SITI KHADIJAH UMUM AMAR, AMYRA DUTA RAMADAN RAYA 2026 BERKONSEP 'JEDA'!
DALAM dunia yang semakin laju dan sarat dengan tuntutan harian, peneraju busana ibadah dan telekung premium negara, Siti Khadijah (SK), memilih untuk mengajak masyarakat berhenti sejenak dan kembali kepada ketenangan jiwa menerusi mesej jenamanya bagi tahun 2026, ‘JEDA’ - Damai Dalam Waktu
.
Melalui mesej ‘Pause for Peace’ ini, Siti Khadijah mengajak masyarakat untuk mengambil ruang jeda bukan untuk lari, tetapi untuk kembali kepada diri, keluarga dan Ilahi.
“Jeda bukan sekadar sebuah perkataan, tetapi satu ajakan halus untuk pause demi ketenangan. Dalam kehidupan seharian yang sentiasa bergerak, manusia sering mengejar masa sehingga terlupa untuk benar-benar berehat, termasuk ketika menunaikan ibadah.
“Mesej pause for peace dibawa agar masyarakat tidak sekadar mengejar waktu, tetapi menemukan ketenangan dalam setiap detik, khususnya dalam hubungan dengan Yang Maha Esa,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif SK, Mohammad. Munzir Aminuddin pada pertemuan di majlis memperkenalkan Koleksi Ramadan & Raya 2026 Siti Khadijah, MUSHAFE – Warisan Darul Iman, dengan kolaborasi bersama TV Al-Hijrah sempena Konvensyen Hijrah Bergema 2025, yang berlangsung selama dua hari bermula 30 dan 31 Disember 2025 di PICC Putrajaya.

DARI kiri: Mukhlis, Amyra, Amar bersama dua anak mereka dan Munzir.
Turut hadir di majlis sidang media yang diadakan adalah adiknya, Mohammad Mukhlis Aminuddin selaku Ketua Jenama SK.
Malah, bagi memeriahkan lagi kempen Gema Ramadan Siti Khadijah, jenama ini turut mengumumkan buat julung kaliya pelantikan pasangan selebriti Amyra Rosli dan Amar Baharin bersama keluarga sebagai Duta Ramadan & Raya Siti Khadijah 2026.
Menurut Munzir, pemilihan mereka melambangkan nilai kemesraan, kesederhanaan dan kekeluargaan yang seiring dengan identiti jenama, sekali gus memperkenalkan wajah baharu bagi koleksi keluarga yang direka untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden tanpa mengabaikan nilai tradisi, kesopanan dan keselesaan.
Kemuncak acara menyaksikan pratonton eksklusif Koleksi Mushafe yang berakar daripada keindahan manuskrip Terengganu abad ke-18 hingga ke-19, sebuah khazanah warisan Islam Nusantara yang sarat dengan nilai ilmu, seni dan ketamadunan, diolah dengan sentuhan moden dan klasik.
Melalui koleksi ini, Siti Khadijah bukan sahaja menawarkan pakaian yang anggun bagi menyambut Syawal, malah membawa pemakainya menghargai kekayaan budaya dan ketelitian seni tangan masyarakat Melayu terdahulu yang sarat dengan makna dan jiwa.
Selain koleksi premium, Siti Khadijah turut memperkenalkan varian Telekung Basic baharu yang ditawarkan pada harga RM188, lengkap dengan kotak eksklusif, menjadikannya pilihan ideal bagi kegunaan peribadi mahupun sebagai bingkisan hantaran perkahwinan atau cenderhati pada majlis khatam al-Quran.
Sementara itu, kehadiran Amar Baharin dan Amyra Rosli serta anak-anak mencerminkan nilai kemesraan, kesederhanaan dan kekeluargaan yang menjadi teras kepada nilai Siti Khadijah.
Koleksi keluarga ini direka untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden tanpa mengabaikan nilai tradisi, kesopanan dan keselesaan.
Mengulas hubungannya dengan jenama Siti Khadijah, Amyra memaklumkam keserasian itu terjalin jauh sebelum beliau dilantik sebagai duta.
“Sebelum jadi duta pun, suami saya memang banyak hadiahkan produk Siti Khadijah kepada saya. Bagi saya, Siti Khadijah ni jenama yang ringkas tapi ada tujuan, dan ia kena dengan prinsip hidup kami – guna bila perlu, jaga kualiti dan pilih sesuatu yang menenangkan,” katanya.
Bahkan, seljajar dengan mesej ‘JEDA’, Amar dan Amyra sekeluarga memilih untuk menyambut Ramadan dengan pendekatan yang lebih perlahan, sedar dan seimbang, selari dengan nilai kesederhanaan yang mereka pegang dalam kehidupan seharian.
Menggayakan koleksi Ramadan Raya Siti Khadijah berona lembut, pasangan ini menyifatkan keselesaan dan minimalisme sebagai asas kepada ketenangan, bukan sahaja dalam berpakaian, malah dalam menjalani kehidupan.
“Rekaan SK cukup minimalis dan selesa dipakai,” ujar Amyra ringkas ketika berkongsi tanggapan awal mengenakan koleksi tersebut.
Beliau turut berkongsi bahawa menjelang Ramadan, mereka akan memilih untuk memperlahankan rutin harian.
“Kami akan slow down sikit, kurangkan aktiviti yang tak perlu dan lebihkan masa di rumah. Sahur sama-sama, berbuka sama-sama dan kalau boleh, solat pun sama-sama supaya Ramadan itu lebih dekat dan bermakna,” ujarnya.
Amar pula menegaskan bahawa kehidupan yang terlalu laju boleh menyebabkan seseorang hilang arah dan ketenangan.
“Bagi saya, kalau kehidupan kita terlalu laju, takut kita ‘lost’. Jadi Ramadan adalah momen terbaik untuk kita reset balik niat dan betulkan niat kita supaya kita dapat ketenangan,” tanbahnya.
Beliau menjelaskan bahawa konsep JEDA yang diketengahkan bukan bermaksud berhenti daripada tanggungjawab, sebaliknya memberi ruang untuk bernafas dan menyusun semula keutamaan hidup.
“JEDA ni bukan berhenti daripada tanggungjawab. Ia masa untuk kita bernafas, betulkan niat dan kita tak perlu buat semua benda dengan tergesa-gesa. Kita perlukan masa untuk keluarga, kerja, diri sendiri dan yang paling penting, masa bersama Allah,” jelasnya.
Menurut Amar, keseimbangan inilah yang membantu seseorang kekal tenang dan berfikiran positif dalam rutin kehidupan yang padat.
Dalam kesederhanaan itulah, Amar dan Amyra percaya bahawa ‘all out’ yang sebenar bukan terletak pada kemeriahan luaran semata-mata, tetapi pada usaha menyelaraskan kehidupan, keluarga dan kerohanian.
Ramadan bagi mereka bukan sekadar musim persiapan, tetapi ruang untuk berhenti seketika, membetulkan niat dan kembali kepada ketenangan yang hakiki.
Menutup acara, Mukhlis berharap majlis yang dianjurkan menjadi sebuah ruang pertemuan jeda buat semua yang hadir — tempat untuk berhenti sejenak, merenung makna dan membuka peluang baharu dengan jiwa yang lebih tenang dan seimbang.
Koleksi eksklusif Ramadan & Raya 2026 ini boleh didapati di semua butik Siti Khadijah di seluruh negara serta menerusi laman web rasmi www.sitikhadijah.com, sebagai persiapan menyambut Ramadan dan Syawal yang penuh makna dan keberkatan.
#KoleksiRamadanRayaSitiKhadijah2026 #JEDA #Mushall #TelekungPremium #fyp







Tiada ulasan:
Catat Ulasan