Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MAHKAHMAH PUTUSKAN BEKAS PEMAIN BADMINTON NEGARA TIDAK BERSALAH


Kenyataan Media:

SHAH ALAM, 10 JANUARI 2026 — Mahkamah Sesyen Shah Alam telah memutuskan bahawa Robert Lin Woon Fui, 42 dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) pada 5 Januari 2026 lepas. 


Bekas pemain badminton negara tersebut mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Awang Kerisnada bin Awang Mahmud bagi dua pertuduhan. 


Mahkamah mendapati tiada asas kepada kedua-dua pertuduhan yang dikemukan.

 

Beliau telah dihadapkan pertuduhan tersebut dihadapan hakim Muhamad Anas Mahadzir pada tahun 2022 di Mahkamah Sesyen yang sama. 



Pertuduhan dilakukan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan di mana beliau dituduh menipu seorang lelaki bernama Lee Yang Sheng untuk tujuan pertaruhan dalam talian dan pelaburan tidak wujud berjumlah RM58,029.53 pada 2016. 


En Lin telah diwakili oleh En Athimulan daripada M/S Athimulan & Co


Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muaz Ahmad Khairuddin. 


Lin telah berjaya mencapai kedudukan No. 4 Dunia bersama dengan rakan Fairuzizuan Mohd Tazari sebagai pasukan beregu lelaki negara pada tahun 2007. 


#MahkamahSesyenShahAlam #LinWoonFui #PemainBadminton #ForYouPage

Tiada ulasan:

Catat Ulasan