Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MALABAR GOLD & DIAMONDS LANCAR BILIK PAMERAN FLAGSHIP DI BANGSAR!


MALABAR Gold & Diamonds,
peruncit barangan kemas kelima terbesar di dunia,  secara rasmi melancarkan bilik pameran flagship terbaharunya di Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur, sebagai sebahagian daripada strategi pengukuhan jenama itu di pasaran Malaysia. 


Majlis pelancaran cawangan kesembilan ini disempurnakan oleh Datuk Bahriah Mohd Tamil, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), bersama Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj dan Datin Hezeita Mohd Hafidz. 


Turut hadir tokoh-tokoh industri dan pereka fesyen Diraja Malaysia, Dato Radzuan Radziwill bersama barisan kepimpinan kanan Malabar Gold & Diamonds termasuk Shamlal Ahamed, Pengarah Urusan – Operasi Antarabangsa; Ajith M, Ketua Wilayah – Operasi Timur Jauh & Australasia; Nijeesh P, Ketua Cawangan Malaysia; Yasheedah Yashaiya, Ketua Pembangunan Perniagaan Malaysia, serta pelanggan dan jemputan kehormat.


Acara ini bukan sekadar menandakan peluasan fizikal jenama tersebut, malah menjadi platform pelancaran koleksi emas dan berlian Aura Aidilfitri 2026.


Koleksi tersebut dipersembahkan secara eksklusif melalui pertunjukan fesyen yang menggabungkan elemen tradisional dan kemewahan moden.


Antara tarikan utamanya adalah pengenalan koleksi barangan kemas emas 21K (875) yang unik dan semakin mendapat tempat dalam pasaran Malaysia, malah hanya boleh didapati secara eksklusif di Malabar Gold & Diamonds. 


Direka untuk pencinta gaya moden, koleksi ini menampilkan rantai emas berinspirasikan seni pertukangan rekaan wanita Arab yang kontemporari dan unik.


Selain itu, Koleksi Raya tahun ini turut menampilkan rangkaian barangan kemas emas 22K (916) yang melibatkan hasil kerja tangan halus dari 14 buah negara berbeza bagi mencerminkan semangat kepelbagaian budaya Aidilfitri.


Koleksi ini menyerlahkan keanggunan klasik menerusi rantai panjang dan gelang lebar dalam pilihan emas kuning, emas ros dan emas putih. Setiap produk mencerminkan kehalusan pertukangan, kepelbagaian budaya serta semangat Aidilfitri, sambil mengekalkan kualiti dan identiti tersendiri Malabar Gold & Diamonds.



Pengerusi Malabar Group, M.P. Ahammad, menyatakan bahawa pembukaan cawangan di lokasi berprestij ini merupakan bukti komitmen mendalam syarikat untuk mentakrifkan semula pengalaman membeli barangan kemas di negara ini melalui ketelusan dan inovasi.


“Meningkatkan pengalaman membeli barangan kemas pelanggan sentiasa menjadi teras kepada segala yang kami lakukan. Pembukaan bilik pameran flagship di Bangsar mencerminkan komitmen mendalam kami terhadap pasaran Malaysia. Ia bukan sekadar peluasan rangkaian runcit, tetapi satu usaha membina jambatan budaya serta menetapkan piawaian baharu dari segi ketelusan, inovasi dan nilai bertanggungjawabm” ujarnya.


Senada dengan beliau, Naib Pengerusi Malabar Group, Abdul Salam K.P., menegaskan bahawa pertumbuhan syarikat di Malaysia akan terus berteraskan nilai kelestarian dan etika perniagaan, termasuk sumbangan 5% daripada keuntungan bersih kumpulan bagi inisiatif tanggungjawab sosial global.


“Ketika kami terus berkembang di Malaysia, kelestarian, tanggungjawab sosial dan etika perniagaan kekal sebagai teras strategi kami. Pembukaan bilik pameran Bangsar mencerminkan usaha berterusan kami dalam menggabungkan kemewahan global dengan nilai etika, di samping memperkukuh hubungan tempatan dan mewujudkan peluang pekerjaan,” jelas Abdul Salam


Menampilkan sentuhan tempatan yang tersendiri, bilik  pameran ini menawarkan koleksi barangan kemas yang direka khas untuk memenuhi cita rasa pelanggan Melayu serta komuniti HNI dari sub-benua India. 


Perkhidmatan reka bentuk barangan kemas tersuai turut disediakan bagi memenuhi keperluan peribadi pelanggan.



Terletak di 67, Jalan Maarof, Bangsar, bilik pameran direka bagi menawarkan pengalaman membeli-belah bertaraf premium, ruang ini menitikberatkan kefahaman budaya, privasi serta keselesaan pelanggan.


“Bilik pameran konsep ini direka khusus untuk memenuhi kepekaan estetika pelanggan tempatan melalui koleksi terkurasi, reka bentuk yang dipertingkatkan dan pengalaman perkhidmatan yang lebih peribadi,” sambung Shamial Ahamed.

Bagi menghargai pelanggan sempena pelancaran ini, bilik pameran Bangsar akan menganjurkan Artistry Show bermula 24 Januari sehingga 2 Februari 2026, memaparkan koleksi edisi terhad yang menonjolkan keunggulan pertukangan dan reka bentuk. 


Pelanggan turut ditawarkan pertukaran eksklusif, termasuk pertukaran berlian lama serta nilai pertukaran 100% untuk emas 22K.


Sebagai jenama global yang berteraskan kepercayaan, Malabar Gold & Diamonds menawarkan jaminan pelanggan menyeluruh melalui Malabar Promise, yang merangkumi ketelusan harga, emas bertanda piawaian dengan ketulenan jelas, nilai pertukaran 100% untuk emas dan berlian, serta pelbagai jaminan lain yang memberikan ketenangan fikiran sebelum dan selepas pembelian.


Untuk rekod, Malabar Gold & Diamonds yang ditubuhkan pada tahun 1993, merupakan syarikat utama Malabar Group, sebuah konglomerat perniagaan global.


Dengan perolehan tahunan sebanyak USD7.36 bilion, syarikat ini mengendalikan lebih 420 bilik pameran di 14 negara dan disokong oleh lebih 27,500 profesional dari 26 negara.


Komitmen ESG (Alam Sekitar, Sosial & Tadbir Urus) kekal sebagai teras Malabar Group, dengan 5% daripada keuntungan bersih diperuntukkan bagi inisiatif berkaitan kesihatan, pendidikan, perumahan, alam sekitar, dunia bebas kelaparan dan pemerkasaan wanita di setiap negara operasinya.



#MalabarGold&Diamonds  #Bangsar  #MalabarPromise #ArtistryShow #KoleksiRaya #fyp


Tiada ulasan:

Catat Ulasan