Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

EVOLUSI FESYEN IKLIM PANAS TERAJU KOLEKSI LIFEWEAR UNIQLO MUSIM BUNGA!


MENYAHUT
cabaran perubahan cuaca dunia yang semakin tidak menentu, jenama peruncit pakaian global, Uniqlo kini mengalihkan fokus utama terhadap inovasi tekstil yang bernafas melalui pelancaran Koleksi LifeWear Musim Bunga/Panas 2026'. 


Menerusi pratonton eksklusif yang diadakan di Cafe @ Laman Tuanku, baru-baru ini, jenama gergasi Jepun ini membuktikan bahawa pakaian musim panas tidak lagi sekadar nipis, malah harus memiliki kecerdasan rekaan yang mampu menyesuaikan diri dengan kelembapan tinggi serta gaya hidup bandar yang pantas.


PELAKON Nadhir Nasar antara artis yang menggaykan koleksi Uniqlo.  Foto: @nadhirnasar_.


Koleksi terbaharu ini memperlihatkan evolusi berterusan jenama tersebut dalam menghasilkan pakaian harian yang mementingkan aspek kualiti, fungsi, dan keselesaan mengikut falsafah LifeWear.


Membawa tema utama "Intelligent Simplicity" atau 'Kesederhanaan Pintar', koleksi kali ini memberi tumpuan kepada rekaan yang mengimbangi antara estetika dan kegunaan praktikal. 


Pendekatan ini direka khusus untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden di kawasan beriklim panas dengan menawarkan solusi rekaan yang teliti dan versatil.



Dalam segmen Urban Rome, Uniqlo menampilkan rangkaian pakaian yang sesuai untuk suasana bandar dan aktiviti pelancongan. 


Barisan produk ini memfokuskan kepada pakaian peralihan musim yang merangkumi pakaian luar ringan, denim, seluar panjang buku lali, serta polo kait tanpa rasa rimas. 


Menariknya, koleksi ini menggunakan palet warna yang lebih matang seperti maroon dan biru gelap yang diserikan dengan warna-warna pastel memberikan dimensi baharu kepada almari pakaian harian yang sering dianggap membosankan.


Bagi mereka yang mengimpikan gaya percutian yang elegan, segmen Amalfi Coast membawa aura estetika pesisir pantai Itali yang cukup santai namun tetap bergaya. 



Inspirasi daripada kehidupan di pesisiran pantai ini diterjemahkan melalui penggunaan fabrik kapas dan linen yang mempunyai daya penyerapan udara yang tinggi sekali gus memberikan keselesaan maksimum di bawah terikan matahari. 


Warna-warna terang seperti kuning dan jingga menjadi pilihan utama bagi mencerminkan semangat optimisme sepanjang musim panas, memberikan nafas segar kepada penampilan yang lebih berjiwa muda.



Inovasi denim juga tidak dipinggirkan apabila Uniqlo Jeans Innovation Center memperkenalkan tiga siluet terbaharu iaitu Baggy Curve Jeans, JW Anderson Baggy Jeans, dan Baggy Jeans. 


Setiap helaian denim ini dihasilkan melalui proses teliti di Pusat Inovasi Jeans Uniqlo bagi memastikan ketahanan dan tekstur yang autentik dalam jangka masa panjang.



Selain pakaian, aspek perlindungan kesihatan kulit turut diintegrasikan melalui koleksi aksesori terbaharu yang sangat berfungsi.


Di bawah bimbingan Pengarah Kreatif Uniqlo. Clare Waight Keller, siri cermin mata Uniqlo telah dikemas kini dengan empat kategori rekaan iaitu Standard, Narrow, Wide, dan Active yang diselaraskan untuk bentuk wajah Asia. 


Cermin mata ini dilengkapi kanta UV400 yang mampu mengurangkan cahaya biru sebanyak 25%, menjadikannya aksesori wajib bagi masyarakat moden yang sering terdedah kepada skrin digital dan sinaran matahari. 



Sementara itu, peminat budaya pop boleh menantikan siri baju T grafik (UT) yang menampilkan kolaborasi ikonik bersama jenama besar seperti Ulang Tahun ke-100 Manga SHUEISHA dan kumpulan sensasi K-pop, BABYMONSTER dan Museum of Modern Art (MoMA).


Manakala bagi peminat fesyen yang lebih sofistikated, kehadiran koleksi Uniqlo:C turut melengkapkan lagi barisan produk musim ini dengan menawarkan pakaian yang menggabungkan fabrik lembut dan potongan jahitan yang teliti dan kemas mengikut gerak tubuh si pemakai.



Secara keseluruhannya, Koleksi Musim Bunga/Panas 2026 ini bukan sekadar tentang trend fesyen, tetapi merupakan komitmen berterusan Uniqlo dalam menyediakan penyelesaian berpakaian yang bertujuan untuk mempermudahkan kehidupan harian secara berkualiti.
 



#Uniqlo #KoleksiMusimBunga/Panas2026 #UrbanRome #AmalfiCoast #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan