SIPZZ LANCAR FLAGSHIP STOR PERTAMA DI MALAYSIA, JADIKAN RUTIN MINUM AIR INTERAKTIF!
TREND "botol air sebagai aksesori gaya hidup" kini mencapai aras baharu di Malaysia apabila jenama tumbler terkemuka Singapura, Sipzz, secara rasmi menembusi pasaran tempatan melalui pembukaan kedai flagship pertamanya di Paradigm Mall, Petaling Jaya.
Langkah ini memperlihatkan peralihan ketara dalam segmen barangan pengguna, di mana fungsi asas hidrasi kini digabungkan dengan elemen ekspresi kendiri dan estetika pastel bagi memenuhi selera unik generasi Z.
Berbeza dengan pendekatan konvensional yang hanya menekankan fungsi, Sipzz membawa falsafah “Drop the Boring, Sip the Fun” yang bertujuan mengubah persepsi terhadap pengambilan air harian.
Jenama ini mempertaruhkan reka bentuk dengan lengkungan lembut dan pilihan warna yang mesra media sosial, namun tetap mengekalkan standard kualiti tinggi.
Setiap unit dihasilkan menggunakan keluli tahan karat 304 gred makanan yang menawarkan ketahanan suhu yang optimum, manakala model utama seperti H2O Medium dan Large telah memperoleh pensijilan keselamatan daripada SGS sebagai jaminan kualiti bagi kegunaan harian.
Kemasukan Sipzz ke pasaran Malaysia juga didorong oleh peningkatan kesedaran kesihatan holistik dalam kalangan pengguna muda.
Berdasarkan laporan trend pengguna daripada Glanbia Nutritionals, hidrasi kini diiktiraf sebagai elemen penting yang mempengaruhi fokus mental dan keseimbangan emosi harian.
Menyedari hakikat ini, Sipzz berusaha menjadikan rutin meminum air sesuatu yang interaktif menerusi tawaran produk yang kreatif dan praktikal, sekaligus membantu golongan muda mencapai kesejahteraan yang lebih baik.
Sempena pembukaan rasmi Flagship Store ini, Sipzz turut memperkenalkan dua koleksi edisi terhad yang menarik, iaitu Koleksi Spring dan Koleksi Mew Mew.
Koleksi Spring menampilkan rekaan yang segar dan ceria dengan vibe musim bunga, manakala Koleksi Mew Mew pula comel, kreatif, dan penuh personaliti.
Kedua-dua koleksi ini menambahkan lagi sentuhan unik dan segar dalam rangkaian tumbler Sipzz.
Selain kepelbagaian koleksi, jenama ini turut menawarkan nilai tambah melalui perkhidmatan ukiran nama secara langsung bagi memastikan setiap produk yang dibeli adalah unik buat pemiliknya.
Strategi harga yang kompetitif, bermula dari RM49.90 untuk cawan kopi sehingga RM149.90 bagi botol bersaiz mega, dilihat sebagai faktor utama yang menjadikan produk premium ini mampu dimiliki oleh pelbagai lapisan masyarakat.
“Sipzz dicipta untuk menjadikan rutin meminum air sesuatu yang menyeronokkan dan ekspresif,” kata Catherine Soo, Pengurus Pemasaran Sipzz Malaysia.
Menurut beliau, apabila hidrasi menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan dan mempunyai sentuhan peribadi, individu secara semula jadi akan lebih bermotivasi untuk mengekalkan tahap hidrasi yang mencukupi.
“Apabila hidrasi menjadi seronok dan peribadi, orang akan secara semula jadi minum lebih banyak air. Matlamat kami adalah untuk menjadikan tabiat minum air lebih mudah, menyeronokkan, dan sebahagian daripada rutin harian gaya hidup sihat,” tambahnya.
Menjelang suku pertama tahun 2026, Sipzz merancang untuk memperluaskan rangkaian kedai konsep mereka ke beberapa lokasi strategik lain termasuk Paradigm Mall JB, Sungei Wang Plaza, 1st Avenue Penang, JBCC dan Sunway Square.
Selain daripada cawangan fizikal, peminat jenama ini juga boleh mendapatkan koleksi kegemaran mereka melalui platform dalam talian di Shopee dan TikTok Shop serta stor rakan kerjasama di Tataa & Friends.
Bersempena dengan acara pelancaran yang berlangsung dari 9 hingga 11 Januari 2026 baru-baru ini, para pengunjung termasuk Kak Fas berpeluang merasai pengalaman jenama secara imersif melalui pelbagai aktiviti interaktif termasuk demo engraving dan pratonton beraneka produk, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sipzz sebagai peneraju gaya hidup hidrasi moden di Malaysia.
#SIPZZ #DropTheBoringSipTheFun #KoleksiSpring #KoleksiMewMew #Tumbler







Tiada ulasan:
Catat Ulasan