merupakan antara persatuan utama di Malaysia yang menyokong penganjuran HUITM, dengan memainkan peranan penting dalam pembangunan industri Haji dan Umrah serta pengukuhan kerjasama strategik di peringkat serantau dan antarabangsa. 


Presiden AFUH, Dato’ Seri Dr. Mohd Khalid Harun berkata, Malaysia telah lama diiktiraf sebagai hab utama pelancongan Islam dan perkhidmatan Umrah.


‘AFUH menokong HUITM yang. berfungsi sebagai medium untuk memperkukuh jaringan antarabangsa serta membuka peluang perniagaan baharu kepada agensi pelancongan Malaysia bagi menembusi pasaran global, khususnya Arab Saudi dan Asia Tengah. Sokongan ini selari dengan misi AFUH untuk meningkatkan profesionalisme,inovasi serta keterhubungan global dalam industri pelacongan Islam," tambahnya ketika ditemui dalam sidang media yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.



Turut hadir beberapa tokoh industri dan diplomat antaranya termasuk Hakan Sahin selaku Pengarah Urusan dan Penganjur Pameran; Ahmad Mahmud Fita Kita Iskandar sebagai Wakil Rasmi ASEAN; Dr. Karomidin Gadoev, Duta Besar Uzbekistan ke Malaysia; Sherzod Sami, Presiden Persatuan UZSAA dan Datuk Hj Abdul Rahim Abdullah selaku wakil rasmi Malaysia.


Berkongsi lanjut, Dr. Mohd Khalid menambah kata,  sokongan AFUH terhadap HUITM adalah selari dengan misi persatuan itu untuk meningkatkan profesionalisme, inovasi serta keterhubungan global dalam industri pelancongan Islam.


“Melalui penganjuran di enam negara, HUITM komited untuk membina ekosistem Umrah dan pelancongan Islam yang lebih bersepadu, mampan dan berdaya saing di peringkat antarabangsa,” akhiri beliau sambil mengalu-alukan penyertaan pemimpin industri, rakan strategik dan pihak berkepentingan untuk bersama-sama membina ekosistem Umrah dan pelancongan Islam yang lebih kukuh dan berdaya saing di peringkat global.


Sementara itu dalam ucapan ringkasnya. Dr. Karomidin Gadoev mengumumkam Kerajaan Uzbekistan melaksanakan kemudahan khas untuk Malaysia dan Indonesia bermula tahun 2026, selaras dengan inisiatif yang dicetuskan oleh Presiden Uzbekistan bagi memperkukuh kerjasama pelancongan dan hubungan dua hala antara negara-negara Islam.



Menurut Duta Uzbekistan  itu, resolusi kerajaan telah diluluskan bagi menyokong inisiatif tersebut, termasuk pelancaran penerbangan terus baharu dari Kuala Lumpur dan Jakarta ke bandar-bandar bersejarah Samarkand dan Bukhara. 


Inisiatif ini dijangka membuka akses lebih luas kepada pelancong dari Malaysia dan Indonesia untuk meneroka destinasi pelancongan Islam yang kaya dengan warisan sejarah dan peradaban.


Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan Uzbekistan komited untuk memastikan penyediaan perkhidmatan berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan, khususnya bagi pasaran Asia Tenggara. 


Seiring dengan itu, Uzbekistan turut mengumumkan pembukaan semula Kompleks Imam al-Bukhari dalam bentuk baharu pada tahun ini, bersama perasmian Pusat Tamadun Islam, yang bakal menjadi mercu tanda penting dalam landskap pelancongan ziarah dan pendidikan Islam negara tersebut.


Kompleks Imam al-Bukhari yang dinaik taraf itu menampilkan kemudahan moden serta reka bentuk yang mengekalkan nilai sejarah dan keilmuan tokoh hadis terkemuka dunia Islam. 


Kerajaan Uzbekistan turut menjemput rakyat Malaysia serta rakan antarabangsa untuk berkunjung dan menyaksikan sendiri transformasi baharu kompleks berkenaan.


Pengumuman ini sekali gus mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh ekosistem pelancongan Islam global dan kerjasama strategik antara Uzbekistan dan Malaysia.



#HUITM #PelanconganIslam #SaudiArabia #Uzbekistan #Indonesia #AFUH #fyp



Tiada ulasan:

Catat Ulasan