NIKMATI SANTAPAN RAMADAN SERANTAU, 11 NEGARA ASEAN DI SUNWAY PUTRA HOTEL!
MENJELANG ketibaan bulan suci, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur tampil membawa kelainan dalam peta kulinari ibu kota dengan menghimpunkan kepelbagaian rasa dari seluruh pelosok Asia Tenggara melalui program Santapan Ramadan Serantau 2026.
Berbeza dengan bufet Ramadan konvensional, edisi kali ini direka khusus sebagai satu jambatan budaya yang menyatukan resipi warisan serta kegemaran jalanan dari 11 buah negara ASEAN termasuk Malaysia, Thailand, Vietnam, sehingga ke Timor Leste di bawah satu bumbung yang sama.
Langkah ini dilihat sebagai satu inisiatif kulinari merentas sempadan yang bukan sahaja mengutamakan keaslian rasa menerusi penggunaan rempah ratus asli, malah memberi peluang kepada warga kota untuk "mengembara" secara gastronomi.
Para tetamu boleh memulakan kembara rasa mereka dengan barisan pembuka selera yang segar dan aromatik seperti Kerabu Daun Teh dari Myanmar, Som Tam yang ikonik dari Thailand, serta keunikan Kilawin dari Filipina yang pastinya membangkitkan selera sebelum beralih ke hidangan utama yang lebih berat.
Antara yang dijangka menjadi tumpuan utama pengunjung adalah hidangan Ketam Bercili Singapura yang disajikan bersama mantau goreng serta Lok Lak Daging Lembu Lada Hitam dari Kemboja yang menjanjikan tekstur daging yang lembut dan kaya dengan aroma.
Tidak ketinggalan, keaslian rasa serantau turut diterjemahkan melalui sajian Ayam Katok dari Brunei dan Bebek Bertutu dari Bali yang dimasak perlahan bagi memastikan setiap lapisan rempah meresap ke dalam daging.
Bagi peminat tegar makanan laut, hotel turut menyediakan Udang Kara Selipar Masak Lemak Cili Api serta Kepala Ikan Salmon Kari Mamak yang disediakan secara langsung di stesen ‘Chef’s Special Kawah’.
Pengalaman berbuka puasa di sini diperkukuhkan lagi dengan kehadiran stesen masakan langsung yang mempamerkan kemahiran Chef dalam menyediakan Nasi Briyani Kambing Panggang serta pelbagai jenis sate ikonik seperti Sate Maranggi dari Indonesia.
Kehangatan suasana Ramadan turut diperkasakan dengan kehadiran Sudut Rebus Asam Pedas dan Sup Tulang Berempah yang dimasak lama, sekaligus menggamit memori masakan rumah yang menjadi idaman setiap kali tibanya waktu iftar.
Sebagai pelengkap kepada kembara rasa tersebut, pelbagai manisan tradisional serantau turut dihidangkan bagi memberikan kepuasan maksimum.
Antara yang menarik perhatian adalah Maja Blanca iaitu puding kelapa dari Filipina, Laos Nam Wan yang menggabungkan nangka dan santan, serta pelbagai pilihan kuih-muih Melayu tradisional dan Kek Lapis Indonesia.
Gabungan elemen tradisional dan moden ini mencerminkan komitmen pihak hotel dalam menyediakan pengalaman yang bukan sekadar hidangan makanan, tetapi juga satu penghayatan terhadap kekayaan budaya Nusantara.
Menurut Pengurus Besar Kanan Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur, Wilfred Yeo, program Santapan Ramadan Serantau ini merupakan satu perjalanan kulinari yang mencerminkan warisan dan tradisi negara-negara ASEAN.
“Tahun ini, kami ingin meningkatkan pengalaman tetamu dengan gabungan masakan istimewa dan layanan mesra, agar mereka dapat menikmati Ramadan dengan penuh ketenangan, keselesaan dan keindahan makna," ujar Wilfred.
Selain hidangan bufet, hotel ini turut memperkenalkan pakej penginapan ‘Iftar & Indulgence Retreat’ bermula RM608+ semalam yang merangkumi penginapan, sahur, dan akses bufet Ramadan untuk dua orang dewasa.
Orang ramai yang ingin merasai keunikan Santapan Ramadan Serantau 2026 boleh membuat tempahan awal bermula 5 hingga 25 Februari ini bagi menikmati harga istimewa RM144 nett seorang dewasa untuk tarikh terpilih.
Harga biasa bagi bufet ini adalah RM169 nett seorang dewasa bagi tempoh antara 2 hingga 15 Mac 2026.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang urusan tempahan, orang ramai boleh melayari laman web rasmi di https://www.sunwayhotels.com/sunway-putraatau menghubungi talian +603 4040 9888.
Selain itu, pertanyaan juga boleh dibuat melalui WhatsApp di nombor +6019 305 2372 atau dengan menghantar e-mel ke alamat spkl.ch@sunwayhotels.com.
#SantapanRamadanSerantau2026 #SunwayPutraHotel #IftarIndulgenceRetreat






Tiada ulasan:
Catat Ulasan