SIRI OPPO RENO15: ERA BAHARU FOROGRAFI AI, KREATIVITI TANPA BATAS!
OPPO telah mengumumkan pelancaran Siri Reno15, yang merangkumi Reno15 Pro 5G, Reno15 5G, dan Reno15 F 5G.
Direka sebagai rakan kreatif serba boleh, siri ini memperkenalkan Kamera Swafoto Ultra Lebar 50MP dan pelbagai peralatan berkuasa AI yang memudahkan keseluruhan aliran kerja penciptaan kandungan — daripada rakaman video sehingga suntingan —seringkali dengan hanya satu ketikan.
Sesungguhnya, sepanjang Kak Fas menghadiri majlis pelancaran mana-mana jenama telefon pintar, inilah julung kalinya menghadiri sebuah event yang penuh gilang-gemilang sekali gus meninggalkan kesan yang cukup istimewa dan eksklusif.
Kenapa Kak Fas kata eksklusif?
Seawal perjalanan lagi, Kak Fas dimanjakan dengan perkhidmatan pengangkutan percuma lengkap chauffeur driven lagi, dihantar terus ke lokasi acara dengan penuh keselesaan bermula jam 7.30 pagi Selasa 6 Januari 2026.
Bahkan kenderaan yang dipandu Kaden bernombor plate GOLD 3385 .. pertama kali juga sedar ada nombor plate dengan perkataan “Gold’ atau Emas. Terasa ‘keemasan’ perjalanan bagaikan ‘vip’ haha .. Kak Fas memilih duduk di kerusi hadapan sambil berrbual mesra dengan Kaden.
Setibanya di Ekues Cabin Putrajaya, Kak Fas terpukau pula dengan suasana pelancaran yang sangat cantik dan estetik, memberikan latar belakang yang sempurna bagi memperkenalkan Siri OPPO Reno15 secara rasmi kepada umum.
Apa yang menjadikan pengalaman ini lebih menarik adalah apabila setiap tetamu dibekalkan dengan sebuah unit telefon pintar Reno15 untuk digunakan sepanjang majlis berlangsung. Kak Fas menerima model Reno15 F 5G.
Jadi, semua yang hadir diberi peluang keemasan untuk mencuba sendiri keupayaan kamera peranti tersebut bagi menghasilkan kandungan kreatif pada pelbagai hiasan menarik yang telah disediakan di kawasan padang yang luas, lengkap dengan adanya beberapa ekor kuda untuk mereka yang ingin menunggangnya selari dengan tahun baharu Cina tahun ini iaitu Tahun Kuda kan?
Memang sesuai sungguh lokasi ang dipilih Oppo Malaysia waima keindahan dekorasi luaran tersebut menjadi "tapak ujian" terbaik untuk menguji Kamera Swafoto Ultra Lebar 50MP serta pelbagai ciri AI canggih yang menjadi kekuatan utama siri kali ini.
Apa pun anda mesti nak tahukan apa lagi yang menarik dan istimewanya siri Reno 15 terbaharu ini kan?
Selain daripada keupayaan pengimejan, Siri Reno15 menawarkan ketahanan yang mengagumkan dengan kapasiti bateri sehingga 6,500mAh ke atas serta sokongan pengecasan 80W SUPERVOOC bagi memastikan pengguna boleh terus berkarya tanpa gangguan.
Diteruskan dengan reka bentuk ikonik yang mendapat inspirasi daripada keindahan aurora, siri ini turut menampilkan modul kamera Dynamic Stellar Ring yang melengkapkan gaya pada bahagian belakang kaca arca sekeping.
Bagi memenuhi keperluan pengguna yang berbeza, Reno15 Pro 5G hadir dengan paparan kompak 6.32 inci untuk penggunaan sebelah tangan, manakala varian lain seperti Reno15 F 5G menawarkan skrin 120Hz yang lebih luas.
Ciri AI seperti AI Portrait Glow dan AI Motion Photo Popout diperkenalkan untuk memberikan sentuhan artistik pada setiap rakaman.
Selain itu, fungsi produktiviti seperti AI Mind Space dan O+ Connect yang membolehkan pemindahan fail rentas ekosistem antara peranti OPPO dan iOS turut dimuatkan bagi melengkapkan keperluan digital pengguna moden.
Siri OPPO Reno15 kini boleh didapati di Malaysia pada harga RM2,999 untuk model Reno15 Pro 5G (12GB+512GB).
Model Reno15 5G pula dijual pada harga RM2,399 (512GB) dan RM1,999 (256GB), manakala Reno15 F 5G ditawarkan bermula pada harga RM1,499.
Sempena pelancaran ini, pelanggan yang membeli model terpilih sebelum 16 Januari 2026 berpeluang memiliki OPPO Watch S pada harga promosi RM99, selain menerima hadiah percuma eksklusif seperti Superstar Ollie dan jaminan lanjutan setahun untuk setiap pra-tempahan.
Pendek kata, dengan gabungan teknologi canggih dan pengalaman gaya hidup yang ditonjolkan melalui acara di Putrajaya ini, OPPO jelas membuktikan bahawa Siri Reno15 adalah pilihan utama bagi pencipta kandungan moden di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai sepesifikasi lengkap yang lebih terperinci boleh layari:
OPPO Reno15 Pro : https://tinyurl.com/Reno15Pro
OPPO Reno15 : https://tinyurl.com/Reno15-info
OPPO Reno15 F : https://tinyurl.com/Reno15F
#OPPOReno15Series #OPPOMalaysia #EkuisCabinPutrajaya #OPPOWatchS #fyp








Tiada ulasan:
Catat Ulasan