TT AEROFLEX ERGOCHAIR: DIREKA UNTUK RUTIN KERJA MODEN
DALAM urusan kerjaya pada era digital ini, yang menuntut kita menghabiskan masa berjam-jam di hadapan skrin, keperluan terhadap pemilihan kerusi bukan lagi sekadar soal perabot pejabat tetapi berkait rapat dengan kesihatan, fokus dan kualiti hidup seharian.
Sejujurnya selama ini Kak Fas tidak pernah terfikir untuk mendapatkan kerusi yang baik untuk posisi kedudukan atau pun berkait rapat dengan kesihatan waima apabila bertugas di pejabat sudah tentu tiada pilihan selain duduk di atas kerusi yang diberikan iaitu kerusi konvensional yang biasa sahaja.
Selama lebih kurang tiga abad bertugas sebagai wartawan tidak terlintas memberi tumpuan utama terhadap kedudukan kerusi asalkan boleh duduk untuk menaip tugasan setiap hari sudah memadai.
Kini, setelah bersara tetapi masih ‘bertugas’ mengendalikan blog sendiri mahu pun sebagai wartawan bebas kepada portal dalam talian, dek kerana minat, Kak Fas tetap tidak terfikir soal kerusi sehinggalah diperkenalkan kepada rangakaian kerusi pembuatan TT Racing.
Apa itu TT Racing?
Ia adalah syarikat perabot ergonomik terkemuka di Malaysia yang mengkhusus dalam kerusi permainan premium, kerusi pejabat dan meja pintar.
Untuk rekod, nama TT Racing membawa legasi dua beradik visionari, adik-beradik Ting, yang menubuhkan syarikat ini dengan minat bersama terhadap inovasi dan keselesaan.
Walaupun hanya seorang daripada mereka kini menerajui pengembangan global syarikat, nama TTRacing terus menghormati kedua-dua pengasasnya sebagai simbol kepercayaan, ketahanan, dan cita-cita.
Perkataan “Racing” merujuk kepada asal-usul kerusi permainan yang diinspirasikan oleh reka bentuk ergonomik kerusi perlumbaan, direka untuk keselamatan, prestasi, dan ketahanan.
Seperti dalam dunia perlumbaan, setiap perincian diambil kira bagi mencapai kawalan dan ketepatan maksimum.
Falsafah yang sama diterapkan dalam setiap produk TTRacing.
Dan pertama kali Kak Fas benar-benar mengenali kerusi TTRacing adalah ketika ia dipamerkan bersama sebagai sokongan kepada majlis pelancaran produk PRISM+ bertempat di IOI Mall Puchong pada hujung November tahun lalu.
Dan daripada pelbagai jenis dan corak kerusi dipamerkan Kak Fas tertarik dengan kerusi TT AeroFlex Ergochair apabila mencubanya. Sekali duduk dah terasa keselesaannya waima ia boleh dilaras ke belakang untuk rasa lebih relaks.
Paling. tidak disangka. apabila bertemu dengan Kiefer Chor selaku Ketua Kolaborasi Global TT Racing yang cukup mesra orangnya walaupun baharu sekali berkenalan seolah sudah lama mengenali dirinya.
Cara beliau memperkenalkan kepada Kak Fas setiap produknya membuatkan hati Kak Fas terus terpaut kepada TT AeroFlex Ergochair mahu pun yang lain antaranya seperti kerusi permainan edisi Surge X Air Kakashi yang direka untuk sesi penggunaan yang panjang dan fokus yang tinggi khusus untuk anak-anak muda generasi sekarang.
Dan, apabila secara berseloroh Kak Fas bertanya bolehkah buat rebiu untuk merasai pengalaman menduduki kerusi-kerusi berkenaan, tanpa disangka Kiefer memberikan jawapan positif.
“Kak Fas nak yang mana, nanti saya usahakan,” kata Kiefer.
Memang mengejutkan juga permintaan pertama kali itu disambut postif di mana lebih kurang beberapa minggu kemudian, TT AeroFles Ergochair dihantar kepada Kak Fas. Dan lebih menariknya bukan satu tetapi dua kerusi waima Kak Fas juga ditawarkan kerusi Surge X Air Kakashi untuk direbiu. Terima kasih daun keladi TTRacing!
Untuk maklumat, TT AeroFlex Ergochair membawa evolusi reka bentuk yang melangkaui standard kerusi ergonomik biasa, sekali gus memperkenalkan tahap kebolehsuaian yang jauh lebih dinamik.
Berbeza dengan kerusi konvensional yang sering kelihatan kaku dan bersifat industrial, AeroFlex tampil dengan bahasa reka bentuk minimalis yang diinspirasikan oleh kejuruteraan aerodinamik.
Siluetnya yang kemas bukan sahaja memberikan imej profesional di dalam ruang kerja, malah struktur aliran udaranya direka dengan teliti untuk memastikan pengguna kekal selesa dan tidak merasa panas walaupun duduk dalam tempoh yang lama.
Pilihan warna yang elegan seperti Graphite Black (pilihan Kak Fas), Ashy Grey, dan Navy Blue memastikan ia mudah serasi dengan pelbagai tema kediaman atau pejabat moden.
Pengalaman menggunakan kerusi ini menjadi sangat unik berkat teknologi GravitySync™ yang sangat responsif.
Sistem ini membolehkan kerusi bertindak balas secara aktif terhadap setiap pergerakan badan dalam masa nyata.
Apabila anda bergerak atau menukar postur, kerusi ini seolah-olah "memeluk" dan mengekalkan sentuhan sokongan pada tulang belakang tanpa sebarang sela waktu.
Ini memberikan satu pengalaman duduk yang dinamik di mana kerusi tersebut bergerak seiring dengan tubuh, bukannya memaksa tubuh mengikut bentuk kerusi yang statik.

PELBAGAI corak ada... pilih je yang mana berkenan di hati.. memang selesa..
Dari segi fungsionaliti, AeroFlex memberikan kawalan penuh kepada pengguna melalui tiga posisi sandaran boleh kunci yang sangat praktikal.
Anda boleh menetapkan sudut 110 darjah apabila perlu memberikan tumpuan sepenuhnya pada tugasan kerja, beralih kepada 125 darjah untuk suasana yang lebih santai seperti ketika sesi mesyuarat, atau merendahkannya sehingga 140 darjah untuk rehat yang lebih mendalam.
Peralihan antara fasa kerja dan rehat ini berlaku dengan sangat lancar, menjadikannya rakan produktiviti yang sangat fleksibel sepanjang hari.
Walaupun berada dalam julat harga RM900 hingga RM1000, AeroFlex harus dilihat sebagai satu pelaburan untuk kesejahteraan jangka panjang.
Harga ini mencerminkan kualiti bahan dan kejuruteraan tinggi yang diwarisi daripada kepakaran TTRacing dalam membina kerusi berprestasi tinggi.

BEBERAPA lagi pilihan kerusi permainan terbaharu yang menarik.
Dengan menggabungkan elemen keselamatan dan ketahanan daripada dunia perlumbaan ke dalam reka bentuk ergonomik harian, AeroFlex bukan sekadar menawarkan tempat duduk, tetapi menyediakan sistem sokongan yang mampu meningkatkan prestasi kerja serta menjaga kesihatan fizikal pengguna dalam jangka masa panjang.
Secara keseluruhannya, TT AeroFlex Ergochair adalah simbol gabungan sempurna antara estetika moden dan fungsi ergonomik yang maju.
Ia merupakan pilihan utama bagi profesional yang mahukan lebih daripada sekadar keselesaan asas, malah mendambakan teknologi yang benar-benar memahami pergerakan tubuh manusia.
TT AeroFlex Ergochair adalah untuk mereka yang menghargai keseimbangan antara estetika dan fungsi.
Ia berjaya memecahkan stigma bahawa kerusi ergonomik harus kelihatan membosankan.
Jika anda seorang profesional, penggiat kreatif, atau sesiapa yang mengutamakan produktiviti tanpa mengabaikan kesihatan tulang belakang, AeroFlex adalah pelaburan yang sangat bijak apatah lagi sempena tahun baharu Cina ini ada tawaran yang pasti menarik perhatian anda.
#TTAeroFlexErgochair #TTRacing #SurgeXAirKakashi #WeHaveYourBack #fyp



Tiada ulasan:
Catat Ulasan