KINOHIMITSU LANCAR KOLEKSI HAMPER WELLNESS PALING ESTETIK!
SIAPA kata hamper Tahun Baru Cina membosankan dan tradisional sahaja?
Tahun ini, Kinohimitsu membuktikan sebaliknya apabila mereka membawakan kelainan luar biasa di Center Court, Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.
Suasana cukup meriah dengan kehadiran tarian singa yang penuh bertenaga bagi merasmikan pelancaran Koleksi Hadiah Tahun Baru Cina 2026 yang cukup "vibe" dan moden.
Majlis pelancaran ini bukan sekadar acara korporat biasa kerana ia diserikan dengan kemunculan 13 orang model di atas pentas.
Persis sebuah pertunjukan fesyen, model-model ini memperagakan 13 pilihan pek hadiah yang dikurasi khas untuk memenuhi cita rasa semua peringkat umur.
DARI kiri: Vic Teo – Penyanyi TVB, Dr Jennifer Chin; Kawee Chong, Mayanne Mak – Artis & Selebriti Hong Kong; Marcus Chong dan Master Suyen Lim – Pakar Strategi Perniagaan Qi Men Dun Jia
Ketua Pegawai Eksekutif, Kawee Chong bersama barisan kepimpinan tertinggi syarikat, Dr. Jennifer Chin dan Marcus Chong turut hadir memeriahkan lagi suasana pelancaran yang penuh simbolik kemakmuran ini.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah bagaimana Kinohimitsu berjaya menggabungkan elemen kesihatan premium dengan rekaan kotak yang cukup cantik dan eksklusif.
Koleksi kali ini bukan sekadar hadiah, tetapi ia merupakan satu bentuk penghargaan buat insan tersayang atau rakan perniagaan dengan mesej yang jelas iaitu mengutamakan kesejahteraan diri sepanjang musim perayaan.
Buat golongan muda atau mereka yang sedang mencari hadiah yang nampak "cool" tapi masih mengekalkan tradisi, Koleksi Hadiah Perayaan Generasi Baharu (新世代新年礼) adalah jawapannya.
Dengan harga yang sangat mesra poket bermula dari RM68 sehingga RM228, hamper ini direka khas dengan corak yang lebih praktikal dan bergaya.
Memang sesuai sangat untuk dijadikan buah tangan buat rakan-rakan atau keluarga supaya semua boleh kekal sihat dan bertenaga sepanjang cuti nanti.
Jadi, kalau anda masih buntu mencari hadiah yang bermakna dan nampak "next level" untuk Tahun Baru Cina kali ini, jangan lupa untuk layari laman web rasmi mereka di https://my.kinohimitsu.com/ atau kunjungi kaunter Kinohimitsu berhampiran anda.
Boleh lah sambut tahun baharu dengan lebih sihat dan penuh gaya!
#Kinohimitsu #KoleksiHadiahTahunBaruCina2026 #SarangBurung #GenerasiBaru





Tiada ulasan:
Catat Ulasan