Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KARUSEL KUDA TARIKAN UTAMA RAI TAHUN BAHARU CINA DI 3 MALL DI BAWAH SURIA KLCC!


MELANGKAH
 masuk ke ambang Tahun Baharu Cina kali ini terasa cukup berbeza apabila Kumpulan Suria KLCC menyuntik nafas baharu yang penuh dengan elemen estetika dan nostalgia. 

Mengangkat tema Tahun Kuda dengan penuh gemilang, suasana di sekitar Suria KLCC kini bertukar wajah menjadi sebuah destinasi perayaan yang bukan sekadar tempat membeli-belah, malah sebuah ruang seni budaya yang memukau setiap mata yang memandang menerusi dekorasi Karusel Kuda Oriental yang ikonik.


Bila tengok karusel kuda ini teringat kembali zaman kanak-kanak dulu apabila Kak Fas tidak ketinggalan menunggang kuda yang dulu dulu dipanggil ‘Merry Go Round’ 


Kini pengalaman itu kembali apabila diberi peluang menaiki  karosel tersebut…kira tolak sebelah rasa malu… bila lagi kan….yang penting dapat merasai dan mengembalikan pengalaman serta nostalgia waktu kanak-kanak dulu hihi…



Jadi, jika anda teringin nak mengembalikan pengalaman dulu dulu… jom ke Suria KLCC  di mana di tengah-tengah kesibukan kota Kuala Lumpur, Suria KLCC membina sebuah landskap imersif di Centre Court yang dikelilingi rimbunan bunga sakura dan gunung-ganang yang tenang, lengkap dengan pavilion tradisional yang menjadi lokasi kegemaran untuk peminat fotografi. 



Pengunjung bukan sahaja dapat menikmati visual yang indah, malah boleh berinteraksi dengan elemen seperti ‘Lotus Pond of Blessings’ untuk menitip hajat kemakmuran, selain menyaksikan ketangkasan Tarian Singa Akrobatik yang dijadualkan pada setiap hari Sabtu.


Francis Tan, selaku Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, menyatakan bahawa sambutan kali ini adalah tentang mencipta memori dan menghubungkan masyarakat melalui nilai warisan. 



“Sebagai destinasi ikonik di kotaraya Kuala Lumpur, Suria KLCC bukan sekadar sebuah pusat beli-belah, ia merupakan tempat terciptanya kenangan dan perkongsian pengalaman. Sempena Tahun Baharu Cina ini, kami berbesar hati untuk mempersembahkan sebuah perjalanan imersif yang meraikan tenaga dan semangat Tahun Kuda, sambil menyatukan masyarakat melalui warisan dan kegembiraan bersama,” kata Francis Tan (empat dari kanan).


Komitmen ini turut dizahirkan melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memberi tumpuan kepada kesedaran kesihatan mental, sekali gus menjadikan aktiviti berbelanja pada musim ini lebih bermakna dan penuh ihsan.



Suasana perayaan turut dimeriahkan dengan Persembahan Tarian Singa Akrobatik setiap hari Sabtu serta pada Hari Pertama dan Kedua Tahun Baharu Cina. 


Pengunjung juga boleh menyertai Bengkel ‘Sugar Art’, Bengkel Cap Kaligrafi Cina, serta bergambar di Photobooth.


Kemeriahan gaya hidup ini diteruskan ke Alamanda Putrajaya yang membawakan konsep taman Oriental, penuh warna tradisi perayaan Tahun Baru Cina di Centre Court.

Karusel Kuda Oriental turut menjadi tumpuan utama, dipadankan dengan pavilion Cina dan tanglung merah, serta dihiasi bunga sakura yang mencipta suasana tenang untuk seisi keluarga. 


Persembahan tarian singa akrobatik dan tarian tradisional Cina juga diadakan pada tarikh terpilih. 


Kanak-kanak pula berpeluang meneroka kreativiti melalui bengkel ‘Sugar Painting’ di bawah program ViKids.


Anda juga boleh beramal dengan menyokong inisiatif kesihatan mental dengan membeli Pin Reben Hijau pada harga RM10, beserta buah limau mandarin sebagai tanda penghargaan.



Di Pantai Timur pula, Mesra Mall memastikan komuniti setempat tidak ketinggalan merasai keajaiban Tahun Kuda dengan pelbagai bengkel kraf tradisional seperti pembuatan gendang  rattle Cina, Kraf Kipas dan Kraf Kuda daripada pinggan kertas, memupuk semangat kebersamaan.


Berlangsung dari 29 Januari hingga 18 Februari 2026 Mesra Mall membawa kemeriahan Tahun Baru Cina juga dengan konsep Karusel Kuda Oriental yang tradisional dan mesra keluarga, lengkap dengan hiasan perayaan yang ceria. 



Pengunjung juga akan dihiburkan dengan tarian singa tradisional dan Walkabout yang menyebarkan tuah dan kemakmuran di seluruh pusat beli-belah.



Pendek kata, dengan gabungan persembahan kebudayaan, bengkel seni tradisional, dan suasana dekoratif yang mewah, Kumpulan Suria KLCC berjaya mengangkat sambutan Tahun Kuda 2026 sebagai satu pengalaman gaya hidup holistik yang meraikan kemakmuran, seni, dan keprihatinan komuniti secara serentak.


Orang ramai dijemput untuk melayari laman web rasmi atau media sosial setiap pusat beli-belah untuk mendapatkan jadual penuh persembahan dan aktiviti sepanjang musim perayaan ini mahu pun ganjaran yang diberikan ketika berbelanja:

    • Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall
    • Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
    • Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall


#SuriaKLCC #AlamandaPuttrajaya #MesraMallTerengganu ##TahunBaharuCina  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan