LOTUS TAWAR DISKAUN HINGGA 50%, HADIAH LUMAYAN RAI TAHUN BARU!
LOTUS'S Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (Lotus’s Malaysia) membuka tirai sambutan Tahun Kuda Api dengan tawaran diskaun sehingga 50 peratus bagi lebih 1,500 barangan keperluan perayaan, bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati sambutan Tahun Baharu Cina yang lebih menjimatkan.
Tawaran hebat itu merupakan teras kepada kempen perayaan tahun 2026 yang bertemakan “Semuanya Ekstra Ongsem; 真好价,更HO SEH”.
Berlangsung dari 1 Januari hingga 25 Februari 2026, kempen ini dirangka khas untuk mengurangkan beban kos sara hidup serta menjadikan persiapan perayaan lebih mudah dan bebas tekanan.
Pengarah Komersial Lotus’s Malaysia, Lee May Li, menjelaskan bahawa kempen tahun ini memberikan penekanan kepada aspek praktikaliti melalui konsep "Ekstra"—iaitu nilai ekstra, keprihatinan ekstra, dan pemikiran ekstra dalam setiap tawaran yang diberikan.
“Kempen Tahun Baharu Cina tahun ini berteraskan nilai praktikal,” kata Lee May Li.
Menurutnya, selain tawaran hebat, Lotus memberikan perhatian tambahan dalam menyusun rangkaian produk yang relevan, ganjaran bermakna serta aktiviti menarik yang benar-benar menyokong cara rakyat Malaysia menyambut perayaan.
Beliau menambah, “Kami memahami bahawa pengguna mahukan nilai tanpa menjejaskan kualiti. Oleh itu, kami menumpukan kepada rangkaian perayaan yang seimbang, menggabungkan kualiti, harga, kemampuan dan keperluan harian supaya dapat membantu pelanggan menjimatkan masa dan menikmati musim perayaan dengan lebih tenang.”
Potongan harga sehingga 50 peratus tersebut merangkumi pelbagai kategori termasuk barangan runcit, hasil segar, produk kecantikan, kelengkapan rumah, fesyen, serta peralatan elektrik.
Antara tawaran utama dalam kempen "Ekstra Ongsem" meliputi:
- Eksklusif di Lotus’s: Barangan perayaan istimewa yang hanya tersedia di Lotus’s, termasuk Beras Jasmine Sun White Golden Lotus, Beras Royal Umbrella, serta minuman Alienergy dan Chi Forest bersaiz khas 300ml.
- Kegemaran Makan Besar: Tawaran “Beli 1 Percuma 1” dan “Hadiah dengan Pembelian” untuk hasil segar premium seperti Udang XXL, Abalon, Timun Laut serta Bay Scallops yang diperkenalkan buat pertama kali.
- Tawaran Barangan Jenama Lotus’s: Promosi pakej berkembar untuk barangan asas popular termasuk pasta, makanan dalam tin, barangan sejuk beku dan detergen isi rumah.
- Penyediaan Hadiah Dipermudahkan: Hamper Tahun Baharu Cina daripada jenama dipercayai seperti Eu Yan Sang, Bio Green dan Hai-O bermula dari RM98, serta kotak hadiah buah premium termasuk Epal Fuji, Harumi dan Mandarin Red Beauty.
- Istimewa Rumah & Gaya Hidup: Diskaun sehingga 50 peratus untuk barangan terpilih kesihatan dan kecantikan, peralatan memasak, peralatan dapur, kelengkapan rumah dan keperluan pembersihan.
- Fesyen Perayaan: Diskaun pakaian Tahun Baharu Cina sehingga 50 peratus, dengan T-shirt keluarga bermula dari RM15.95 dan pakaian tradisional dari RM49.90.
Menambahkan lagi kemeriahan, Lotus’s turut menawarkan ganjaran keseluruhan bernilai RM888,888.
Ahli My Lotus’s yang berbelanja minimum RM128 melalui aplikasi Lotus’s Malaysia berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik, termasuk hadiah utama berupa kereta mewah seperti BMW 2 Series Gran Coupé, Proton e.MAS 7 SUV, dan JAECOO J7 SUV hasil kolaborasi bersama rakan jenama.
Bagi membangkitkan suasana perayaan, “CNY World” akan diadakan di 31 cawangan terpilih yang menampilkan aktiviti interaktif, demonstrasi masakan, dan sesi merasa produk.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen “Semuanya Ekstra Ongsem”, pelanggan boleh melayari laman web rasmi Lotus’s atau ikuti perkembangan terkini di Facebook dan Instagram mereka.
#LotusMalaysia #SemuanyaEkstraOngsem真好更HOSEH #CNYWorld #TahunBaruCina






Tiada ulasan:
Catat Ulasan