Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BERBUKA PUASA DI SERI PACIFIC KL, PELUANG MENANGI PAKEJ UMRAH!


AROMA
memikat daripada ‘Dataran Kambing Panggang Nusantara’ yang berjus serta kepekatan ‘Masakan Asli Kari Kepala Ikan’
  menjadi tarikan utama di Restoran Zende, Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur sempena pelancaran Bufet Ramadan 2026 oleh Pengurus Besar Hotel Seri Pacific, Zakariya Musa (gambar atas, kiri) baru-baru ini.


Dengan mengangkat tema “Jelajah Rasa Ramadan”, hotel ini menampilkan kira kira 98 jenis hidangan memikat yang tersenarai dalam menu yang cukup luar biasa bagi membawa pengunjung menerokai kehebatan kulinari tanah air yang autentik dan jarang ditemui di tengah-tengah ibu kota.


Keunikan bufet tahun ini terletak pada keberanian pasukan kulinari Restoran Zende yang dipimpin Chef Eksekutif Zainuddin Abdul Rahim menonjolkan hidangan ikonik negeri seperti Ikan Patin Tempoyak yang membawakan rasa asli Pahang serta kepelbagaian hidangan salai yang mempunyai aroma asap yang sangat menyelerakan. 



Kehadiran lebih daripada 15 gerai makanan yang antaranya menyediakan 'Rantau Sup Warisan Ramadan' serta stesen masakan secara langsung turut menambah ekemen interaktif dalam pengalaman berbuka puasa di Restoren Zende. 


Ia bukan sahaja menjanjikan kesegaran juadah, bahkan memberikan satu pengalaman gastronomi yang penuh dengan seni dan tradisi masakan turun-temurun apabila tetamu berpeluang melihat sendiri kemahiran pasukan kulinari dalam menyediakan hidangan klasik tempatan.


GERAI manisan semanis senyuman kakitangan Seri Pacific.... menyediakan favorit Kak Fas seperti serawa durian/pulut, roti puding, cokelat dan lain-lain.


Bufet Ramadan ini yang bakal berlangsung dari 20 Februari hingga 18 Mac 2026 dibuka kepada orang ramai dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam. 


Selain memfokuskan kepada keunikan rasa, Restoran Zende turut menyediakan persikatan yang luas, suasana yang mesra dan selesa, sesuai untuk dijadikan lokasi pertemuan bagi keluarga mahupun rakan perniagaan untuk menghayati intipati sebenar bulan Ramadan melalui perkongsian rezeki di meja makan.




Pembelian 'early bird' ini dilanjutkan sehingga 31 Januari 2026.


Bagi mereka yang ingin menikmati rangkaian hidangan istimewa ini dengan harga yang lebih menjimatkan, pihak hotel menawarkan promosi ‘Early Bird’ pada kadar RM128.00 nett untuk dewasa bagi tempahan yang dilakukan sebelum 31 Januari 2026. 



Harga biasa selepas tempoh tersebut adalah RM158.00 nett untuk dewasa, manakala bagi kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun serta warga emas, harga yang ditetapkan adalah RM79.00 nett seorang.


Lebih menarik sepanjang bulan Ramadan, mereka yang berbuka puasa di Restoren Zende berpeluang membawa balik pelbagai hadiah bertuah yang disediakan  seperti pakej umrah atau pakej percutian bernilai RM9,999; Skuter Elektrik; Tiket Batik Airlines ke Uzbezkiztan dan Bali untuk 2 pax; Pelbagai Barang elektrik bernilai sehingga RM2,000; Hadiah wang tunai RM1,000; voucher Hi-tea serta baucer bilik 2 hari 1 malam di Seri Pacific serta hadiah hamper.



Mana tahu sambil menjamu selera dapat pula hadiah bertuah rezeki Ramadan kan?


Sebarang pertanyaan lanjut atau urusan tempahan boleh dilakukan dengan menghubungi talian +6011-3916 8907. 


Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat tambahan menerusi laman web rasmi Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur atau melalui perkhidmatan Whatapp di talian +6018-205 7525 untuk memastikan mereka tidak melepaskan peluang merasai kembara "Jelajah Rasa" yang penuh dengan keistimewaan ini. 



#HotelSeriPacific #JelajahRasaRamadan #BufetRamadan2026 #HadiahBertuah 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan