Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

YBK SASAR 400 KELUARGA TERIMA MANFAAT PROGRAM 'SINAR KASIH RAMADAN 2026'!


YAYASAN Basmi Kemiskinan (YBK)
menyasarkan seramai 400 keluarga daripada golongan fakir, miskin, dan asnaf di seluruh negara sebagai penerima manfaat bagi Program Sinar Kasih Ramadan (SKR) 2026 yang kini memasuki tahun ke-18 penganjurannya.


Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom, berkata program tahunan itu akan dilaksanakan menjelang kedatangan bulan Ramadan yang dijangka bermula pada 19 Februari ini melibatkan pemberian bantuan tunai serta barangan keperluan asas hasil kerjasama erat bersama individu, organisasi, dan rakan strategik korporat.


"Bagi tahun 2026, YBK menyasarkan untuk membantu 400 keluarga fakir, miskin dan asnaf, yang akan menerima sumbangan tunai RM600 bagi perbelanjaan berbuka puasa dan bersahur, di samping sumbangan barangan daripada rakan-rakan penaja korporat," katanya di majlis pelancaran Program Sinar Kasih Ramadan yang berlangsung di rumah YBK di Kelana Jaya pada  semalam Jumaat, 9 Januari 2026.



Turut hadir Datin Dr. Hartini Osman (kanan) selaku Penasihat Pentadbiran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan wakil-wakil daripada beberapa rakan strategik ang menyumbang kepada program.


Sejak diperkenalkan pada tahun 2008 sehingga 2025, program SKR telah memberi impak besar kepada 4,071 keluarga dengan jumlah kumulatif sumbangan tunai mencecah RM1.5 juta. 


Menurut Zainal Abidin, rekod tersebut mencerminkan komitmen berterusan yayasan dalam menyantuni golongan rentan bagi memastikan mereka tidak terpinggir dalam menjalani ibadah puasa.


Beliau berkata, Program SKR 2026 turut berperanan sebagai platform yang menghubungkan penerima manfaat dengan penyumbang, penaja serta agensi berkaitan termasuk Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU) Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Zakat Selangor.



Tambahnya, struktur program ini direka untuk memudahkan urusan penyaluran bantuan agar lebih sistematik.


"Peranan YBK sebagai pemudah cara ini membolehkan penerima manfaat dirujuk kepada agensi yang paling sesuai mengikut keperluan mereka, sementara penyumbang pula dapat menyalurkan sumbangan secara telus dan berfokus melalui YBK," jelas beliau lagi.


Bagi menjamin bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar layak, maklumat penerima diperoleh melalui kerjasama dengan pihak sekolah, pemimpin komuniti, rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), serta sukarelawan YBK. 



Setiap data akan melalui proses semakan dan saringan yang ketat bagi memastikan integriti agihan bantuan tersebut sentiasa terjaga.


Menyentuh mengenai proses pemilihan, Zainal Abidin memaklumkan setiap permohonan akan melalui proses semakan dan saringan yang ketat bagi memastikan bantuan tersebut hanya diberikan kepada keluarga yang benar-benar layak.


Malah, sebagai jaminan terhadap ketelusan pengurusan bantuan, YBK turut memaklumkan bahawa laporan lengkap berkaitan pelaksanaan program tersebut akan dipaparkan menerusi platform media sosial serta laman web rasmi yayasan untuk makluman orang awam dan para penyumbang.


#YayasanBasmiKemiskinan  #ProgramSinarKasih Ramadan2026 #Bantuan #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan