Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'PROSPERITY BLOSSOM' WARNAI TAHUN BAHARU CINA 2026 DI AEON MALL!


MELANGKAH 
masuk ke tahun 2026, AEON MALL membawakan satu dimensi baharu dalam sambutan Tahun Baharu Cina menerusi “Prosperity Blossom”, sebuah kempen perayaan yang diinspirasikan oleh kepercayaan bahawa kemakmuran akan berkembang apabila keluarga, komuniti dan kebersamaan disatukan di bawah satu bumbung.


Kempen ini memperkukuhkan kedudukan AEON MALL sebagai destinasi gaya hidup dan pusat tumpuan keluarga di mana keriangan, kelimpahan, dan sambutan yang bermakna dapat dirasai oleh setiap pengunjung sepanjang musim perayaan ini.


Kemeriahan kali ini bukan sekadar pada hiasan yang memukau, malah pengunjung bakal disajikan dengan pelbagai tawaran premium dan aktiviti gaya hidup yang dirancang khusus untuk menyemarakkan lagi semangat kebersamaan. 



Fokus utama kempen ini adalah untuk memberikan nilai tambah kepada setiap ringgit yang dibelanjakan oleh pelanggan.


Keterujaan para pengunjung pasti memuncak dengan adanya ganjaran mewah hasil kerjasama dengan jenama kesihatan terkenal, Jin Yeye di mana pelanggan berpeluang membawa pulang set eksklusif Abalone dan Sarang Burung sebagai simbol kekayaan, kesihatan dan keberkatan untuk tahun baharu.


Syarat Penebusan:


Perbelanjaan RM800* (Pemegang Kad UOB / AEON)

Perbelanjaan RM1,000* (Bukan Pemegang Kad UOB / AEON)

Dengan 3 resit gabungan pada hari yang sama



Selain itu, AEON MALL turut menyuntik elemen hiburan sinematik terus ke dalam pusat membeli-belah melalui kolaborasi bersama Film Engine sempena pelancaran filem "Ah Beng & Liang Popo" yang sangat dinantikan. 


Para peminat filem bukan sahaja boleh menebus barangan edisi terhad seperti bantal leher dan tiket wayang, malah mereka berpeluang merasai sendiri aura selebriti melalui siri jelajah ramah mesra yang akan diadakan secara besar-besaran.


Ganjaran Penebusan:


Bantal Leher Filem Edisi Terhad

RM600* (Pemegang Kad UOB / AEON)

RM800* (Bukan Pemegang Kad UOB / AEON)


Tiket Filem Edisi Terhad

RM400* (Pemegang Kad UOB / AEON)

RM600* (Bukan Pemegang Kad UOB / AEON)

Dengan 3 resit gabungan pada hari yang sama


Pelanggan juga boleh menebus Sampul Duit Raya Edisi Prosperity Blossom dengan perbelanjaan:


RM150* (Pemegang Kad UOB / AEON)

RM250* (Bukan Pemegang Kad UOB / AEON)

Dengan 3 resit gabungan pada hari yang sama



Pendek kata, suasana di setiap 27 cawangan AEON MALL akan terus dihidupkan dengan pelbagai pengisian acara yang penuh warna-warni, bermula daripada persembahan Tarian Kipas "Prosperity Blossom" yang anggun sehinggalah kepada Tarian Singa tradisional yang sentiasa dinantikan. 


Aktiviti Perayaan di 27 AEON MALL Seluruh Negara, antaranya:


Persembahan Prosperity Blossom Fan Dance

Pertandingan Kaligrafi Kanak-kanak di semua AEON MALL

Perarakan Limau Perayaan

Tarian Singa Tradisional

Bengkel DIY Kraft Kanak-kanak

Roadtour Meet & Greet Filem Tahun Baharu Cina, menampilkan penampilan pelakon serta selebriti kegemaran



Segala tawaran dan aktiviti yang disusun rapi ini menjadikan AEON MALL destinasi gaya hidup utama untuk seisi keluarga merasai sendiri bagaimana kemakmuran benar-benar "berkembang mekar" pada musim perayaan kali ini.


Untuk maklumat lanjut, ikuti AEON MALL di media sosial atau kunjungi Kaunter Khidmat Pelanggan di mana-mana AEON MALL.


🌐 www.aeonmallmy.com

📘 Facebook: aeonmall.my

📸 Instagram: @aeonmallmalaysia



#AEONMALL #AEONMALLProsperityBlossom #TahunBaruCina #JinYeye #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan